Air mata aku seka menggunakan tisu. Hingus yang meleleh aku sedut berkali-kali.
"Don't cry, baby. You doing good, Hoseok baby. Jimin, pujuklah yang pegang perut dia kenapa. Hoseok sayang jangan nangis lagi. Hatiku hatiku." Tisu ditangan aku genggam sekuat hati. Mata masih memandang televisyen yang berada dihadapan aku.
"Apa kena dengan adik kau ni?" tanya Abang Idyan yang baru sahaja sampai di ruang tamu dengan segelas air coklat kegemarannya. Punggungnya dilabuhkan di sebelah Syafiq.
"Dia tengah tengok award apa ntah tu. Siap bantai nangis lagi sebab ucapan yang aku pun tak faham." sindir Syafiq. Aku jeling dia tajam.
"Kau tak faham! My baby dah buat yang terbaik dah! His struggles are real! Tengok tu sampai sakit tangan dia waktu menari." ujarku. Wajah Jung Hoseok kesayangan aku yang sedang menangis sambil memberi ucapan kerana memenangi Daesang award di Mnet Asian Music Award 2018 atau nama singkatnya MAMA2018 aku tenung dengan linangan air mata. Baby aku....
"Gila dah dia ni." kutuk Syafiq.
"Alah, semua orang ada benda yang dia minat sangat-sangat. Sampai boleh usik emosi dia. Samalah macam kau. Emosi pun boleh terusik kalau kalah PUBG, kan? Ha, macam tulah Fie." ujar Abang Idyan. Aku jelirkan lidah pada Syafiq. Abang Idyan back up aku!
"Kau pun jangan nak beria sangat. Dah tengok ulang-ulang pun mengada nak menangis bagai. Abang sepuk kau kang."
Aku tayang muka cemberut manakala Syafiq berjogetan di tepi sofa. Sengaja! Benci dia!
Ting!
Ting!
Ting!
Ting!
Aku pandang telefon yang berada di sebelah. Ei, kacaulah! Telefon aku ambil dengan perasaan geram sebelum tubuh aku mengeras.
Tengku Naufal
-Aku otw pergi rumah kau. Mia miss you so much.
-Siap-siap sekali. Mia ajak pergi taman
-Aku ada benda nak bincang dengan kau
-bye. Assalamualaikum, mi amor.Aku baca mesej tersebut berkali-kali terutamanya mesej terakhir. Mi amor.... Aku geleng kepala sedikit.
"Betullah. Adik kesayangan kau dah gila." kutuk Syafiq. Sebuah bantal kecil aku baling ke arahnya sebelum bingkas bangun dari sofa.
"Nak pergi mana?"
"Ada kawan ajak jumpa kat luar!" jeritku sebelum berlari anak memanjat tangga. Apa lah yang nak dibincangkan Naufal pun aku tak tahu. Apa yang aku tahu... Aku berdebar. Tersangatlah berdebar.
I'm so sorry, Hoseok baby... Nanti Fie tengok awak tau.
***
Aku pandang Naufal, Naufal pandang aku. Mia pula? Sudah berhibur dengan buaiannya.
"Aku.."
"Saya.."
Aku ketap bibir.
"Awak dulu." ujarku.
"Aku minta maaf. Pasal Dayana. Pasal dekat kolej. Aku minta maaf."
"Ah, pasal tu. Past is past." ujarku malas. Malas nak ingat dah. Sakit otak fikir pasal benda tu.
"Kau.. Nak cakap pasal apa?" tanya Naufal. Aku berdehem.
Nafas aku tarik sedalam mungkin untuk mengilangkan rasa gementar sebelum aku hembus perlahan-lahan. Jari mula bermain dengan hujung tudung bawal berwarna dark purple. Mata aku kalihkan ke arah pokok bunga yang berada di hadapan aku; cuba mengelak pandangan Naufal.
"Saya cuma... Saya nak awak berhenti cintakan saya." ujarku dengan satu nafas.
"No."
"Eh, what?" tanyaku. Wajahnya yang tenang seperti permintaan aku tadi tidak memberikan kesan kepadanya.
"I said no." ujarnya tenang. Aku pula yang ternganga.
"Tengku, saya tak main---"
"Kau tak faham apa yang aku cakap? No means no, Safieyatul!" kali ini suaranya naik seoktaf.
Pantas sahaja aku bawa tangan untuk memeluk tubuh.
"Apa guna, Tengku? Apa guna Tengku sayang saya? Tengku akan berkahwin tak lama lagi! Jadi, kenapa Tengku kena sayangkan saya? Susah ke untuk Tengku redha dengan semua ni?" tanyaku geram. Anak mata aku bertentang mata dengan panahan tajam mata milik Naufal. "Alasan kau tak munasabah." ujarnya dalam keadaan selamba.
"Tengku, jangan cabar kesabaran saya." ujarku geram. Eh, kau kira untung aku nak keluar dengan kau tau!! Kalau tak fikir apa yang kau dah buat, muka kau pun aku tak nak pandang lah! Namun, semuanya hanya tersimpan di dalam hati.
"Apa? Kesabaran? Dengar sini. Selagi Tengku Naufal Hakimi Tengku Arsyad depan kau ni masih hidup... Aku akan tetap jadikan kau milik aku." ujar Naufal. Kini dia bangun dari duduknya dan mencerlung diri aku.
Pantas sahaja aku bangun dari dudukku.
"Jadikan saya milik Tengku? Yang ke berapa? Ke dua? Huh? Dalam mimpilah Tengku Naufal Hakimi." ujarku geram. Beg sandang aku capai sebelum langkah aku atur kasar ke arah perhentian bas yang berada di hadapan taman permainan tadi.
"Mama!" jerit Mia. Aku hentikan langkah. Wajah seboleh-bolehnya aku ceriakan.
"Ya, sayang?"
Tangan si kecil memeluk erat kakiku.
"Mama, nak tinggal Mia lagi?" tanya Mia. Aku menarik nafas panjang sebelum aku hembus perlahan-lahan. Figura Naufal yang berdiri tidak jauh dari kami aku tenung geram.
"Tak. Mama ada kerja. Nanti kita jumpa lagi ya?" rambut tocangnya aku usap perlahan.
"Pwomise?" tanya Mia. Jari kelingkingnya disua di hadapan muka aku.
"Promise." ujarku. Dahi Mia Adriana aku kucup lama sebelum kaki aku atur ke arah perhentian bas tersebut.
Tidak sampai 30 saat, sebuah bas berhenti di hadapan aku. Tanpa memikir dua tiga kali, terus sahaja aku melangkah masuk ke dalam bas. Dari tingkap bas, aku nampak sepasang mata tajam merenung diriku. Tidak lepas sehingga bas yang aku naiki beransur pergi dari kawasan taman permainan tersebut.
Aku harap ini yang terakhir. Aku tak larat lagi nak hadap benda yang sama.
YOU ARE READING
Awak Sayang Saya Tak? (✔️)
RandomAlam persekolahan sememangnya mempunyai pelbagai kenangan dan cerita. Ada yang diam-diam mempunyai crush, ada yang sudah pandai bercinta pada usia muda dan ada juga yang jatuh cinta pada senior. Ini aku, Safieyatul Hawaniez. Ya, aku sama sepert...