Dayana mengetap geram bibirnya. Segala bingkai gambar, produk skin care nya ditolak jatuh ke lantai. Dia menjerit sekuat hati. Kepingan gambar yang baru sahaja diterimanya tadi dikoyakkan lalu di baling ke atas lantai marmar biliknya.
"Perampas! Perempuan perampas!" jerit Dayana. Mindanya dibayangi adengan romantis Naufal bersama gadis yang sama.
"Safieyatul Hawaniez, aku akan bunuh kau!!" jeritnya.
Namun, dia seakan-akan baru tersedar. Telefon bimbitnya diambil dan nombor seseorang didail.
"Aku tahu kau inginkan perempuan tu dan Naufal milik aku. Aku nak, dalam apa cara sekali pun, hancurkan perempuan tu. Kau buat lah apa yang kau nak, sebagai bayaran aku akan minta papa aku tutup kes awek kau dulu." ujar Dayana dengan nada yang angkuh. Usai sahaja dia menuturkan ayat tadi, telefonnya dibaling ke atas katil.
"Kalau dulu rancangan aku gagal sebab kebodohan abang aku, kalini aku akan pastikan kau merana!" jeritnya sebelum ketawa jahat mula memenuhi segenap bilik tidurnya.
Dayana mundar-mandir di hadapan tandas sekolah. Berita yang disampaikan adiknya membuatkan jiwa dan hatinya panas. Sekejap-kejap dia memeluk tubuhnya.
"Ya, aku tak pekak. Budak kelas aku kan kawan perempuan tu, jadi semua pakat-pakat ship. Memang aku ada nampak jugak perampas tu menggedik dengan Naufal kau." kata-kata Wardah tadi membuatkan jiwanya tidak tenteram. Dia mesti kena rancang sesuatu. Dia mesti kena singkirkan perampas tu. Tapi, dengan cara apa?
Tiba-tiba gerangan tadi lalu di sebelahnya. Wajah mulus tanpa sebarang cela itu dipandang benci.
"Apa? Ian? Siapa?" tanya seorang lagi gadis yang berpakaian pengawas.
"Kawan Naufal tak silap. Abang Wardah. Tahu, kan?" tanya Safieyatul. Gadis di sebelahnya yang bertag nama Syazrina hanya menggeleng perlahan.
"Slow lah kau ni!" marahnya.
"Cuba cerita."
"Dia nampak macam playboy. Naufal ada jugak suruh aku jauhkan diri daripada Ian tu."
"Oh, jadi jauhkan lah diri. Aw, sayang jugak abang hot kita tu dekat kau!" usik Syazrina sebelum mendapat pelempang kasih sayang daripada Safieyatul.
Dayana mengetap bibirnya geram. Ian? Abang aku? Entah kenapa dia tersenyum sumbing. Tunggu kau, perempuan tak sedar diri. Getus hatinya.
***
Wajah abangnya yang sedang leka memetik gitar dipandang lama.
"Kau nak apa tercegat kat situ? Nak jadi patung lilin?" tanya Ian. Dayana hanya berdecit sebelum melabuhkan punggung di sebelah abangnya yang berada di atas gazebo.
"Aku nak mintak tolong." ujar Dayana. Ian mengalihkan pandangan ke arah adiknya.
"Kau nak aku tolong apa?" tanya Ian.
"Pasal Naufal dengan budak Fie tu." jawab Dayana. Kakinya disilang. Ian menjungkitkan kening.
"Aku nak kau rosakkan budak perempuan tu."
Ian mengeluh. Nak kata bodoh, budak kelas depan. Nak kata pandai, macam bodoh sangat lah pulak. Gila ke apa aku nak rosakkan anak dara orang? Nak kena pelangkung dengan papa ke apa? Getus hatinya.
"Kau ni kenapa? Kau gila? Kalau aku tertangkap macam mana?" tanya Ian. Eh, se playboy aku, aku mana pernah rosakkan anak orang. Getus hatinya lagi. Cari pasal betul adiknya ni!
"Aku tahu kau dah lama sukakan budak perempuan tu. Aku kenal kau lah, Ian. Kau sukakan perempuan sebab body je kan?"
Ian berdecit. Memanglah betul. Masalahnya, nak rosakkan tu. Kau fikir senang?!
"Kau nak suruh aku buat apa?"
"Rogol dia. Lepastu kau ambil lah gambar ke apa then kau ugut dia. Kalau dia tak berambus daripada sekolah tu, kau sebarkan gambar tu." ujar Dayana. Ian terbatuk kecil. Gila.
"Aku bayar kau lebih."
"Okay, deal!"
Ian memandang langit malam. Memang dia ada simpan perasaan terhadap gadis manis itu. Dia tersenyum sinis. Bagus juga rancangan adiknya. Yelah, kucing mana nak lepaskan ikan depan mata. Ada pun kucing bangang.
***
Figura gadis yang sedang bergelak tawa dengan rakan baiknya dipandang lama sebelum senyuman sinis terukir di bibirnya. Gadis tadi berjalan ke arah pondok bersebelahan dengan tempat dia berdiri. Tubuh gadis itu dipandang atas bawah. Dia menjilat bibirnya.
"I will make you mine."
Tanpa Ian sedar, sepasang telinga dan sepasang mata sedang memerhatikannya. Menunggu masa untuk melayangkan penumbuk sulungnya.
Matanya masih lagi melekat di tubuh gadis yang berbaju kurung putih dan berkain biru itu.
***
Bbuk!!
"Kau apahal?!" herdik Ian secara tiba-tiba. Wajah rakan baiknya dipandang geram. Tak ada angin tak ada ribut, aku yang kau pukul?
"Aku apahal? Kau fikir aku tak tahu apa yang kau nak buat dekat budak Fie tu?!" tengking Naufal. Vest pengawasnya sudah tercampak ke atas rumput.
"Ah, kau tahu? Apa kata kau join aku sekali? Bukan selalu dapat ra--"
"Sial!"
Bbuk!
Bbuk!
Bbuk!
"Sekali lagi aku tau, kau nak apa-apa kan Fie, kau mati!" ujar Naufal lasar sebelum court bola tampar itu dipenuhi pelajar lain.
Dayana tersenyum sinis. Sekarang, siapa nak selamatkan kau Safieyatul Hawaniez? Naufal? Aku akan pastikan rancangan aku berjalan dengan lancar. Getus hatinya.
YOU ARE READING
Awak Sayang Saya Tak? (✔️)
AléatoireAlam persekolahan sememangnya mempunyai pelbagai kenangan dan cerita. Ada yang diam-diam mempunyai crush, ada yang sudah pandai bercinta pada usia muda dan ada juga yang jatuh cinta pada senior. Ini aku, Safieyatul Hawaniez. Ya, aku sama sepert...