Aku letakkan bagasi ke dalam sebuah bilik. Aku pandang ke sekeliling bilik tersebut. Dua buah katil single, dua buah almari, dua buah meja belajar dan satu papan seterika. Bilik air disediakan di luar. Sebenarnya reka bentuk asrama ni macam apartment. Tapi, dapur ialah ruang tamu dan ruang tamu ialah dapur. Ada juga balkoni yang menghadap blok lain. Tiada alatan elektrik kecuali periuk nasi, cerek elektrik, dan seterika. Asrama dia ada tiga bilik dan aku bilik yang bersebelahan dengan bilik air dan tandas. Alhamdulillah senang kalau nak terkucil tengah-tengah malam nanti. Tak adalah kena berteman.
Aku pandang jam di tangan. Pukul 3.30 petang sebelum majlis pendaftaran pelajar tamat pada pukul 5 petang. Jadi, aku ada banyak masa untuk kemas baju dan barang-barang lain.
Dengan itu, bermulalah misi mengemas barang-barang aku.
***
Aku hempaskan badan ke atas katil yang telah aku tukar cadarnya. Tersenyum aku melihat katil dan almari yang telah aku kemas. Aku berdoa sangat yang roommate aku nanti baik orangnya.
Tokk..tokk
"Assalamualaikum." usai ayat itu ditutur, satu figura berdiri tegak di hadapan pintu bersama bagasi dan beg lain di tangannya.
"Waalaikumussalam. Masuklah." pelawaku. Dia tersenyum lalu menapak masuk ke dalam bilik.
"Awalnya awak sampai. Dah siap kemas barang dah." ujarnya. Aku tayang senyum.
"Saya daftar awal. Ada orang daftarkan. Tu yang awal." ujarku pula. Dia tayang senyum. Punggungnya dilabuhkan di atas katil bersebelahan dengan katil aku.
"Nama awak siapa?" tanya aku.
"Tengku Amelda Husna. Panggil saya Husna je." jawabnya bersama sebuah senyuman.
Cantiknya dia. Insecure aku dibuatnya. Dengan tudung bawal cotton berwana ungu pastel yang labuh dengan blouse muslimah warna ungu gelapnya lagi. Sumpah nampak macam ustazah pilihan. Aku pandang baju aku. Kemeja putih labuh sampai ke lutut, tudung bawal biasa yang tak selabuh dia dan seluar jeans hitam. Sumpah insecure.
"Nama awak?" tanya Husna.
"Safieyatul Hawaniez. Panggil Fie." jawabku pula.
Tiba-tiba matanya membulat sebelum dia bangun dan duduk di sebelah aku.
"Awaklah yang didaftarkan bawah nama Tengku Naufal Hakimi, kan?" tanya Husna. Dia kedengaran agak teruja.
"I..iya. Mana awak tau?" tanyaku. Dia tayang senyum.
"Dak kecoh dah awak. Satu kolej pun. Budak-budak junior yang baru masuk macam kita pun dah ramai yang tau." ujarnya. Aku menelan perit liur. Uh, macam petanda kurang baik je.
"Pelik jugak saya. Tengku Naufal bukan bertunang dengan Sharifah Nurdayana ke? Kenapa awak pulak yang didaftarkan bawah dia? Sedangkan orang kata Dayana tu pun pakai duit sendiri nak masuk sini." ujar Husna. Oh, mati aku macam ni. Dayana pun dekat sini? Ah, Ibu... Fie nak balik tak nak sekolah sini!
"Be..betul ke?" tanyaku kembali. Husna mengangguk laju bak burung belatuk.
"Betul awak. Untungnya awak.... Tengku yang popular tu sponsor awak. Kalau saya, saya dah buat kenduri kesyukuran dah." ujar Husna. Dia meletakkan kedua-dua belah tangannya ke pipi.
YOU ARE READING
Awak Sayang Saya Tak? (✔️)
AcakAlam persekolahan sememangnya mempunyai pelbagai kenangan dan cerita. Ada yang diam-diam mempunyai crush, ada yang sudah pandai bercinta pada usia muda dan ada juga yang jatuh cinta pada senior. Ini aku, Safieyatul Hawaniez. Ya, aku sama sepert...