Aku pandang Naufal yang sedang menyisip Iced Americano di hadapan aku. Naufal mengangkat kepala sebelum menayangkan aku sebuah senyuman.
"Kenapa?" tanyaku. Naufal tetap tersenyum.
"Awak.." tegurku. Kali ini dia menopang dagu memandang aku. Tapi, aku pelik. Kenapa aku macam sudah biasa sahaja dengan dia ni. Macam hilang dah rasa malu-malu. Ragu-ragu semua tu.
"Sayang aku?" tanya Naufal.
"Sayanglah." jawabku selamba. Siap buat muka malas lagi. Aik? Sejak bila aku macam ni?
"Aku tahu, mama dengan abah aku mesti tak restu hubungan kita ni." ujar Naufal. Kalau tadi wajahnya bersinar dengan kebahagiaan, kini wajah Naufal muram.
"Awak, insyaallah. Mama dengan abah awak mesti restui hubungan kita." pujukku. Erk, sesiapa tolong tampar aku. Pelik dah aku ni.
"Kalau kau sayang aku, can you do something for me?" tanya Naufal. Aku tersenyum lalu mengangguk. Wah, ni dah boleh nyanyi lagu viral dah ni.
Entah apa yang merasukimu~~~
"Kita kahwin lari?"
Ddub!
Jantung aku berhenti berdetak. Sesaat sebelum aku menggeleng.
"Awak, kalau iyapun awak tak sabar nak kahwin dengan saya, saya tak rasa benda ni adalan jalan yang terbaik." ujarku. Naufal mengeluh kecil.
"Kau tak sayang aku." ujarnya. Aku menggeleng laju. Gila ke aku tak sayang kau! Daripada tingkatan dua lagi aku dah sayang kau! Eh, terluah pulak.
"Awak, saya sayangkan awak tapi bukan ni caranya. Kalau awak nak jadikan saya isteri awak, ambil saya dengan cara yang baik." ujarku. Kali ini Naufal merengus.
Aku pandang wajahnya yang kemerah-merahan menahan amarah. Urat-urat di leher timbul dan menghijau manakala rahangnya bergerak-gerak kasar sebelum mata aku terhenti pada matanya yang merenung tajam mata aku. Mata Naufal merah!
"Awak..." panggilku.
Secara tiba-tiba sekeliling cafe ini bertukar menjadi hutan belantara pada waktu malam. What the?
"Arghh!!!"
Naufal meraung sebelum menerkam aku. Apa yang jadi ni?!
"Kak Fie!"
"Kak Fie!"
"Kak Fie!!!"
Bukk!
Aku gosok punggung yang terhentak pada satu permukaan keras. Perlahan-lahan aku buka mata. Wajah cemberut Iqram aku pandang pelik. Aik? Mana Naufal? Tadi kan dia ada. Siap terkam aku lagi.
"Kenapa kau kat sini?" tanyaku pelik. Iqram yang kini sudah berusia 10 tahun mencekak pinggangnya di hadapan aku. Ewah, berlagak budak pendek ni! Mentang-mentang semalam main Beyblade dia menang.
"Akak lupa ke?" tanya Iqram. Aku jungkit kening.
"Abang Naufal dah lama tunggu akak dekat bawah lah!!" jerit Iqram.
Aku garu hujung kening. Apa tadi? Naufal tunggu aku dekat bawah? Kenapa? Jap, hari ni hari apa?
Hari Sabtu. Kenapa dengan hari Sabtu ye? Macam ada benda penting je.
"Ya Allah!!! Kenapa tak kejutkan akak awal-awal?!" jeritku. Terus sahaja tuala yang tergantung di tempat penyidai tuala aku tarik kasar sebelum berlari masuk ke dalam bilik mandi.
YOU ARE READING
Awak Sayang Saya Tak? (✔️)
Ngẫu nhiênAlam persekolahan sememangnya mempunyai pelbagai kenangan dan cerita. Ada yang diam-diam mempunyai crush, ada yang sudah pandai bercinta pada usia muda dan ada juga yang jatuh cinta pada senior. Ini aku, Safieyatul Hawaniez. Ya, aku sama sepert...