Bab 38

113 7 0
                                    

Amaran!!! Pembacaan 18+. Read at your own risk! Boleh skip sampai perenggan  dengan perkataan "Tangisan"..

   Kelopak mata yang seolah-olah sedang menampung berkilo-kilo guni beras aku buka perlahan-lahan. Badan aku terasa sungguh lemah. Sendi-sendi aku bagaikan membeku dan tidak mahu bergerak. Mata aku terbuka sedikit sebelum pandangan aku disapa dengan kegelapan yang sama. Aku buta ke? Ya Allah, kau dah tarik nikmat penglihatan aku ke? Kenapa aku tak nampak apa-apa?

Krekk!!

     Tiba-tiba mata aku disapa satu cahaya yang agak malap. Di sebalik cahaya tersebut, aku nampak satu bayang-bayang yang mempunyai bentuk seperti seorang lelaki. Ayah? Ayah ke tu? Ayah dah sampai? Namun, cahaya tadi hilang dan diganti dengan cahaya lilin. Perlahan-lahan cahaya tadi mendekati aku sebelum hujung kakiku terasa seperti bersentuhan dengan kulit seseorang.

"Ayah.." panggilku. Suara aku kedengaran agak kasar. Tekak aku terasa agak perit.

"Ayah?" soal kelibat tadi. Aku tersentap. Kepala aku berdenyut-denyut. Orang terakhir yang aku jumpa sebelum aku 'tertidur'... Bukankah, Aiman?

"Ab..abang Aiman.."

"Good girl.." ujarnya sebelum aku dapat rasakan ada satu tangan yang mengusap rambut aku. Rambut?! Aku tak bertudung! Mana tudung aku?!

"Le..lepas.." pintaku. Aku cuba menggerakkan tangan aku tapi gagal. Rasa macam diikat dengan... Rantai besi?

     Hati mula mempersoalkan. Kalau betullah dia Aiman, kenapa dia ikat aku? Kenapa aku tiba-tiba sahaja tak bertudung? Dia... Culik aku ke?

"Hai, sayang..." panggilnya dengan suara yang agak tenggelam timbul. Lilin didekatkan dengan mukanya. Aiman! Kenapa... Kenapa dia buat aku macam ni?

"Ke..kenapa abang..buat A..Aniez macam ni?" tanyaku. Tangisan aku pecah. Dia tergelak kecil sebelum tiba-tiba sahaja bilik ini bertukar terang.

      Mata aku kerdip beberapa kali. Bilik ini, keseluruhannya putih dan aku baru perasan.. Aku berada di atas katil. Tangan dan kaki aku diikat dengan rantai besi.

"Abang sayangkan Aniez. Sebab tu abang ikat Aniez. Abang tak nak Aniez dekat dengan Naufal tu.." ujarnya. Suaranya agak meleret. Dia memanjat tubuhku. Lututnya mengunci kakiku sebelum tangannya mengusap lembut pipiku.

"Le..lepaskan aku.." rayuku. Jantung aku berdetak laju. Aku resah. Aku takut. Perasaan takut aku, menyelubungi diriku sehingga aku lupa segala-galanya.

"Sayang, kenapa aku kena lepaskan kau? Rugilah aku.." ujarnya. Mukanya mendekati muka aku.

     Aku palingkan muka ke arah lain. Dalam hati, tak putus-putus aku berdoa agar siapa-siapa sahaja datang menyelamatkan aku. Mulut aku terkumat-kamit beristighfar dan menuturkan zikir kepada-Nya untuk meminta pertolongan

"Shh, aku nak tau rasa kau... Sama tak macam rasa awek aku yang dah mampos tu.." ujarnya lagi. Pipi aku dicengkam kuat sehinggakan wajah aku terpaling ke arahnya.

     Awek? Entah kenapa berita gadis membunuh diri angkara mengandungkan anak teman lelakinya bermain-main di minda aku. Aiman ke? Aiman ke teman lelaki gadis tu?

"Kalau kau teringatkan berita tu, betullah. Aku lah yang tengah jadi buruan polis sekarang." ujarnya selamba tangannya bermain-main dengan wajah aku.

     Aku terpempan. Patutlah selama ni dia berpakaian pelik. Cara dan tingkah laku dia pun pelik... Aku salah tafsir ke? Naufal, betullah tekaan kau.

"Sekarang ni, kau cuma perlu diam. Biar aku buat semua benda, okay?" ujarnya sebelum blouse hitam aku direntap kasar.

Hey, beautiful beautiful angel,
Love your imperfections every angle,
Tomorrow comes and go before you go,
So, I just have to let you know...

Awak Sayang Saya Tak? (✔️)Where stories live. Discover now