Bab 20

153 8 0
                                    

    Aku tersenyum riang. Tubuh aku dipeluk Syafiq erat. Tak sangka dapat straight A!

"Dik, ada orang nak jumpa kau." ujar Syafiq tatkala kami berdua ingin masuk ke dalam kereta.

"Siapa?"

"Belakang kau."

    Dengan segera aku menoleh kebelakang sebelum tubuh aku mengeras. Dia. Tengku Naufal Hakimi Tengku Arsyad sedang berdiri di hadapan aku dengan sejambak bunga baby breath merah jambu dan sebuah patung beruang bersaiz aku yang berwarna putih.

"Aw..awak.."

"Balik dengan aku?" ujar Naufal. Aku menoleh ke arag Syafiq yang selamat masuk ke dalam kereta sebelum pecut meninggalkan aku dengan Naufal.

"Syafiq khinzir." carutku perlahan.

"So, how?" tanya Naufal. Aku jungkit kening.

"How?" tanyaku kembali.

"Balik dengan aku."

    Pipi aku membahang tatkala Naufal melorek senyuman manis buatku. Senyuman yang dulunya buatkan aku hampir terkena sawan setiap hari.

"Hm." gumamku sebelum mengangguk perlahan. Naufal tayang sengih lebar.

"Jom."

     Aku mengikuti langkah Naufal yang mendekati kereta Audi R6 berwarna ungu metalik. Kayanya dia. Muda-muda lagi dah ada kereta mewah *nangis tepi penjuru*.

    Naufal membukakan pintu sebelah pemandu untuk aku sebelum aku meneroboskan diri ke dalam kereta mewah tersebut.

    Enjin dihidupkan dan kereta milik Tengku Naufal memecut laju meninggalkan perkarangan sekolah.

***

    Sepanjang perjalan ke rumah aku, keadaan sepi. Tiada siapa yang berani mahu memulakan kata. Masih leka melayan perasaan masing-masing.

"Fie." lembut Naufal memanggil nama aku. Pipi aku mula membahang.

"Dah lama kita tak jumpa. Kali terakhir jumpa waktu keluarga aku bermalam dekat rumah kau. Waktu Kak Athirah kahwin dengan abang kau, kau tak ada. Kau dekat Korea dengan Ummi Abi kau."  ujar Naufal. Aku diam.

"You know what?"

    Aku menoleh ke arahnya. Sebelum ayat yang dilontarkan oleh mulutnya membuatkan pipi aku membahang teruk.

"I miss you a lot." sambungnya. Dia senyum. Tangannya menggenggam erat stereng kereta.

"I went for the therapist. But, to forget you and for not loving you is the hardest one for me. Everyday, Fie. I have a dream. A beautiful dream. A dream of marrying you and make you The Queen of my heart."

    Jantung aku berdegup laju. Ayat Facebook siapa yang dia rembat ni? Tapi, dengan cara dia cakap. Nada suara dia betul-betul buatkan jantung aku jadi tak tentu arah. Irama degupan jantung aku jadi luar biasa.

"Tengku, rumah saya belok kiri." ujarku. Sengaja mahu lari dari topik.

"I know, dear." balasnya lembut.

    Ya Allah, kuatkanlah iman aku. Rasa iman ni macam berterbangan pulak.

"So, bila ada free time? Aku nak ajak kau date."

    Aku tersedak angin. Gi..gila ke?!

"Ah, pasal sambung belajar jangan risau. Aku akan daftarkan kau satu kolej dengan aku. Sebab, aku tak nak jauh daripada kau." ujar Naufal.

    Kali ini aku telan liur. Perit. Kenapa ayat dia masih macam psiko atau memang dia ni jenis macam ni?

"Jadi, boleh tak keluar dengan aku?" tanya Naufal.

     Aku mengangguk. Naufal tayang senyum sebelum brek tangan ditarik. Oh, dah sampai rupanya. Naufal ambil jambangan bunga dan anak patung beruang tadi untuk diberikan kepada aku.

"Hug this. In case you miss my warm hug." sempat Naufal menitipkan pesanan miangnya pada aku.

"Take care, sayang." ujar Naufal sebelum kereta miliknya memecut laju meninggalkan aku yang sedang terpinga-pinga di hadapan pagar.

"Ada orang dah jatuh cinta!!" jerit seseorang. Idyan Harraz!

"Abang Idyan!!!" jeritku lalu mengejar Idyan yang berlari masuk ke dalam rumah.

Awak Sayang Saya Tak? (✔️)Where stories live. Discover now