"Kau kenal Naufal ke?" tanya Along. Aku yang sedang menjahit bahagian tengah seluar Along terjerit kecil tatkala jarum tadi terkena jari telunjuk.
Rupanya, nak jahit seluar. Seluar dia koyak kat tengah tadi waktu nak sepak punggung abang Shad. Aku fikir benda penting lah tadi.
"Kenapa tanya macam tu?" tanyaku. Aku sambung semula jahitan aku yang tergendala tadi.
"Dia asyik usha kau, dik." jawab Along selamba. Kali ini, bantal kecil aku baling ke mukanya.
"Along jangan..."
"Dia suka kau kot.."
Kali ini bukan setakat terkena. Termasuk ke jari adalah. Ni aku rasa nak sumpah seranah abang sendiri ni. Nak mati ke gila?!
"Sakit lah, biadap!" marahku tatkala Along memicit jari aku untuk mengeluarkan darah. Aku rasa nak bunuh-bunuh je dia ni!!
"Betul lah tu dia suka kau, dik!"
Ppap!
"Keluar, ei!!!"
Geram dengan muka selamba Along, aku tolak tubuh Along yang hanya bertuala ke luar bilik. Seluarnya aku campak ke mukanya. Pandai-pandai Along nak hidup.
Dua minit kemudian, muka aku berkerut. Naufal pandang aku? Kenapa aku tak perasan. Lelaki ni betul-betul psiko ni! Kena jauhkan diri! Tapi.... Ah, malas nak fikir.
***
"Kain ni nak simpan mana?" tanya Fiesyah.
"Letak je. Nanti aku tanya ibu aku." jawabku. Meja yang boleh memuatkan sepuluh orang tadi, aku lap menggunakan kain basah. Semua tetamu sudah balik kecuali geng aku dan keluarga Naufal. Eih, boleh je tu aku sebut keluarga kak Athirah. Mengada nak sebut nama dia.
"Terciduk!"
"Tak masuk!"
"Terkentut!"
"Tak keluar!"
"Hahhahahahahahahah..."
"Apa benda yang dia orang merepek?" tanya Syazrina. Aku hanya mengangkat bahu sebelum pandangan aku kalihkan daripada melihat adengan tak cukup kasih sayang yang dilakonkan oleh budak-budak lelaki geng aku dan abang-abang aku.
"I don't ever care! Your parent dah setuju untuk kahiwnkan kita! What's wrong with you, Naufal?!"
"Apa benda bhai?" tanya Fiesyah. Aku hanya mengangkat bahu namun kaki aku atur ke arah gazebo yang berada di hadapan kolam renang. Aku dan Nafiesyah menyembunyikan diri di sebalik pokok bunga raya.
Aku tergamam tatkala tubuh Dayana kini berada di atas badan Naufal. What the heck?! Kalau nak buat maksiat sekali pun, find a room! Segala sumpah seranah aku terhenti tatkala tubuh Dayana ditolak kasar. Naufal bangun dan membetulkan baju melayu cekak musangnya sebelum berjalan ke arah kami. Eh, kami?!
"Lari, Fie!" jerit Fiesyah dalam keadaan berbisik. Aku mengangguk dan membuka langkah kaki sebelum malang tidak berbau...
Bukk!!
"Ya Allah, kenapa Iqram letak basikal dia kat sini?" ujarku geram. Basikan milik Iqram aku bagi tendangan sedas dua sebelum aku cuba untuk bangun.
"Are you okay?" tanya satu suara. Aku dah agak. Ni mesti Naufal ni.
"Okay." jawabku sepatah sebelum bahunya aku capai untuk dijadikan penyokong sebelum aku berdiri sepenuhnya.
"Thanks." ujarku sebelum berlalu pergi ke bawah khemah untuk mengemas meja.
Keadaan yang riuh kini bertukar sunyi. Aku alihkan pandangan ke arah garaj kereta yang menempatkan kereta milik Tengku Arsyad. Nissan Serena putih itu kini menjadi tumpuan orang ramai. Termasuk geng aku. Kenapa ya?
"Fie, kemaskan bilik tetamu tingkat atas. Dua-dua sekali." ujar Ibu. Aku hanya mengangguk walaupun agak blur sedikit.
"Kenapa, ibu?" tanyaku. Ibu yang sedang melipat kain alas meja memandang aku.
"Kereta Tengku rosak. Bengkel pun dah tutup jadi alang-alang dekat sini, boleh lah dia dengan anak-anak dia tidur sini." terang Ibu selamba. Ibu, ni tak lawak. Maknanya, Naufal tidur sini?!
Bala apa lagi ni?
***
Aku letakkan hair dryer ke atas meja solek sebelum rambut aku yang panjang hingga ke paras punggung dibiarkan terlepas. Aku bangun dari kerusi lalu punggung aku rebahkan ke atas katil sebelum aku pegang bahagian leher aku.
"Hausnya."
Aku pandang ke arah botol jenama Tupperware di atas meja lampu. Kering kontang. Bagus sangat lah tu. Aku kembungkan pipi sebelum botol tadi aku capai sebelum berlalu ke arah dapur. Seribu kali sayang, aku lupa untuk menutup kepala aku.
Botol Tupperware yang mempunyai isipadu 2 liter aku pandang bosan. Air sejuk yang keluar dari mesin Coway itu aku pandang benci. Bila kau mahu siap ah? Lembab gila.
Aku menguap. Rambut yang panjang tadi aku flip berkali-kali kerana rimas sebelum aku dapat rasakan satu pelukan hangat singgah di tubuhku.
"Along, agaklah nak manja-manja dengan Fie malam-malam macam ni." ujarku tanpa menoleh.
Namun, jantung aku berdetak laju tatkala tangan tadi mengusap lembut bahagian abdomen aku. Idyan Harraz dah buang tabiat ke apa? Tangan kekar tadi aku pandang sebelum tubuh aku mengeras. Mata aku gosok berkali-kali untuk memastikan bahawa nama yang aku nampak pada gelang tadi...
"Nau..Naufal." ujarku bersama debar. Aku hanya mendengar gumaman. Dagunya direhatkan di atas bahu aku.
Aku pada mulanya yang masih terkejut kini tergesa-gesa mencapai botol tadi. Tangan milik Naufal aku rentap kasar.
Aku pandang sekilas wajah lelaki itu laku aku berlari naik ke dalam bilik sebelum aku terdengar suara tapak kaki seperti mengejar aku di belakang. Aku kena kejar dengan psiko ke?! Kenapa waktu macam ni semua orang tidur?!
Pintu bilik aku kuak dari luar sebelum aku tutup pintu tersebut dan kunci. Nafas aku tercungap-cungap. Dia baru lepas kejar aku? Dan... Dia baru lepas peluk aku ke?
Ya Allah, kuatkan iman aku untuk menidakkan sentuhannya.
YOU ARE READING
Awak Sayang Saya Tak? (✔️)
DiversosAlam persekolahan sememangnya mempunyai pelbagai kenangan dan cerita. Ada yang diam-diam mempunyai crush, ada yang sudah pandai bercinta pada usia muda dan ada juga yang jatuh cinta pada senior. Ini aku, Safieyatul Hawaniez. Ya, aku sama sepert...