Aku pandang peta di tangan aku. Sesekali aku mengerling ke arah jam tangan kesayangan aku. 2.50 petang. Ah, aku ada lagi sepuluh minit sahaja! Tapi, dewan utama tetap jugak aku tak jumpa. Hari pertama pendaftaran lah nak sesat.
Telefon yang berada di dalam sling bag aku telah aku tukar kepada mod vibrate jadi bila orang call sudah pastinya dia akan bergetar. Eh, kau orang kan pakai telefon. Kenapa aku kena terangkan benda ni? So, sekarang ni ada orang call aku.
"Assalamualaikum, awak dekat mana? Saya dekat depan Christoph Hall. Lepastu, saya tak jumpa Elizabeth Exhibition Hall. Pendaftaran lagi 10 minit ni." ujarku resah. Suara di hujung talian ketawa kecil.
"Aku dah siapkan semuanya. Kau kena pergi dekat dewan Elizabeth tu untuk ambil kad pelajar, kunci dorm dan kunci loker je." terang Naufal. Aku menghembus nafas lega.
"Betul ni? Tak tipu?" tanyaku. Naufal hanya menggumam di hujung talian.
"Lepas ambik semua benda tu. Tunggu aku dekat pondok depan tu. Nanti aku hantar kau pergi asrama dia."
"Okay. Saya pergi dulu. Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam, mi amor."
Terus aku matikan talian. Aku dah biasa dipanggil mi amor. Dah malas nak marah dah. Dah malas nak ingatkan oun yang dia tu tunangan orang. Kalau dah namanya Tengku Naufal Hakimi, kau fikir dia nak putus asa ke? Sebulan lepas Abang Idyan cerai, aku dengan dia tak bertegur pun. Semua sebab kes membawang depan mahkamah tu.
Aih, abaikan Naufal. Sekarang, mari kita ambil barang! Mata aku jatuh pada bagasi hitam di sisi. Semaknlah aku kena bawak kau ni. Ayah ada kursus pulak. Ibu, memang tak pandai bawak kereta. Abang Idyan ada emergency case dekat hospital. Syafiq ada kelas, dia bukan satu kolej dengan aku. Dia masuk IPTA. Aku sesat swasta. Ni pun nasib baik Naufal tanggung kalau tak, memang tak nak aku! Mahal!
Eh, terbebel. Ayuhlah kita bergerak.
***
"Safieyatul Hawaniez Binti Mohd Hasyim. Ni, kunci loker awak dan kunci dorm. Ni pulak kad pelajar awak. Sebelum tu, isi nombor password loker yang awak nak guna. Senang kalau apa-apa hal." ujar seorang kerani di situ. Terus sahaja aku capai pen yang dihulur dan mula menulis nombor password loker.
"Loker awak dekat bangunan Psychology Armada. Aras lima. Dorm awak pulak dekat dengan bangunan kejuruteraan perubatan. Nama dorm awak Angsana tau. Angsana G. Blok AG3 aras dua bilik 4. Kalau awak terlupa, saya ada bagi maklumat penuh dalam fail tu." ujar kerani tadi. Fail yang berada di tangan aku maksudnya.
"Terima kasih."
"Ah, lagi satu. Kalau nak pergi kelas, kami ada sediakan bas. Bas akan bergerak dari blok Angsana B dalam pukul 8. Jadi, awak kena tunggu depan Angsana G dalam pukul 8 lebih macam tu. Kalau sesi petang pukul 2. Kalau ada kelas malam pulak.. Pukul 8. Bergantung pada bilangan pelajar. Kalau tak ramai yang ada kelas malam, awak terpaksa pergi sendiri." terang kerani tadi. Dia melontarkan senyuman ke arah aku.
"Ah, awak didaftarkan bawah nama Tengku Naufal Hakimi Tengku Arsyad. Wow!"
Aku tarik senyum hambar.
"He is the most popular one in this college. Awak bertuah sebab rapat dengan dia. Kalau lah saya ni pelajar, dah lama saya berguling-guling sebab crush saya sponsor belajar." ujar kerani tadi. Aku hanya ketawa hambar. Tak padan dengan muka makcik-makcik nya.
"Sa..saya mintak diri dulu." ujarku kekok. Dia mengangguk dan menyambung kerjanya yang lain.
Fuh, selamat. Tengku tu bila je tak popular? Dekat sekolah pun sama. Kalau keluar dengan dia, ada je perempuan dua tiga orang datang tegur dia. Katanya kawan satu kuliah hm. Apa-apa je lah.
Kaki aku atur laju ke arah pondok di hadapan dewan sebelum langkah aku terhenti. Itu dia. Naufal Hakimi bersama muka kereknya sedang bersandar di salah satu tiang pondok sambil bermain telefon. Aku perhatikan gadis-gadis yang berada berdekatan dengan Naufal. Semuanya menggeletis. Junior pun sama. Alahai...
Tanpa memikir panjang aku berjalan ke arah Naufal. Dia yang sedang fokus meng scroll Instagram aku pandang lama sebelum bahunya aku cuit.
"Eh, lamanya ambik barang?" tanya Naufal.
"Akak kerani tu melaram pasal awak." ujarku malas. Naufal tayang sengih. Ha, nak riak lah tu.
"Asrama mana?" tanya Naufal. Bagasi aku diambil sebelum dimasukkan ke dalam bonet keretanya.
"Angsana G." jawabku mudah. Mata meliar ke arah gadis yang masih lagi menggeletis melihat Naufal yang memakai kaca mata hitam dan kemeja berwarna biru lembut.
"Ah, nasib baik dekat dengan kau punya dewan kuliah. Kalau dapat Angsapuri memang ponteng lah kau kalau ada kelas malam." ujar Naufal. Aku hanya meng oh kan sahaja. Malas nak beriak.
Nama kolej/apa-apa berkenaan kolej hanya rekaan semata-mata.
YOU ARE READING
Awak Sayang Saya Tak? (✔️)
NezařaditelnéAlam persekolahan sememangnya mempunyai pelbagai kenangan dan cerita. Ada yang diam-diam mempunyai crush, ada yang sudah pandai bercinta pada usia muda dan ada juga yang jatuh cinta pada senior. Ini aku, Safieyatul Hawaniez. Ya, aku sama sepert...