Bab 16

137 8 0
                                    

Aku letakkan dulang berisi kuih muih ke atas meja hidang. Suasana yang riuh-rendah membuatkan aku sakit kepala. Aku pandang ke arah Ibu dan Ayah yang sedang berbual dengan bakal besan mereka. Tengku Arsyad dan Tengku Amira. Aku mengeluh kecil sebelum kuih tadi aku susun ke dalam bekas. Disebabkan terlalu gembira untuk mendapat menantu pertama, Ibu dan Ayah mengambil keputusan untuk membuat kenduri kesyukuran.

"Fie!" jerit seseorang. Geng aku.

"Kau orang ni, bacaan Yaasin dah habis baru nak sampai." ujarku. Adam tersenyum malu.

"Adam salah dengar. Dia kata kau buat kenduri lepas Isya'. Rupanya lepas Maghrib." kata Syazrina. Adam memuncung tatkala Syazrina mengumpat tentang dirinya.

"Biasalah tu. Adam." sindir Khairil pula.

Nayli dan yang lain-lain hanya bantai gelak melihat wajah Adam yang semasam cuka getah.

"Fie, tu Naufal kan?" tanya Fiesyah dalam keadaan separa berbisik. Aku mengangguk perlahan. Aku alihkan pandangan ke arah Naufal yang sedang berbual dengan Along, Syafiq, abang Qhad dengan Abang Shad.

"Eh, makanlah dulu. Aku nak ambil lauk kat dalam." pamitku sebelum berlalu masuk ke dalam rumah untuk memgambil lauk.

"Fie, tolong aku basuh pinggan." panggil sepupuku, Aydan Hafiez. Aku mengangguk dan berjalan ke arah Aydan yang berada di sinki.

"Basuh tau! Aku nak berjimba!!" ujar Aydan sebelum berlari keluar dari dapur.

"Oi!" jeritku. Bangang punya manusia!

Aku menggulingkan biji mata ke atas. Lengan baju kurung yang aku pakai aku naikkan ke atas. Span dan sabun aku ambil sebelum aku memulakan acara membasuh pinggan.

Aku menggumam kecil lagu Black Swan yang dinyanyikan oleh BTS. Makcik bawang yang sedang membungkus lauk memandang ke arah aku dengan pandangan kau-fikir-ni-karaoke-ke-? dan aku hanya balas pandangan mereka dengan ini-rumah-ayah-aku sebelum segala makcik bawang tadi menyambung kerja mereka semula. Sibuk je. Aku cincang lepas tu tumis kang, baru tau!

"Mama, mengantuk lah... Nak tidur." rengek seseorang. Bila aku toleh ke belakang, sepupu aku. Ehem. Maaf. Saya tak ada sepupu ulat beluncas yang tergelek-gelek dekat TikTok. Apa kelas nyah? Tambah dosa adalah.

"Ira tidur dekat bilik si Fie tu." ujar Mak Ngah sebelah ayah aku. Amboi, sesedap bawang goreng kriuk kriuk Mee Sedap je kau nak suruh anak kau masuk bilik aku.

"Tak nak. Bilik dia tak lawa." ujarnya. Wah, melampau kau.

Terus sahaja aku tutup pili air dan berjalan ke arah Mak Ngah aku dan anaknya Shahirah.

"Excuse me, suka hati kau je nak kutuk bilik aku. Huh, cakaplah yang kau sebenarnya nak on call dengan boyfriend kau tu. Takpun cakap je lah kau nak bergelek. Nak kutuk bilik aku tak lawa? At least, bilik aku tu tempat aku selalu mengaji, solat apa semua. Kau? Bilik berkumandang lagu dangdut remix adalah." sindirku pakej menjeling lagi.

Semua makcik bawang termasuk Mak Ngah aku dan Shahirah terdiam. Ha, kau nak cakap apa lagi? Terkedu, terkentut, tergamam lah kau kat situ. Dasar semak. Datang rumah orang complain sana sini. Katanya bilik aku low class sebab tak ada bath tub. Hello, aku bukan jenis yang suka mandi lama-lama. Nak sangat berendam, kan? Berendam lah dalam besen baby si Iqram tu dulu.

"Kurang ajarnya mulut kamu, Fie. Siapa ajar? Ni lah mulut budak-budak sekarang. Tak ada insurans. Main cakap je." kutuk Mak Lang aku. Ni lagi ni.

"Mak Lang, saya tak suka nak jadi kurang ajar ni. Tapi, saya tak suka kalau datang rumah saya waktu kenduri macam ni, tapi tak buat apa-apa. Baik tak payah datanglah. Lepastu, nak complain rumah saya pulak. Ayah saya beli tak pakai duit kau orang lah." ujarku geram. Terdiam Mak Lang sebelah ayah aku. Ha, baru kau tahu siapa Saffieyatul Hawaniez.

"Apa kecoh-kecoh ni?" tanya Along yang baru sahaja masuk ke dalam dapur.

"Adik kamu ni kurang ajar." ujar Mak Ngah. Shahirah pula menjeling aku.

"Mana ada Fie kurang ajar. Dia orang yang complain pasal rumah ni. Lepastu, bukan buat kerja. Bungkus lauk amende kalau seketul ayam pun tak masuk dalam plastik tu." kutukku. Kali ini semua memandang lantai. Ha, amik kau.

"Makcik-makcik sambunglah kerja. Ira, kau daripada berdiri sebelah mak kau macam Tugu Negara tu, baik kau pergi angkat pinggan kotor kat luar. Kalau rasa jijik sangat, apa kata kau amik sarung getah warna pink atas sinki tu." kali ni giliran Along pula yang menyerang. Heh, kalau kau sentap dengar ayat aku, aku yakin kau boleh mati dengar ayat yang keluar daripada mulut Idyan Harraz.

Setelah koyak dengan ayat Along, Shahirah berlalu keluar dari dapur. Bagus. Aman dunia aku.

"Dik, Along nak cakap sikit. Kita pergi masuk dalam bilik kau jap." ujar Along. Aku pandang Along pelik.

"Pinggan ni semua?" tanyaku.

"Makcik-makcik ni ada. Bungkus lauk sampai sepuluh orang tak logik langsung. Bolehlah, Fie." rayu Along. Matanya dikelipkan beberapa kali.

Ni sebelum aku muntah kat sini, baik aku setuju.

"Fine. Jom."

Tangan Along aku tarik untuk mengikuti langkah aku.

Awak Sayang Saya Tak? (✔️)Where stories live. Discover now