Aku membuka kelopak mata yang terasa agar berat. Pandangan aku disapa dengan siling kelabu gelap yang tampak agak mewah dengan chandelier sederhana besar yang tergantung elok di situ. Seketika, kepala aku bagaikan terasa dipukul. Sakit sangat sampai mata aku tertutup kembali.
"Jadi, apa Kimi nak buat?"
Telinga aku menangkap satu suara. Suara seorang perempuan. Aku yakin itu Tengku Amira bersama anak bongsunya, Naufal.
"Kimi nak kahwin dengan Fie." ujar Naufal. Aku tahu anak matanya sedang leka memandang tubuh aku yang kaku di atas katil miliknya.
"Mama tak kisah. Cuma, abah." ujar Tengku Amira. Dia mendekati tubuh aku sebelum tangannya mengusap lembut kepala.
"Kimi bincang dengan abah. Mama jangan risau. Kimi uruskan semuanya."
"Kalau itu yang Kimi mahukan, mama tak kisah."
Tangan Tengku Amira berhenti mengusap kepala aku.
"Mama keluar dulu. Kimi jangan lama sangat dalam bilik ni. Tak elok." ujar Tengku Amira sebelum berlalu keluar dari bilik, meninggalkan aku dan Naufal.
"Sayang aku kuat. Sayang aku tak lemah, kan? Kuat untuk aku, Fie."
Kata-kata Naufal membuatkan jantung aku berdegup kencang. Secara tidak sengaja, nafas aku kedengaran agak kuat.
"Sayang, kau dah bangun kan?"
Tiba-tiba sahaja ada suatu benda yang berbulu seperti bulu ayam menyapa pucuk hidung aku. Gatal woi! Aku alah dengan habuk lah! Nak bersin!! Jangan.. Jangan.. Nanti Naufal tau aku dah bangun!
Hachumm!!!
Seketika, mata kami bertentang lama sebelum Naufal meniup mata aku lalu tergelak macam orang gila. Gila punya manusia.
"Maaf! Kau comel sangat tadi." ujar Naufal setelah tawanya reda. Aku jeling Naufal sedikit sebelum membetulkan duduk aku.
"Keluarlah. Tak elok awak dalam ni." halauku. Naufal memandang aku dengan pandangan yang tajam.
"Ni bilik aku. Kau yang kena keluar."
Aku tersenyum malu. Comforter yang menutupi tubuh aku, aku buka.
"Nak pergi mana?" tanya Naufal pelik.
"Keluar. Ni kan bilik awak." jawabku polos. Naufal tergelak lagi. Apa yang kelakar ni?!
"Aku bergurau je lah, sayang oii!" ujar Naufal bersama tawanya. Aku memuncung. Seronok sangat ke kenakan aku? Tepuk muka kacak tu nanti, jadi bilis kang.
"Dah lah tu."
Bahunya aku tolak geram. Tak habis lagi tu!
"Comel lah kau ni!"
Bantal yang berada di sebelah aku ambil sebelum aku jadikan senjata untuk memukul Naufal. Nak gelak sangat, kan? Ha, ni gelaklah kau! Gelak! Eh, ni kenapa macam pasangan bahagia ni?
"Okay, aku berhenti."
Akhirnya, Naufal mengalah!!! Ni Fie, okay! Tak pernah lah aku kalah main lawan bantal. Lagi-lagi dengan Syafiq. Sampai berlebam mamat tu dibuatnya.
"Kau okay?" tanya Naufal. Wajahnya serius. Dia ni ada penyakit bipolar ke macam mana? Sekejap gila sekejap serius. Lepastu gatal pulak tu.
"Okay." jawabku.
"Pasal Dayana?" tanya Naufal lagi. Aku terdiam. Kalau pasal tu, aku tak okay. Siapa je akan okay kalau dapat tahu ada orang nak hancurkan masa depan aku?
YOU ARE READING
Awak Sayang Saya Tak? (✔️)
RandomAlam persekolahan sememangnya mempunyai pelbagai kenangan dan cerita. Ada yang diam-diam mempunyai crush, ada yang sudah pandai bercinta pada usia muda dan ada juga yang jatuh cinta pada senior. Ini aku, Safieyatul Hawaniez. Ya, aku sama sepert...