Bab 22

148 7 0
                                    

Aku pandang wajah aku pada pantulan cermin. Aku melorek senyum. Tudung bawal chiffon berwarna hitam itu aku pegang hujungnya.

"Ei, kau kenapa senyum-senyum?" tegur Syafiq. Aku gulingkan biji mata ke atas.

"Kau sibuk, kan?" tanyaku geram. Syafiq tergelak kecil.

"Nak gi nge date lah tu."

Sekuntum bunga kapas yang berada di dalam pasu, aku baling ke arahnya.

"Fie, malu.." ejek Syafiq.

"Idyan! Idyan! Adik kau dah pandai malu!!" jerit Syafiq seraya berlari ke arah ruang tamu yang berada di tingkat bawah.

"Apa selama ni aku tak tahu malu ke apa?" soalku pada diri sendiri. Gila punya abang. Aku gulingkan biji mata ke atas sebelum beg sandang BTS aku sangkut ke bahu kanan.

"Diamond Roseanne Cafe'?" aku bermonolog seorang diri. Ada pulak kafeteria macam ni dekat negara aku. Ke aku yang bengong?

Aku sekadar mengangkat bahu sekilas sebelum telefon aku masuk ke dalam beg sandang. Langkah kaki aku atur menuruni tangga. Pemegang tangga kayu itu aku gunakan seperti namanya; untuk dipegang. Aku jenguk sedikit ke ruang tamu. Kelihatan dua abang aku sedang berbual kosong di atas sofa. Adyan pula berada di dalam buaian. Tidurlah ajelah budak gemuk tu.

"Abang Idyan, Fie nak keluar kejap." ujarku. Abang Idyan mengangguk. Syafiq yang sedari tadi melihat aku tersenyum sumbing.

"Ada janji temu dengan Naufal lah tu!" usiknya. Aku ni kalau tak fikir abang, dah lama aku lesing dia guna batu yang ada dalam akuarium tu!

"Hati-hati. Balik awal." pesan Abang Idyan. Aku mengangguk. Abang Idya kelihatan sangat penat. Kesian si doktor pakar ni.

"Bang, bila Kak Athirah nak berhenti kerja?" tanyaku.

"Ni last flight dia lepastu dia berhentilah." jawab Abang Idyan. Aku hanya mengangguk.

"Fie, pergi dululah!" pamitku sebelum tubuh Abang Idyan dan Syafiq aku peluk erat. Perkara biasa yang akan aku lakukan setiap kali keluar dari rumah tanpa mereka.

Aku atur langkah ke arah pintu utama. Stokin aku sarungkan ke kaki sebelum kasut jenama Converse yang berwarna hitam itu, aku sarungkan ke kaki. Blouse berwarna biru gelap itu aku betulkan sedikit di bahagian lengannnya sebelum aku atur langkah ke arah Audi R6 Naufal yang berada di hadapan pagar rumah aku.

Kelihatan jejaka Melayu terakhir--Maksud aku, kelihatan Naufal sedang menyandar pada keretanya. Dia nampak sangat... Kasual. Kemeja putih biasa dan jeans biru yang agak ketat, okay nevermind. Cermin mata jenama Ray Ban ditarik ke atas kepalanya tatkala matanya menangkap figura aku. Aku tayang senyum nipis.

"Ki..kita je ke ni?" tanyaku. Aku risau. Memanglah Abang Idyan dan Syafiq kenal Naufal, tapi tak manis kan? Lagipun, aku tak biasalah berdua-dua dengan dia satu kereta. Exclude waktu lepas habis amik keputusan SPM tu. Tu terpaksa.

"Tak lah. Aku bawa anak angkat aku." jawab Naufal.

Anak... Angkat?

"Tengku, ada anak angkat?" tanyaku. Naufal tayang senyum lagi.

"Haah, nama dia Mia Adriana. Call her Mia. Umur dia 4 tahun." jawab Naufal. Aku tayang senyum kecil. Mesti comel, kan? Macam papa dia--Ops!

"Come. Lambat sangat kang protes budak kecik tuh." ujar Naufal. Aku mengangguk dan pintu sebelah pemandu aku buka.

Aku menjenguk ke seat belakang. Kelihatan seorang budak kecil sedang leka menyikat rambut anak patungnya. Terus sahaja aku labuhkan punggung ke atas kerusi kulit itu.

"Papa, baby hungryy..." ujar gadis kecil tadi. Aih, comel.

"Papa tahu. Baby, this is your new mama."

Aku tersentak. Aku ni apa? Mama kepada Mia? Jangan buat hal Teng--

"New mama?! I love her papa! Mama look like Barbie--No! Mama look like pwincess!!!" jerit Mia. Eh? Terus sahaja pipi aku dikucup manja gadis kecil tadi. Dia menayangkan sengih pada aku yang.... Sangat buatkan orang addicted untuk tengok senyuman dia. Macam papa dia lah tu. Eh?!

"Mia, don't do that. Papa is jealous you know?" ujar Naufal dengan nada yang seolah-olah merajuk. Aku tak dapat tahan mata daripada menjuling ke atas.

"Ops! Mia is sowwy papa." pujuk gadis kecil itu. Naufal tayang sedikit senyum.

"Ni bila nak gerak? Saya kena balik sebelum maghrib ni." ujarku sebelum berdehem. Naufal bagaikan tersedar sebelum pedal minyak ditekan laju.

Aih, nasib aku tegur. Kalau tak, sampai esok tak habis drama Naufal dan Mia.

Terus sahaja kereta mewah milik Naufal meluncur keluar dari taman perumahan aku.

Awak Sayang Saya Tak? (✔️)Where stories live. Discover now