Aku letakkan beg tangan ke atas meja belajar sebelum labuhkan punggung aku ke atas katil. Air mata yang sedari tadi bertakung di tubir mata kini jatuh laju seperti empangan pecah. Bibir bawah aku gigit. Ingin menahan rasa sakit yang tak boleh lagi aku ungkapkan dengan kata-kata. Nafas aku tarik panjang namun air mata aku tetap menggedik. Di setiap hembusan nafas aku, mesti akan diakhiri dengan air mata yang mengalir jatuh ke pipi.
Aku mahu jadi matang. Aku tak mahu terus menuduh Naufal. Aku kena dengar penjelasan dia. Aku kuat!
Telefon yang berada di dalam tangan bergetar menandakan ada satu panggilan yang masuk.
"Assalamualaikum, awak. Kalau awak nak jelaskan... Jelaskan lah semuanya. Sa..saya dengar." ujarku pantas.
"Waalaikumussalam."
"Sayang, aku minta maaf. Apa yang kau dengar daripada mulut perempuan semua tu tak betul. Semuanya aku tak pernah buat. Dia bukan bekas teman wanita aku. Jauh sekali aku ajak dia nak lepak rumah aku. Kau tahu kan aku tinggal sorang? Aku akui, dia kawan satu kolej aku. Aku tak pernah ajak dia lepak. Dia je yang sibuk ikut Ayie lepak dengan aku. Dia tu dah kena buang kolej dah. Sebab kena tangkap buat benda tak senonoh dengan pensyarah. Rapat dengan dia pun aku tak pernah. Percayakan aku, sayang?"
Air mata masih setia mengalir di pipi.
"Saya tak cakap saya tak percayakan awak. Cuma saya terkejut je tadi. Saya tahu awak tak buat macam tu. Maafkan saya sebab saya dah terburuk sangka dekat awak."
"Thanks..."
"Awak, janji dengan saya..."
"Janji apa?"
"Di antara kita no secret allowed. Boleh?" tanyaku.
"Boleh. Aku janji. Dah, sekarang kau rehatkan badan. Aku tahu kau letih. Esok kita ada kursus tau. Sleep well."
"Awak jugak. Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam."
Telefon aku matikan. Tubuh aku rebahkan ke atas katil. Inilah yang aku dapat bila aku berfikiran secara matang. Masalah akan selesai kalau aku berfikiran matang. Aku tak boleh tuduh melulu. Dan..... Kepercayaan dalam hubungan ni penting sangat. Insyaallah. Aku dah sedia untuk bawak hubungan ni ke peringkat yang seterusnya.
***
Aku sumbatkan biskut coklat cip ke dalam mulut sebelum air mata membanjiri bilik aku. Tak.. Aku tipu. Tapi aku tengah menangis macam orang tak betul ni weyh.
"Awak, kenapa awak mati? Hero ma..mana boleh ma..mati." tersedu-sedan aku dibuatkanya. Skrin laptop aku sentuh menggunakan hujung jari. Kenapa wujud cerita macam ni?! Kenapa Mario Maurer kesayangan aku mati?!
Tisu yang berada di sebelah aku, ambil. Memang koyak aku dibuatnya tengok cerita FRIENDS. Stres aku dibuatnya.
"Kau ni... Aku fikir kau nangis sebab apa. Rupanya sebab tengok movie." tegur Syafiq di muka pintu. Dia berjalan ke arah aku sebelum punggungnya dilabuhkan ke atas katil aku sebelum dia tertiarap di sebelah aku.
"Tapi, aku rasa aku tahu kenapa kau tengok movie sedih macam ni."
Aku hembuskan hingus pada tisu sebelum wajah nakal Syafiq. Dah kenapa dia ni?
"Kau gaduh dengan Naufal eah?"
Terus sahaja aku bersin kuat.
YOU ARE READING
Awak Sayang Saya Tak? (✔️)
De TodoAlam persekolahan sememangnya mempunyai pelbagai kenangan dan cerita. Ada yang diam-diam mempunyai crush, ada yang sudah pandai bercinta pada usia muda dan ada juga yang jatuh cinta pada senior. Ini aku, Safieyatul Hawaniez. Ya, aku sama sepert...