Aku menguap. Mata memandang ke arah jam di dinding kelas.
"Dia tak datang tu." Ujar Fiesyah. Aku mengangguk-angguk.
"Baguslah tu. Bolehlah aku tidur dulu." Terus sahaja aku lentokkan kepala ke atas meja.
"Bangun semua!!" Jerit ketua kelas kami, Delisha.
Aku yang mahu terlelap, duduk tegak. Mata memandang ke arah sekeliling. Mana ada cikgu. Wajah Delisha aku pandang geram.
"Bahenol, Del!"
"Tahi!"
"Aku baru nak usha pakcik bawak motor oi!"
"Ada yang kena bunuh kejap lagi!"
Aku angkat ibu jari. Kepala aku lentokkan semula ke atas meja. Fiesyah hanya pandang aku tanpa berkelip.
"Fie, Naufal."
"Ha?!" Aku pandang wajah Fiesyah. Dia memuncungkan mulut ke arah pintu kelas. Kelihatan Naufal sedang berdiri sambil memegang sehelai kertas.
"Bro, kau masuk jer. Cikgu tak ada ni," ujar Khai. Naufal masuk dan duduk di meja Fiesyah. Fiesyah pandang tak puas hati. Aku? Dah nak kena heart attack sebab meja Fiesyah sebelah aku.
"Pengawas, sini." Panggil Naufal.
"Fie, jauh!" Kata Syaz. Aku tayang muka geram. Dasar ini makcik!
"Sesiapa volunteer nak berlakon drama?" Tanya Naufal. Lah, drama tuh. Oho.
"Saya nak tarik diri." Ujarku selamba.
"Aku tanya siapa yang nak join bukan siapa yang nak tarik diri, dear." Aku jeling Naufal. Sempat pulak dia selit 'dear' kat ayat dia.
"Kapal!" Jerit Adam. Aku tayang penumbuk. Nak mati gamaknya.
"Fiesyah, tak nak join?" Tanya Naufal lembut. Ha. Ha. Ha. Aku cemburu, syaiton!
"Tak nak. Tak pandai berlakon. Izz!" Ujar Fiesyah sebelum dia berlalu pergi ke arah Izz yang sedang mengulangkaji. Rajin anak Tengku seorang tu.
"Aku nak." Ujar Aqmar. Semangat betul.
"Okay. Lagi?" Tanya Naufal.
"Aku ajak Arsyad." Kata Aqmar. Naufal mengangguk-angguk. Kertas tadi diberikan kepada aku.
"Tulis nama sesiapa yang nak join. Nama aku dengan kau sekali. Rehat bagi aku tau, sayang." Kata Naufal sebelum bangun dan pergi meninggalkan aku.
"Puih!"
"Sabar, Fie. Bukan kau suka?" Tanya Irene. Aku jeling dia geram. Suka sangat huh! Wardah dalam ni, kan! Kang dia jaja satu sekolah. Aku bukan tak tahu perangai dia!
"Aku nak join." Aku pandang suara tadi. Izz?
"Kenapa nak ma--"
"Aku dengan Fiesyah."
"Asal aku?! Aku tak nak!!" Jerit Fiesyah. Aih, aku kahwin kang jugak budak nih!
"Nur Nafiesyah, Tengku Izz Daniel, Aqmar Hariz, Muhammad Arsyad Danish. Lagi?" Tanyaku.
"Nama kau dengan Fal mana?" Tanya Khai. Aku pandang dia sebal. Aku baru acah nak lupa.
"Ha! Tengku Naufal Hakimi, Saffieyatul Hawaniez!" Ujarku geram. Mereka semua tergelak. Ah, aku sebal tengok budak-budak ni!
"Weyh!!" Kami pandang ke arah pintu. Kelihatan Syah berada di muka pintu. Mukanya pucat dan panik.
"Afik pengsan!"
"Ha?!"
***
Guess what? Afik pengsan sebab tak makan. Punca? Mak ayah dia bergaduh besar dekat rumah. Budak ni pulak memang jenis cepat sakit.
"Aku tak faham." Kata Irene. Aku pandang dia dan jungkit kening. Kami semua hanya pandang kosong ke arah ambulans yang berlalu pergi dari perkarangan sekolah.
"Tak risau ke dia dengan anak dia? Cikgu dah call banyak kali! Apa yang dorang cakap sama! Busy!" Mata Irene memerah. Fiesyah dan Syaz turut mengangguk. Hana dan Nayli? Awal-awal lagi mereka berdua dah menangis.
"Kesian Afik," ujarku. Muka dia pucat. Kami bukan tak tahu masalah keluarga dia. Sama. Mereka anggap anak-anak mereka membebankan.
"Kak Fie!!" Jerit seseorang.
"Raudah?!"
"Abang mana?" Tanya Raudah. Air matanya mengalir.
"Ambulans hantar dia ke hospital. Raudah nak pergi jugak?" Tanya Khai. Raudah mengangguk-angguk.
"Syah, kau bagitahu Cikgu Xander. Cakap dengan dia Raudah nak pergi." Kata Adam. Syah mengangguk. Tangan Izz ditarik. Mereka berdua berjalan pergi.
"Apa yang jadi?" Tanyaku kepada Raudah.
"Mulanya malam tadi. Mama dengan Baba bergaduh. Semua sebab abang balik lambat. Baba cakap mama tak pandai jaga anak. Tapi, abang balik lambat sebab pergi kelas tambahan. Lepastu, abang menangis dari malam sampai pagi. Raudah kesian. Pagi tadi, mama dengan Baba gaduh lagi sebab mama dapat tahu Baba ada orang lain. Yang kena tengking, abang. Kesian, abang. Malam tu dia tak makan. Pagi pun sama." Terang Raudah panjang lebar. Aku hanya menggeleng perlahan. Sampai macam tu sekali?
"Kesian dia." Kami mengeluh.
"Raudah, cikgu suruh tunggu dekat parking kereta. Dekat kereta Cikgu Xander yang Honda Civic putih tu." Kata Izz. Raudah mengangguk dan berjalan pergi. Sempat dia mengucapkan terima kasih.
"Kau tak ada plan ke nak tolong Afik, Fie?" Tanya Irene.
"Kita bagitahu benda ni dekat cikgu. Sedikit sebanyak beban dia berkurang." Ujarku. Mereka mengangguk-angguk.
"Nanti aku cakap." Kata Syaz.
Kami mengeluh. Kesian akan nasib Afik.
Tbc...
Ank2 rndu sye x?? Sebenarnya... Chp lps... Author trtekan publish.... Hoho. Nk unpublish tu mls gilaaaaaaaaa... Agagagagaga
YOU ARE READING
Awak Sayang Saya Tak? (✔️)
AcakAlam persekolahan sememangnya mempunyai pelbagai kenangan dan cerita. Ada yang diam-diam mempunyai crush, ada yang sudah pandai bercinta pada usia muda dan ada juga yang jatuh cinta pada senior. Ini aku, Safieyatul Hawaniez. Ya, aku sama sepert...