7 bulan kemudian
Baju yang sudah dilipat, aku masukkan ke dalam almari. Usai sahaja melipat baju, aku keluar dari bilik. Sekarang, aku dengan Naufal dah berpindah ke rumah baru. Nak ambik vibe pengantin baru kata Syafiq. Gila.
"Abang.."
Eh, mana suami aku? Dekat ruang tamu tak ada pun? Dia ada kerja ke? Takkan lah, kan? Tapi, tak mustahil jugak kalau abah panggil dia masuk kerja. Tapi, masalahnya mestilah dia akan bagitau aku dulu, kan? Aih mana pulak dah laki aku ni.
"Abang... Oh, abang..." panggilku lagi. Tapi, sunyi sepi. Aik, musykil. Mana suami aku pergi?
Pantas sahaja kaki aku bawa ke arah dapur. Eh, pun tak ada? Mana pulak dia ni? Ghaib je tiba-tiba.
Perut yang sudah memboyot ke hadapan aku usap perlahan. Tak besar... Tapi cukup buatkan aku penat nak angkut dia ke sana ke sini. Mesti anak aku nanti bambam kan? Baru lima bulan dan buat aku lenguh macam ni.
Seketika kemudian, telinga aku menangkap bunyi sesuatu yang agak pelik di dalam ruang mendobi. Dah.... Hantu mana pulak yang main dekat situ siang-siang hari ni?
"Abang? Abang ke tu?"
Perlahan-lahan kaki aku melangkah masuk ke dalam ruang mendobi. Di tangan sudah tersedia senduk legend milik Ibu. Ingat tak waktu aku kena ketuk dengan senduk Ibu sebab gaduh dengan Syafiq? Waktu Fie masih kentang dulu. Ingat tak? Ha, tak ingat lah tu...
"Ya Allah, abang!" jeritku. Naufal yang sedang sibuk meratah pelam muda aku pandang geram. Kita yang bawak baby, dia yang mengidam!
"Abang, kan saya dah pesan. Abang tak boleh makan benda masam-masam ni. Nanti sakit perut lagi kang." ujarku geram. Mangkuk pelam mudanya aku ambil sebelum aku letakkan ke atas mesin basuh.
"Abang teringin nak makan. Tu je."
"Abang, you know perut abang tu bukannya boleh tolerate dengan benda masam. Nanti sakit perut, dah ganggu orang tidur malam-malam." bebelku geram.
"Ei, Umi awak ni asyik nak membebel je tau. Sakit telinga Papa."
Perut aku diusap perlahan namun matanya tajam menikam anak mata aku. Tak puas hatilah tu. Ha, elok sangat lah buat muka macam tu.
"Dah, pergi mandi sana. Ikut saya buat check up." arahku. Naufal mencebik sebelum berlari naik ke atas. Eh, dia ni... Perangai macam tak cukup umur je.
Tergeleng kepala aku dibuatnya.
***
"Macam mana baby sihat kan, doktor?" tanya Naufal. Aku yang baru sahaja selesai diperiksa, dipimpin oleh jururawat yang bertugas untuk duduk di sebelah Naufal.
"Baby sihat. Semua okay.. Cuma tu lah..."
"Cuma tu apa?" tanya Naufal. Wajahnya pucat. Sama seperti aku. Doktor ni tak lawak tau main gantung-gantung ayat macam ni. Keria saya dibuatnya.
"Cuma jantina baby awak...."
"Khunsa ke doktor?"
Pakk!
"Jangan nak cakap yang bukan-bukan eah." ujarku geram. Doktor di hadapan kami tergelak kecik.
"Jantina anak awak berdua, lelaki... Tahniah.."
"Le..laki? Anak saya lelaki?!" tanya Naufal. Nada suaranya jelas menunjukkan dia agak teruja.
"Yeayy, Naufal's junior!!!!" jerit Naufal. Aduh... Malu aku macam ni. Dah lah kuat sangat dia jerit. Pesakit kat luar pun dahlah ramai.
"Terima kasih, doktor!!"
"Sayang, jom. Kita pergi cari baju dia banyak-banyak!" ujar Naufal teruja.
"Abang nak borong satu kedai pun saya tak kesah. Tapi, bayarlah bil dulu." ujarku geram. Naufal tersengih malu.
Aih, kadang-kadang rasa nak kakikan suami sendiri. Tapi, kadang-kadang comel jugak dia ni. Dah tak jadi marah.
Ya Allah terima kasih... Terima kasih atas semua nikmat mu....
The End♡♡♡♡
YOU ARE READING
Awak Sayang Saya Tak? (✔️)
RandomAlam persekolahan sememangnya mempunyai pelbagai kenangan dan cerita. Ada yang diam-diam mempunyai crush, ada yang sudah pandai bercinta pada usia muda dan ada juga yang jatuh cinta pada senior. Ini aku, Safieyatul Hawaniez. Ya, aku sama sepert...