Aku kunyah perlahan roti arab yang aku beli kat koperasi. Sedap memang sedap. Masalahnya, orang depan aku ni. Menyanyi macam tak ada hari esok.
"Hora asyik makan kari--"
"Kau boleh tak jangan rosakkan lagu orang?" Tanyaku geram. Lagu tu punya lah sedap. Dia pergi tukar jadi kari.
"Aku bosan!!" Jerit Irene. Yelah, kau. Tadi tukar lirik lagu orang tak bosan pulak.
"Ni, asal tak bertugas? Pengawas apa kau ni?" Tanyaku. Irene menggulingkan biji matanya.
"Malas lah. Lagipun, Izwan dengan Naufal tak buat ronda pun." Katanya selamba.
"Memanglah dua orang tu tak meronda sebab kau bukan biro dia pun. Kalau dibuatnya Aqliyah yang ronda? Mencicit kau lari nanti." Ujarku panjang lebar. Air Nutrigen perisa asli aku teguk perlahan. Haus pulak lepas membebel.
"Ala, spoil mood lah kau ni." Kata Irene geram. Aku sekadar menangkat bahu.
"Yo, sorry lambat. Ni semua salah Daniel, Khai, Hana, Afik, Syah dengan si beruk ni." Kata Fiesyah. Adam dah pandang Fiesyah tajam.
"Sampai aku jer beruk. Nama aku Adam lah! Adam Arham!" Jeritnya lantang. Waduh, sakit telinga gue.
"Yeye, Adam. Sekarang, boleh tak jangan memekak? Aku nak makan ni ha." Kataku geram. Tak sah kalau tak memekak.
"Guys, aku pergi dulu. Takut Akak Keli tu ronda." Kata Irene. Amboi, berani betul kau mengutuk Si Aqliyah tu, kan.
"Bye, sayang!" Jerit Afik. Yo, budak ni kenapa?
"Gila." Gumam Daniel. Dia mengeluarkan bekal berwarna turquoise nya.
"Awwhh, comel." Ujar Syah. Lebih tepat memperli.
"Kau cemburu kan?" Sindir Daniel.
'Eat well, Tengku Izz Daniel Tengku Ayden'
"Sweet jer mak kau ni," ujarku. Cemburu. Kalau ibu, entah-entah dia suruh aku bayar bekal dia. Susah jugak dapat ibu terlebih sporting nih.
"Ah, guys. Kerja Math dah siap?" Tanya Khairil Asyraff. Senyap jer daripada tadi.
"Dah. Aku buat dengan bermacam-macam halangan!" Ujarku geram. Geram dengan abang sendiri.
"Ni mesti kes Syafiq pecah masuk bilik kau, kan?" Teka Syah Putra Iskandar. Aku angguk laju.
"Abang aku pun sama do. Geram betul." Kata Adam. Terselit nada geram.
"Dia siap bawak gitar lagi. Nak jer ku hempas gitar dia semalam." Kata Adam. Ayam goreng digigit rakus. Masya allah senghupa apa jer.
"Oh baby, just one!"
"Sejak bila kau layan Samuel ni, Syah?" Tanyaku. Syah hanya menggaru perlahan tengkuknya.
"Lagu tu sedap. Lagi sedap daripada Teenager." Ujar Syah.
"Itu betul. Aku pun suka One. Dengan rap Ilhoon lagi. Cair aku dibuatnya."
"Dah, tukar topik."
"Kau semak sini, pehal?!" Marahku.
"Sabar, adikku." Kata Syafiq.
"Aku cuma ingin bertemu Adam sahaja," sambungnya lagi.
"Culik dia. Jual kat Siam terus pun ok." Ujarku selamba.
"Ey, aku fikir kau perempuan jer tau sekarang nih. Ha, kau nak apa jumpa aku?" Tanya Adam. Aku hanya pasang telinga.
"Naufal nak jumpa."
Uhuk!
Uhuk!
Uhuk!
"Eyh, payah betul dapat kawan drama queen ni." Perli Adam. Apa? Aku batuk jer kan.
"Balik nanti ke? Okay!"
"Ya Allah, tu bukan Naufal ke sia?! Apahal hot sangat dengan tak pakai vest nya! Lengan lipat sampai siku!! Tangan masuk poket!! Kyahhh!!" Jeritku teruja.
"Gila." Itu sahaja aku dengar daripada mulut kawan-kawan aku. Maaflah, aku tak boleh kawal rasa nak fangirl ni.
***
Aku capai beberapa batang lolipop. Wajah keliru Fiesyah aku pandang pelik.
"Kau kenapa?" Tanyaku. Beg duit yang berada di poket baju sekolah, aku keluarkan.
"Aku keliru," ujarnya. Intonasi macam baru lepas broken jer.
"Aku keliru. Keliru nak pilih antara lolipop dan asam."
Pakk!
Pakk!
Pakk!
"Kau kalau nak pelempang yang keempat, kau cakap dengan aku." Geram.
"Sorry, bae." Lengan aku dipaut kemas. Fiesyah mula menarik aku ke bahagian yang menjual air dan makanan ringan. Fuhh, sejuk macam kat kutub. Grr..
Bukk!!
"Adeh, sakit bahu aku. Apa aku yang besar macam tong kitar semula dia tak nampak--- ke?" Aku terkaku.
"Sorry, saya tak nampak tadi." Ujarnya lembut. Senyuman dia. Asal manis weyh?! Allahu lagi manis daripada senyuman Suga BTS nih... Kalah Mr. Crush aku.
"Tak.. Tak apa. Eh, sikit jer. Hahaha... Kan, Fiesyah?" Bahu Fiesyah aku tolak berkali-kali. Fiesyah dah buat muka sebal.
"Eh, awak ni adik Syafiq. Nama awak Aniez, kan?" Tanya lelaki kiriman tuhan di hadapan aku ini. Hahaahha---
"Saya? Haah, saya Adik Syafiq. Aniez? Fuh! Jarang orang panggil saya Aniez." Ujarku tanpa rasa kekok. Yaish! Apahal macho sangat ni?!
"Oh, nama saya Aiman Affan. Boleh panggil Aiman." Dia menghulurkan tangan kanannya ke arah aku.
"Maaf."
"Oh, tak apa. By the way, saya kawan abang awak." Kata Aiman. Kenapa ramah sangat ni, awak? Cair ni haaa...
"Fie, cepatlah. Nanti tertinggal bas pulak." Bebel Fiesyah. Masya allah semaknya Si Nur Nafiesyah ni, kan?
"Saya mintak diri dulu! Bye!!" Ujarku teruja sebelum tangan aku ditarik oleh Fiesyah. Aku kena tarik cam lembu.
Tbc...
Hambarnya....🌚
YOU ARE READING
Awak Sayang Saya Tak? (✔️)
RandomAlam persekolahan sememangnya mempunyai pelbagai kenangan dan cerita. Ada yang diam-diam mempunyai crush, ada yang sudah pandai bercinta pada usia muda dan ada juga yang jatuh cinta pada senior. Ini aku, Safieyatul Hawaniez. Ya, aku sama sepert...