Bab 13

135 6 0
                                    

    Aku tersenyum kelat tatkala Syazrina menceritakan semua yang berlaku pada rakan sekelas aku. Ada yang terkejut, ada yang marah, ada yang risau dan ada yang menangis. Aku? Tak mampu untuk menangis lagi.

"Apa dia ingat maruah perempuan ni bawah tapak kaki dia?! Senang-senang je nak gunakan perempuan untuk puaskan nafsu syaitan dia!" maki Hana. Dia menggepal penumbuk.

"Gila. Psiko." ujar Irene. Aku tertunduk.

"Nasib baik Naufal dengar." ujar Syazrina. Ya, nasib baik Naufal dengar. Kalau tak, kemungkinan aku tak suci lagi lepas ni.

"Fie, dah lah tu. Benda dah lepas. Sekarang, kau dah selamat." pujuk Nayli. Aku hanya mengangguk lemah.

***

    Aku mengeluh kecil. Alat tulis yang bertaburan di atas lantai simen, aku kutip satu persatu. Salah aku ke budak tu? Dia berlari lepastu terlanggar aku. Aku pula tengah termenung. Ha, salah dua-dua. Dah tu bukan nak minta maaf. Main lari je.

    Tiba-tiba sahaja mata aku terpandangkan tangan seseorang yang juga mengutip alat tulis aku. Bila aku angkat muka... Naufal. Pantas sahaja aku kutip semula alat tulis aku tanpa memandang Naufal.

"Fie, aku minta maaf. Aku tau aku ada buat salah." ujar Naufal. Pencil case tadi aku zip sebelum aku berdiri dan berura-ura meninggalkan Naufal sebelum pergelangan tangan aku yang tidak dilapisi apa-apa ditarik ke arahnya.

"Ap...apa ni?!" marahku. Aku rentap kembali tangan. Naufal mengeluh. Aku pandang ke sekeliling. Ah, sunyinya laluan ni.

"Aku tahu aku ada buat salah. Tak boleh ke kau maafkan aku?" tanya Naufal.

"S..salah? S..saya tak kenal awak. Macam mana awak boleh buat salah de..dekat saya pulak?" tanyaku dengan wajah yang menyampah. Aku cuba kawal riak muka.

"Fie, I'm sorry." ujar Naufal. Dia cuba mendekati aku. Selangkah dia ke hadapan, tiga langkah aku ke belakang.

"Tepilah. S..saya nak lalu." uajrku.

"No. Selagi kau tak maafkan aku."

"Apa masalah awak? Saya dah cakap saya tak kenal awak, kan?! Tepilah!" tubuh Naufal aku tolak ke tepi sebelum aku berlalu meninggalkan Naufal.

    Tubir mata aku terasa panas. Terus sahaja aku melangkah laju menuju ke kelas. Kenapalah cikgu sains aku tahan aku tadi, kalau tak aku tak delah terserempak dengan Naufal dan tak delah aku nak menangis macam ni.

***

    Aku pandang gelagat manusia-manusia di hadapan aku yang sedang berhibur. Aku mengeluh kecil. Aish, asyik mengeluh je aku ni. Sengaja nak bagi sel otak terputus.

    Headphone aku capai sebelum aku letak ke kepala. Lagu baru BTS aku buka. Louder than Bombs memang kegemaran aku sejak akhir-akhir ni. Mana aku pergi, mesti aku dengar. Gelagat kanak-kanal kecil dihadapan aku pandang bosan. Memang sekarang ni aku berada di funfair tapi aku malas mahu bermain permainan di sini. Sudahlah aku pergi seorang sahaja.

    Syafiq, abang Qhad dan abang Shad ada tuisyen, jadi mereka tidak dapat teman aku.

"Ah!" jeritku tatkala mata aku ditutup oleh satu objek atau lebih tepat lagi sepasang tangan. Tangan lelaki. Apa?! Lelaki?! Penculik!

"Le...lepas!" jeritku kuat sebelum aku terdengar seseorang berbisik di telinga kanan aku. Lembut. Halus bisikan tadi. Bukan bisikan makhluk halus. Maksud aku, cara dia berbisik boleh goncang iman aku.

"S...siapa aw..awak?" tanyaku. Aku tidak mahu lagi menjerit.

"Naufal."

    Terus sahaja aku tolak tangan tadi dan pantas sahaja aku berdiri. Tubuh aku pusing ke belakang, kelihatan Naufal tersenyum ke arah aku. Dia hanya mengenakan baju t putih dan dilapisi dengan sehelai kemeja kotak-kotak merah hitam.

    Tanpa melengahkan masa, aku berjalan pergi. Langkah aku lajukan sebelum aku rasa tubuh aku terdorong ke belakang dan jatuh dalam dakapan seseorang. Naufal. Matanya tajam menikam mata aku. Pantas sahaja aku tolak tubuh Naufal menjauhi aku. Shawl hitam di kepala aku betulkan sedikit.

"Please, let me explain." pintanya. Aku ketap bibir. Statik di sini atau balik? Aku angkat kepala melihat wajah Naufal. Terbit rasa simpati.

"5 minutes. More than that, I'll go." ujarku. Sebuah kerusi kayu yang sama seperti tempat aku duduk tadi aku hampiri. Aku tahu Naufal mengekori aku dari belakang.

"So, apa yang awak nak terangkan?" tanyaku. Aku pandang ke arah kanak-kanak yang sedang menunggu gula-gula kapas mereka.

"Aku dengan Dayana tak ada apa-apa." ujar Naufal. Aku alihkan pandangan ke arah Naufal.

"Jadi? Kalau itu awak nak cakap saya tak kesah." ujarku.

"I have to. Jangan tipu aku. Kau suka aku, kan?" tanya Naufal. Aku berdecit. Aku bangun dari duduk.

"Dulu ya. Sekarang tak. Maaf dah lewat saya nak balik." ujarku. Terus sahaja aku berlalu ke arah perhentian bas yang kelihatan agak jauh dari tempat tersebut dan nampak sunyi.

    Tiba-tiba sahaja tubuh aku ditolak ke dinding perhentian bas yang diperbuat daripada kaca itu.

    Tubuh aku kaku. Nafas aku menjadi sesak dan degupan jantung aku terlalu laju. Adrenalin aku menggila. Dahi aku mula merenik peluh sejuk. Belum sempat dia meneruskan perkara tadi ke arah yang lebih jauh, aku tolak tubuh Naufal.

"Sudi tak kau jadi girlfriend aku?" tanya Naufal. Dia menapak ke belakang.

"Ha?!"

    Dadanya aku pukul berkali-kali.

"Awak gila! Awak gila! Awak cium saya! Sekarang, awak tanya saya soalan macam tu! Awak fikir saya tak ada agama?! Awak fikir saya tak ada maruah?! Apa masalah awak!" jeritku. Naufal kelihatan kaku.

"Jangan cari saya lagi!" jeritku. Bibir yang dicium Naufal aku kesat menggunakan hujung lengan hoodie.

    Terus sahaja aku tahan teksi yang menghampiri perhentian bas tadi. Air mata yang mengalir aku seka menggunakan tangan. Pakcik teksi hanya pandang aku dengan riak risau.

"Taman Orkid." ujarku. Pakcik tadi mengangguk sebelum memandu keretanya meninggalkan kawasan perhentian bas tadi.

    Meninggalkan Naufal yang masih lagi kaku di situ.

Tbc...

Aiyok. Naufal dh gila.😂😂😂

Awak Sayang Saya Tak? (✔️)Where stories live. Discover now