Aku pandang beg kitar semula yang berada di tangan aku sebelum kaki atur laju ke arah Honda Civic milik Ayah. Bonet belakang aku buka sebelum beg tadi aku masukkan ke dalam. Aku pandang jam di tangan. Lambatnya lah insan bernama Idyan ni melayan karenah Adyan.
"Cik, tumpang lalu--- Aniez?"
Aku toleh ke belakang sebelum mata aku disapa oleh satu figura yang memakai hoodie hitam dan cap berwarna hitam. Aku hanya jungkit kening. Dia baru lepas panggil aku Aniez ke?
"Ya, saya Aniez. Awak siapa?" tanyaku. Gila ke apa dia ni? Dahlah cuaca panas gila hari ni. Dia boleh bantai pakai hoodie? Dahsyat...
"Aiman. Saya Aiman Affan. Ingat lagi tak?"
"Ah, Aiman!"
Dia tayang senyuman manisnya. Ya, aku cair. Ehek. Senyuman dia manis tau tak.
"Dah lama tak nampak--"
"Panggil abang. At least, tak adalah Aniez nampak kekok." ujarnya. Aku telan liur. Panggil abang lagi kekok. Tapi, tak elok jugak dia sebaya abang aku. Tapi, aku tak pernah panggil Syafiq abang duh. Fie dalam dilema.
"Dah lama abang tak nampak Aniez." ujarnya. Aku senyum sedikit.
"Aniez sibuk. Lagipun Aniez sambung belajar dekat KL."
"Ah, abang ada hal. Boleh tak, abang nak number Aniez? Senang kalau ada hal ke, kan?"
Aku mengangguk. Notepad sebesar tapak tangan aku keluarkan bersama sebatang pen lalu nombor telefon aku tulis di atas notepad tersebut.
"Nah!" cebisan kertas tadi aku hulurkan pada dia. Dia menyambutnya dengan senang hati sebelum meminta diri.
Aku pandang kelibat Aiman yang semakin menghilang dek ditelan lautan manusia yang berada di supermarket ini. Aku pelik. Kenapa dia berpakaian macam penjenayah? Muka dia nampak agak cengkung atau mata aku? Macam penagih dadah pun ada. Astaghfirullahalazim, Fie! Tak baik bersangka buruk dekat dia. Mungkin dia sakit? Ah, pening-pening.
***
"Assalamualaikum, mama."
Tengku Amira yang sedang meletakkan puding roti ke atas pinggan menghentikan kerjanya sebelum menoleh ke belakang. Wajahnya yang muram bertukar ceria tatkala terpandang wajah yang dia rindui.
"Waalaikumussalam! Kimi, kenapa balik tak cakap dengan mama?" tanya Tengku Amira. Tubuh anak lelaki bongsunya dipeluk erat sebelum satu kucupan singgah di dahi milik Naufal.
"Saja, ma. Nak buat surprise dekat mama." ujar Naufal. Tangan mama nya disalam lalu kedua-dua belah pipi syurganya dicium lama.
"Mia mana, ma?" tanya Naufal. Beg sandangnya diletakkan ke atas meja makan.
"Ada dekat atas--"
"Papa!!!!"
Gadis kecil itu berlari lajunke arah Naufal yang berada di ruang makan. Anak patung Spongebob nya dibaling ke lantai sebelum melompat ke dalam dakapan Naufal.
"Mia windu papa!" ujar gadis kecil tadi. Pipi Naufal dikucup berkali-kali.
"Seronok tinggal dengan NekMa?" tanya Naufal. Mia menggeleng.
"Mia nak duduk dengan papa. Bukan NekMa." ujar Mia. Wajahnya cemberut. Naufal dan Tengku Amira tergelak kecil. Terhibur dengan perangai Mia.
YOU ARE READING
Awak Sayang Saya Tak? (✔️)
RandomAlam persekolahan sememangnya mempunyai pelbagai kenangan dan cerita. Ada yang diam-diam mempunyai crush, ada yang sudah pandai bercinta pada usia muda dan ada juga yang jatuh cinta pada senior. Ini aku, Safieyatul Hawaniez. Ya, aku sama sepert...