Aku letakkan beberapa helai kertas ke atas meja guru. Aku mengeluh perlahan. Nasib baik aku dah tarik diri daripada pertandingan menyanyi dan drama tu. Sebab? Aku bukan nak mengelak Naufal, cuma malas mahu berjumpa dengan dia. Aik? Sama je lah tu.
Kertas tadi aku kira. Cukup 22. Jumlah murid di dalam kelas. Aku pandang ke arah Fiesyah yang sedang mengacau Alan. Budak Cina yang paling comel dalam kelas. Erm, sebenarnya si Fiesyah tu ada hati dekat dia. Tu yang kacau tu.
"Fie, apa tu?" tanya Adam.
"Kerja math. Tadi, Cikgu Arifah suruh pass dekat korang. Katanya cikgu math kita tak datang." jawabku bersama pakej sebab lagi. Adam merengus.
"Aku benci kerja sekolah math." ujarnya. Aku turut mengangguk sebelum melabuhkan punggung di atas kerusi guru.
Kelas menjadi riuh-rendah macam pasar malam. Musykil juga aku. Majaoriti cikgu yang lalu depan kelas kita orang, mesti kata kelas ni macam kubur. Habistu, ni apa? Kuburlah? Terpekik terlolong.
Dengan Hana, Nayli, Syazrina, Irene dan beberapa orang budak Cina sedang bermain mafia, si Fiesyah menjerit-jerit tatkala Alan memalaunya. Si Adam yang tak habis-habis merungut sebab banyak kerja sekolah. Aqmar dan Aliff yang berkejaran dalam kelas sebab Aqmar sorokkan kalkulator Aliff. Wah, ini kubur? Cuma, Daniel sahaja yang baik. Tidur. Sakit mata lah tu tengok Fiesyah bergurau dengan Alan.
"Attention!" jeritku. Satu kelas kini menjadi sunyi.
"Ni, cikgu kesayangan kau orang tak datang. Dia bagi 'hadiah' ni. Sorang satu tau. Kalau nak lebih ha, boleh. Ambik yang aku punya." ujarku.
Keluhan demi keluhan terlepas. Cuma Alan dan si arnab jadian, Carl sahaja yang beriak biasa. Cina kan suka matematik.
"Carl, ambik saya punya sekali. Saya malas nak buat." gurauku. Carl tersenyum sebelum mengambil satu kertas. Haih, pemalu sungguh budak muka ala-ala Jungkook BTS tu.
"Korang!" jerit seseorang. Afik dan Syah. Kedua-dua mereka tercungap-cungap.
"Kenapa?" tanya Khairil.
"Naufal dengan abang si Wardah tu bertumbuk belakang sekolah!" jerit Afik. Wardah yang sedari tadi tiada di dalam kelas, kini berada di muka pintu.
"Excuse me. Aku nak masuk dalam. Boleh ke tepi?" tanya Wardah. Dia menolak bahu Afik dan Syah menggunakan tangannya.
"Ei, perempuan ni." marah Afik.
"Fie, jom tengok!" ajak Fiesyah. Tubuh aku ditarik. Eh apa ni?!
"Aku tak nak lah! K..kau pergilah!" ujarku bersama gelengan. Namun, Fiesyah tetap menarik aku bersama pakej bantuan daripada Hana.
Bbukk!
"Aduh, kepala aku lah Alan!" jeritku tatkala dahi precious aku terhantuk pintu yang tiba-tiba sahaja ditutup oleh Alan dek teruja dengan perkataan 'bertumbuk' tadi.
Akhirnya, aku hanya membiarkan tubuh aku ditarik oleh mereka berdua. Terserah lah.
***
Bbuk!
Bbuk!
Bbuk!
Aku yang menyaksikan adengan Naufal menumbuk Ian hanya berdiam diri. Wajah Ian sudah dibasahi dengan darah manakala Naufal pula sudah berlebam sana sini. Apa benda yang buatkan mamat dua orang ni bergaduh teruk?
"Hoi! Berhenti!" jerit seseorang. Bila kami menoleh, cikgu disiplin. Mati.
Entah apa yang dibincangkan dengan mamat dua orang tadi, tiba-tiba seluruh tumpuan murid jatuh pada aku. A..aku?!
"Safieyatul Hawaniez?" tanya cikgu disiplin tadi. Aku hanya mengangguk. Ni kenapa ni?
"Ikut saya ke bilik disiplin. Kamu berdua pun."
Aku terkesima. Aku?! Kenapa dengan aku? Dia orang yang bergaduh, kenapa aku? Dahlah aku tak pernah jejak kaki dalam bilik disiplin..
"Aku teman." kata Syazrina. Aku mengangguk sebelum tangan Syazrina aku rangkul. Muka aku bertukar pucat. Aku ada buat salah ke?
Ke dia orang bergaduh sebab aku? Tapi, sebab apa?
***
Tubuh aku Syazrina peluk kuat. Segala tangisan aku hamburkan pada bahunya. Tanpa sedar, dia juga turut mengalirkan air mata.
"Jadi, Ian. Betul kamu ada rancang semua tu?" tanya Cikgu Rahimie, cikgu disiplin kami.
"Ya."
Jawapan itu cukup membuat hati aku retak. Sakit! Semuanya terlalu sakit. Aku langsung tidak mengangkat kepala. Aku langsung tak nak bertentang mata dengan si dia.
"Ian, kesalahan kamu sangat berat. Jadi, saya terpaksa buat surat penggantungan sekolah kamu selama 3 bulan dan unit kaunseling akan panggil kamu." ujar Cikgu Rahimie.
"Naufal. Kamu pun sama. Saya akan gantung tugas kamu sebagai pengawas dalam masa 2 bulan. Naufal, niat kamu baik. Cara kamu salah. Kalau mati Ian dibuatnya, kamu boleh masuk penjara." terang Cikgu Rahimie lagi.
"Safieyatul, kamu boleh balik ke kelas. Syazrina, tolong tenangkan dia." pesan Cikgu Rahimie.
"Semua bersurai."
Belum sempat aku dan Syazrina menuruni tangga, tangan aku direntap oleh seseorang.
"Fie, maafkan ak--"
"Lepaslah! Awak siapa? Saya tak kenal awak. Ja..jangan ganggu saya." ujarku. Tangan yang direntap aku rentap kembali sebelum aku dan Syazrina beriringan masuk ke dalam kelas.
Tbc...
YOU ARE READING
Awak Sayang Saya Tak? (✔️)
RandomAlam persekolahan sememangnya mempunyai pelbagai kenangan dan cerita. Ada yang diam-diam mempunyai crush, ada yang sudah pandai bercinta pada usia muda dan ada juga yang jatuh cinta pada senior. Ini aku, Safieyatul Hawaniez. Ya, aku sama sepert...