Tergelak kecil aku tatkala melihat geng aku dan geng Husna berkejaran dalam bilik aku. Pada masa yang sama, hati aku dihimpit rasa pedih. Entah kenapa... Tapi aku jadi sebak. Lepas ni, tak boleh lah aku nak bergurau lebih-lebih macam dia orang, kan? Hampir sahaja air mata aku mengalir.
"Fie, kenapa ni?" tegur Fiesyah. Aku hanya menggeleng.
"Tak ada apa."
"Janganlah sedih-sedih macam ni." pujuk Irene. Aku hanya tayang senyum pada mereka semua yang kini memandang ke arah aku. Reyhana turut memandang aku dengan wajah sayu.
Seketika kemudian, tubuh aku dipeluk erat oleh Syazrina.
"Jangan macam ni... Kau kan bakal jadi isteri Naufal. Lelaki yang kau pernah kau jadikan crush." ujar Syazrina lembut. Aku tersenyum sedikit.
"Aku sedih sebab nanti kita dah tak boleh lepak dah lepas ni." ujarku dengan nada yang sebak. Ya Allah, kau datangkan rasa bahagia ni bersama sebak yang menghimpit jiwa.
"Jangan cakap macam tu, Fie. Kalau kau nak lepak, kami semua on je." pujuk Qhairisyah. Qhai....
"Betul tu, Fie. Saya pun okay je." kali ini Reyhana pula yang bersuara.
Akhirnya senyuman aku melebar.
"Dah jangan nangis. Rosak make up tu nanti." usik Nayli. Aku tergelak kecil.
Tokk...tokk...tokk..
"Ah, makcik. Weyh, jom keluar. Kita bagi space dekat Fie kita ni. Bagi dia manja-manja sikit dengan Ibu dia." usik Hana sebelum mereka semua meninggalkan aku dengan Ibu.
"Ibu.."
"Anak Ibu dah besar."
Entah kenapa, ayat itu membuatkan aku jadi sebak. Lepas ni, Ibu bukanlah syurga aku lagi... Lepas ni, syurga aku di bawah tapak kaki Naufal. Maka, terlepas lah tanggungjawab Ibu dan Ayah ke atas aku.
"Ibu, Fie sayang Ibu."
Tubuh Ibu aku peluk erat.
"Mesti lepas ni..su...susah Fie nak peluk Ibu lagi." tangisku. Ibu hanya membalas pelukan.
"Jangan cakap macam tu..."
Ibu melepaskan pelukan. Kedua-dua belah tangan aku dicapai sebelum diramas lembut.
"Fie, tak sampai setengah jam lagi, Fie akan jadi isteri orang. Ingat pesan Ibu, jadi isteri yang baik, dengar cakap suami, jangan lawan cakap dia, jangan tinggikan suara dan yang paling penting layan dia dengan baik sebab itu tanggungjawab seorang isteri terhadap suaminya. Syurga Fie nanti dekag bawah tapak kaki suami Fie tau... Layan dia elok-elok. Masak makanan sedap-sedap untuk dia. Layan perut suami tu. Kalau boleh, jangan bagi dia pandang perempuan lain. Ikat dia kuat-kuat. Faham?"
Aku senyum sebelum mengangguk.
"Baik, Ibu. Fie akan buat."
Ibu tersenyum tenang. Dahi aku dikucup lama.
"Dah, mana niqab nya? Ibu pakaikan." tanya Ibu. Niqab yang berada di atas meja solek, aku hulurkan pada ibu.
Sentuhan lembut Ibu membuatkan segala rasa berdebar di hati kembali tenang sedikit demi sedikit. Tidak sampai satu minit, niqab berwarna biru lembut itu sudah cantik menutupi sebahagian wajah aku.
"Cantik anak Ibu." puji Ibu. Aku hanya tertunduk malu.
"Jom, turun. Naufal dah sampai dah."
Pantas sahaja hati aku kembali berdebar sakan.
YOU ARE READING
Awak Sayang Saya Tak? (✔️)
RandomAlam persekolahan sememangnya mempunyai pelbagai kenangan dan cerita. Ada yang diam-diam mempunyai crush, ada yang sudah pandai bercinta pada usia muda dan ada juga yang jatuh cinta pada senior. Ini aku, Safieyatul Hawaniez. Ya, aku sama sepert...