"Mama, janganlah tidur sini. Jom, tidur dengan Mia dengan papa." rayu si kecil. Aku menggeleng kepala berkali-kali. Permintaan kau terlalu tinggi, budak.
"Haahlah, sayang. Jomlah tidur dengan saya."
Bbum!
Aku atur langkah laju ke arah pintu rumah. Lantaklah nak tercabut ke, nak retak ke cermin kereta dia tu aku tak kesah. Kaya, kan?
Miang! Gatal!
"Assalamualaikum---ABANG IDYAN! SYAF! KAU ORANG MENGUNYIT APA NI?!"
***
Sepaket ais aku baling ke arah Syafiq sebelum mendapat jelingan maha tajam daripadanya.
"Nah, ambik ais ni." paket ais yang lain aku beri kepada abang Idyan. Adyan yang berada di atas riba abang Idyan aku ambil.
"Lain kali, jangan bertumbuk. Pergi terjun bangunan terus." ujarku dengan nada yang sinis. Abang Idyan dan Syafiq menjeling aku. Heh, sis tak takut.
"Main game pun boleh bertumbuk. Fie halau korang keluar rumah baru tau!" ujarku lagi. Adyan pula membebel bahasa alien nya.
"Kau membebel macam Ibu." sindir Syafiq. Aku pandang dia tajam.
"Aku anak Ibu, okay." ujarku malas.
Adyan aku letakkan ke dalam baby walker yang berada di sebelah abang Idyan.
"Fie nak masak. Jangan masuk dapur. Duduk situ diam-diam. Tuam lebam tu dengan ais." pesanku sebelum kaki aku mengatur laju ke arah dapur.
Peha ayam yang berada di dalam peti ais aku keluarkan bersama bahan-bahan basah yang lain. Menu malam ni? Asam pedas ayam je lah. Aku malas nak masak benda lain. Asam pedas ayam dengan kangkung goreng belacan. Cukup.
"Piepiepipiepie!!!"
Aku toleh ke arah pintu dapur. Adyan Hariz sedang tersengih comel di dalam baby walker. Tangannya ditepuk kuat.
"Adyan nak apa? Piepie nak masaklah. Adyan duduk lah dengan papa Adyan." ujarku. Tubuh kecil itu aku dekati sebelum sebuah kucupan aku berikan pada ubun-ubun Adyan. Haruman bayi milik Adyan aku hirup lama.
Hilang segala tekanan. Betullah. Bayi tu tak mandi lagi ke, berpeluh ke.. Tetap jugak sedap dibau.
"Adyan nak tolong Piepie ke?" tanyaku. Adyan tersenyum comel. Ei, geram je!
"Okay, Adyan tolong tengok je tau."
Usai sahaja memastikan Adyan tidak masuk ke dapur dan hanya berada di pintu dapur, aku mulakan sesi 'perang' di dalam dapur.
***
Usai sahaja menidurkan Adyan aku masuk ke dalam bilik. Telefon yang berada di atas meja solek aku capai sebelum kata laluan diakses. Aplikasi Instagram aku buka sebelum mata aku membulat.
Tngku.FalKimi_00
[PHOTO]
Liked by TngkuIz00 and 14536 others
YOU ARE READING
Awak Sayang Saya Tak? (✔️)
RandomAlam persekolahan sememangnya mempunyai pelbagai kenangan dan cerita. Ada yang diam-diam mempunyai crush, ada yang sudah pandai bercinta pada usia muda dan ada juga yang jatuh cinta pada senior. Ini aku, Safieyatul Hawaniez. Ya, aku sama sepert...