Bab 44

129 9 4
                                    

    Aku tilik jam di tangan sudah dua jam. Batang hidung abang aku pun tak nampak. Buat tahi mata je kerja. Balik ni, aku nak mengadu dekat Ayah.

    Tiba-tiba sahaja telefon aku bergetar menandakan ada panggilan yang masuk.

Tengku Naufal. Nak angkat ke tak? Angkat ke tak? Tak angkat ke nak angkat? Eh eh. Main-main pulak kau, Fie. Angkat je lah!

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam." salamnya aku jawab dengan nada suara yang jelas menunjukkan bahawa aku gementar.

"Kau dekat mana?" tanya Naufal. Aku jungkit kening.

"Dekat kampus lagi. Kenapa?" tanyaku pelik. Selalunya kalau call mesti tanya khabar lah, tanya dah makan ke belum, lah, rindu dia ke tak, tengah buat apa, study macam mana. Ni kenapa tiba-tiba tanya aku kat mana ni?

"Spesifik sikit."

"Er, bus stop. Tunggu Syaf datang ambik. Ke..kenapa?" tanyaku. Naufal di hujung talian hanya menggumam.

"Duduk situ. Tunggu aku. Sekejap lagi aku sampai." ujar Naufal di hujung talian. Er, lebih kepada arahan tegas sebenarnya.

"Eh, kalau Syafiq datang macam mana?" tanyaku. Kesian pulang abang aku nanti.

"Dia tak datang. Aku suruh dia tidur. Biar aku ambik kau, okay?" jawab Naufal. Aku mengangguk sedikit. Heh, patutlah tak muncul-muncul.

"Okay."

"Good. Nanti aku sampai. Assalamualaikum, mi amor."

"Wa...waalaikumussalam." jawabku sebelum menamatkan panggilan.

    Pandangan aku alihkan ke arah seberang jalan. Melihat seorang lelaki yang memakai baju t berwarna putih yang sedang memandang ke arah aku. Oh, okay.

    Kejap! Dia pandang aku?! Segera aku kecilkan mata. Benci betul rabun ni! Aik, macam kenal. Macam... Macam....

Ddup!

    Jantung aku berhenti berdegup. Syed Adrian Raisy! Apa dia buat dekat situ?! Ma..macam mana dia ada dekat sini? Tubuh aku menggeletar. Bukan kerana aku takutkan Ian, tapi bayangan Aiman dengan hoodie hitam seolah-olah turut berada di situ. Pandangan yang Ian berikan sama. Kerana terlalu fokus memandang wajah tersebut, aku tidak sedar bahawa Ian kini berada di hadapan aku. Lutut aku bersentuhan dengan peha milik Ian yang dilapisi seluar jeans hitam.

"K..kau bu..buat apa dekat sini ha?!" tanyaku. Tubuhnya aku tolak sedikit sebelum dia menghimpit aku dengan kakinya lagi. Kali ini lebih dekat sehingga deruan nafasnya menyapa lembut halwa telinga aku. Aku ketap bibir. Waktu sekarang, tak ramai yang ada dekat kampus. Kereta yang lalu lalang pun sebiji dua sahaja. Sunyi. Keadaan sekarang sunyi.

"Kau tau tak kenapa aku tolong kau?" tanya Ian. Aku menggeleng laju. Aku tak nak tahu! Aku dah lupakan semua tu!

"Sebab aku nak 'upah' daripada kau." ujarnya lagi. Kali ini, dia menunduk membuatkan pucuk hidungnya bersentuhan dengan kepala aku yang dilapisi tudung. Bau kepala aku dihirup lama.

     Badan aku menggeletar hebat. Air mata usah dibilang. Habis basah bawal aku. Aku tak mampu nak bergerak. Tubuh aku seolah-olah terkunci. Bukan mahu merelakan. Tapi, otak aku bagaikan terlalu bodoh untuk bertindak.

"Aiman kata, kau 'sedap'. Aku pun nak rasa jugak. Boleh?" tanya Ian lembut. Tak, bukan lembut! Tapi, halus. Aiman! Kenapa kau sebut nama jantan tak guna tu hah?!

"Be..berambus.." tubuhnya aku tolak lemah. Aku bagaikan mayat hidup yang berdoa agar Allah datangkan aku seseorang untuk selamatkan aku. Aku terlalu lemah. Ian pandai kawal emosi aku.

Awak Sayang Saya Tak? (✔️)Where stories live. Discover now