"Akak Fie!!!" Jeritan maha kuat itu memaksa aku membaling bantal ke arah adik aku.
"Sakitlah!"
"Ha! Siapa suruh kau menjerit?!" Tanyaku geram. Nak ditampar takut penyek. Yelah, budak darjah satu kan. Kenit ja.
"Ha, kau nak apa? Aku nak siapkan homework pun payah!" Kataku geram. Kamus setebal pelempang ibu aku letak ketepi.
"Abang kembar datang!" Jerit Iqram. Adik aku.
"Hah?!" Terus sahaja aku melompat suka. Kaki melangkah laju ke arah tudung yang tergantung di birai katil.
Berdesup aku lari turun tangga.
"Abang!!!!!!!!!!!" Jeritku teruja.
"Ya Allah. Anak aku ke tu?" Auch, ibu. Perit.
"Fie!!!!"
"Anak lelaki aku ke tu?"
Terus sahaja aku berdiri di hadapan abang-abang sedara aku.
"Abang Qhad! Abang Shad!" Jeritku teruja. Mereka mula mengelap air mata palsu. Drama, kan?
"Sekejap. Betul ke ni Fie? Bukan makcik jual clorox?" Perli Abang Shad. Dasar kamu!
"Haahlah. Muka macam makcik jaga tandas." Ujar Abang Qhad pula.
Pakk!
Pakk!
"Tahniah." Kataku dengan nada sarkastik. Padan muka!
"Ummi!!!" Jeritku teruja. Terus sahaja tubuh makcik saudara aku, aku rangkul kuat. Biar lemas.
"Ya Allah, dah besar dah anak Ummi ni," ujar Ummi. Kepala yang berlapikkan tudung diusap perlahan. Eyh, malu saya.
"Besar badan jer. Otaknya tu kecik." Perli ibu. Ye, ibu aku ni memang swag orangnya.
"So, akak cadang memang nak duduk Malaysia terus."
"Yeayyyyy!!!!!!"
***
Aku pandang abang kembarku yang sedang leka memandang ke seluruh pelusuk sekolah.
"Besar jugak sekolah kau, Fie." Ujar Abang Shad. Mulutnya ternganga luas.
"I do not own this school, okay," ujarku. Mata masih lagi fokus mencari kelibat geng aku. Aik, tak datang ke apa?
"YO!"
"AGHH!!"
"KAU KALAU NAK MATI BAGITAHU AWAL-AWAL, SYAFIQ!" Ujarku geram. Kepala milik abang aku, aku ketuk menggunakan kamus dewan bahasa. Ha, kau agak macam mana momentum dia?
"Ni buat apa tercegat kat sini?" Tanya seseorang. Fuh! Mr. Crush.
"Ha? Ni cuma nak tunjukkan students baru sekolah baru," ujarku selamba. Sebenarnya, aku punya jantung dah nak meletup!
"Ah, students baru? Saya Naufal. Prefect kat sini."
Aku hanya pandang adegan di hadapan aku. Nak menyampuk macam tak kena.
"Saya Qhad, ni adik saya Shad." Ujar abang Qhad. Ya allah, dah macam Upin Ipin dah.
"Jom ikut saya pergi pejabat," kata Naufal dengan penuh lemah lembut. Eh, baiknya.
"Ha, kau? Tunggu apa lagi? Pergi dataran budaya, sekarang!"
Khinzir kau, Mr. Crush!
"Aku?" Tanya abang Syafiq.
"Masuk kubur!" Ujarku geram. Melayang heh mood nak fangirl hari ni. Semua sebab TENGKU NAUFAL HAKIMI TENGKU ARSYAD.
Sepak nanti, terabur gigi.
"Fie!!" Jerit seseorang. Allahu. Allahu.
"Kau nak apa, Hana Hanat?" Tanyaku sarkastik.
"Ey, camni kawan, kan?" Kata Hana dengan nada yang pasrah.
"Ha, kau nak apa?" Tanyaku semula. Makin dilayan, makin pelik budak ni.
Aku dan Hana berjalan ke arah dataran budaya bersama-sama. Hana punya lah fangirl sebab award semalam. Aku pun layanlah.
Bukk!!!
Again lah. Kenapa macam sempit sangat jer laluan sekolah ni sampai aku boleh terlanggar orang ni?
Ya Allah! Aiman!!! Bshsbznusjaiai?!!!!
"Maaf tau, Aniez. Busy sangat sampai semua orang pun saya langgar," ujar Aiman. Dia mengukir senyuman semanis gula merah.
"Eh, tak apa. Sikit jer. Bukannya sampai patah riuk pun." Ujarku. Aku tayang senyum. Mohon lah si Aiman ni tergoda dengan senyuman aku. Hahaahahha---- K. Tak lawak.
"Ah, Aniez ni budak kelab bahasa melayu, kan?" Tanya Aiman. Aku angguk.
"Ni, borang penyertaan menulis novel pendek. Boleh tak tolong masuk?"
Dupdapdupdap. Duh, aduh! Aduh aduh abang! Apa ni, Fie?!
"Saya ke? Saya mana pandai mengarang ni." Kataku dengan nada sesopan yang mungkin. Hana kat sebelah siap buat muka meluat lagi.
"Ala, masuk jer lah. Sekolah kita baru ada tiga orang jer wakil. Bolehlah.. Please," rayu Aiman. Dia merapatkan kedua-dua tangannya sambil mengerdip mata beberapa kali.
Comelnya. Cair aku tau...
"Eh, kau buat apa kat sini, Man?" Tanya Naufal. Agh! Sibuknya! Baru nak fangirl dekat Aiman.
"Fie, aku pergi cari Irene dulu tau," pamit Hana sebelum menghilangkan diri. Tak guna.
"Tak adalah. Aku suruh Fie masuk pertandingan mengarang novel pendek." Jawab Aiman beserta senyuman manis. Ish, dia ni! Even dengan junior pun dia senyum.
"Ah, tak boleh," kata Naufal. Aku tayang muka pelik.
"Fie dah apply masuk pertandingan menyanyi dengan aku," ujar Naufal. Jap. Sejak bila tho?
"Oh, kalau macam tu tak apalah. Aku ajak Wardah je lah." Ujar Aiman. Dia tersenyum ke arahku sebelum meninggalkan aku dan Naufal.
"Suka-suka hati a..awak jer nak paksa saya masuk per...pertandingan tu!" Kataku geram.
"Jadi, kau memang dah setuju. Pertandingan tu next month tau. Prepare lah apa yang patut. Minggu depan bagi tajuk lagu dekat aku." Kata Naufal sebelum berlalu pergi.
Naufal khinzir lagi!
"Saya tak ca---"
"Thanks, dear!"
"Gila!"
Aku hentak kaki ke lantai. Dasar munafik si Naufal ni! Nak jer aku sembelih lepastu masak tiga rasa.
Tbc...
YOU ARE READING
Awak Sayang Saya Tak? (✔️)
De TodoAlam persekolahan sememangnya mempunyai pelbagai kenangan dan cerita. Ada yang diam-diam mempunyai crush, ada yang sudah pandai bercinta pada usia muda dan ada juga yang jatuh cinta pada senior. Ini aku, Safieyatul Hawaniez. Ya, aku sama sepert...