Bab 8

135 9 0
                                    

    Aku menunduk tatkala terpandang wajah ayah Naufal. Bapak dia pun handsome do. Ohoho.

"Siapa dia?" Tanya Encik... Entahlah, eak.

"Junior, pa. Dia jatuh tadi. Fal yang buat." Kata Naufal. Eh? Aku jatuh sendiri an? An? Jap. Bukan. Kaki aku tersepit rantai basikal.

"Oh. Nama siapa?"

"Saffieyatul Hawaniez," jawabku. Ayah Naufal hanya meng'oh'kan sahaja.

"Papa ada meeting. Kalau ada masa kita berbual lagi ye. Uncle pergi dulu," ujar Ayah kepada Naufal.

    Suasana di restoran mamak acah western tersebut sunyi sepi. Naufal pandang aku dan aku pandang Naufal.

"Tak nak balik ke?" Tanyaku. Naufal berdehem.

"Jom," ujar Naufal sebelum meletakkan sekeping RM50 di atas meja. Ewah. Gila ke air tiga gelas RM50?

    Tulah. Sebenarnya, aku punya mengharap bapak dia ke dia ke pelawa aku order nasi ke apa, an? Rupanya tak. Ceh! Lapar kau tahu? Dahlah mamak tu punya bau kari mengancam.

"Iz ada dekat rumah dia." Kata Naufal. Aku jungkit kening.

"Iya. Tadi kakak dia ambik. Kau kenapa pandang aku macam tu?" Tanya Naufal.

"Tak ada apa-apa," jawabku selamba sebelum tersengih seperti kerang tak cukup kalsium.

"Ada ap--"

"Mulut awak ada barli," ujarku selamba sebelum berjalan meninggalkan Naufal.

"Kurang punya budak..."

    Aku tahan gelak dan berjalan laju ke arah kereta milik Naufal.

***

     Aku pandang abang aku yang baru sahaja bersin. Tak senonoh!

"Weyh, bagilah remote tu. Aku nak tengok Music Bank lah!" Ujarku geram. Syafiq yang sedang leka menonton perlawanan ragbi menggeleng perlahan.

"Ah, aku benci lelaki macam kau," kataku geram. Bantal kecil aku baling ke kepalanya.

    Mentang-mentang kau demam, boleh lah kau jadi KING dalam rumah ni. Ewah, banyak kacak?

"Fie, kaki dah letak ubat?" Tanya ibu. Nugget yang berada di di tangan ibu aku capai.

"Belum. Tak berani," ujarku. Ibu menggeleng perlahan.

"Nak ibu call along ke?" Tanya Ibu. Aku geleng laju. Sesiapalah jangan along!

"Penakut. Bukannya along makan orang pun," ejek Syafiq.

"Memanglah along tak makan orang! Tapi, tak nak along!" Kataku geram.

"Dah. Benda sikit pun nak gaduh. Syaf, pergi makan panadol sana." Kata Ibu. Syafiq mengangguk. Dia berjalan ke arah dapur.

    Setelah memastikan kelibat abang aku yang sekor tu hilang, aku pun rembat remote tv. Channel KBS World aku buka. Yehet! Dah mula!

"Malam ni, kita pergi kenduri tau," ujar Ibu. Aku jungkit kening.

"Rumah siapa?" Tanyaku malas. Ni yang malas kalau dah kenduri, kena pakai baju kurung lah apa lah!!

"Rumah kawan ayah." Ujar ibu sebelum tangannya menampal cool fever pada dahi abang aku.

"Anak manja." Syafiq menjeling aku.

"Dengki."

"Dah, ibu kata sudah. Fie, pergi suruh Iqram mandi." Aku mengangguk dan berjalan ke arah tangga.

"IQRAM HARRAZ!" Jeritku. Terus sahaja Iqram berlari menuruni tangga.

"Why?" Tanyanya.

"Mandi. Ibu nak pergi kenduri." Ujarku.

"Pakai baju?"

"Bogel."

    Iqram pandang aku geram. Dia menjelirkan lidah sebelum berlari naik.

"Abang dengan adik sama jer!" Ujarku geram. Syafiq yang berada di ruang tamu membaling sebiji bantal kecil ke arah aku.

"Mati kau sana, Fie."

Tbc...

Tengku Nopal ke Tengku Izuan?😂

Ke nak Syafiq Harraz?😂😂😂😂

Awak Sayang Saya Tak? (✔️)Where stories live. Discover now