Bab 4

168 8 0
                                    

    Fiesyah di sebelah aku hanya mampu bertabah dengan mood taufan aku.

"Geramlah! Aku tak cakap pun aku nak nyanyi! Lepastu, aku tanya Izwan. Dia kata Naufal baru jer sumbat masuk nama aku dalam competition tu. Kategori? DUET?! AH!!!!" Aku mula menarik nafas panjang.

"Sabar, weih. Ada hikmah ni. Lagipun, dapatlah kau menggedik dengan Naufal, kan?" Ujar Nurul Syazrina. Aku pandang di tajam.

    Nasihat ke perlian?

"Suara aku bukan sedap pun!" Kataku lagi. Syaz hanya memandang dengan muka tiada perasaan.

"Eh, makcik. Semua orang boleh nyanyi lah. Nyanyi jer lah!" Kata Syaz. Geram gamaknya.

"Ehem!"

"Huwaa!!! Maaf!! Maaf!!!"

"Eh, dik. Kau dah kenapa?" Tanya abangku. Syafiq.

"Kau rupanya..."

"Kau fikir siapa?" Perli Syafiq.

"Ah, aku dengar kau masuk pertandinga---"

"Diam!" Terus sahaja aku berlalu pergi dari situ. Aduh, pening dan serabut aku dibuatnya.

"So, bila agaknya kau boleh--"

"Ahh!!!"

    Perlahan-lahan aku mengusap dada. Tak guna kau, Mr. Crush!

"Apa maksud awak?" Tanyaku. Kayh, berlagak normal.

"Aku just nak tanya, bila kau boleh berlatih? Maksud aku, free time." Ujar Naufal. Tangan kirinya dimasukkan ke dalam poket vest. K, kau memang nak aku fangirl ke macam mana?

"F.. Free time? Tak.... tahu.." Ujarku. Alahai, apahal lah dia ni handsome sangat? Gagap aku dibuatnya.

"Ah, nanti aku tanya abang sedara kau." Kata Naufal. Eh, pehal libat dua ekor siamang tu?

"Sabtu boleh kot. Nanti saya ikutlah abang saya pergi kelas tambahan," ujarku. Alahai, terpaksalah. Manusia sebelah ni nampak terdesak sangat. Kesian aku dibuatnya. Pfftt!!!

"Okay. By the way, ni number aku. Apa-apa call jer aku," kata Naufal sambil menghulurkan sehelai kertas.

"Mekasih."

***

Sungguh dahsyatnya
Cintaku kepada kamu
Aku mohon jangan pergi-----

Pakk!

Pakk!

"Tak habis-habis. Daripada sekolah sampilah depan jamban kau menyanyi! Bingit!" Kata Abang Shad.

"Apa? Bighit?"

"Fie, bukan setakat Shad jer naik angin. Abang naik angin, kau yang penyek aku kerjakan," ujar Abang Qhad. Aku bantai gelak.

"Maaf, bro. Fie excited sangat."

"Apa-apa jer lah kau. Ni, ibu masak tart cheese. Siapa lambat, tak dapat!!!" Jerit Abang Shad. What the?

"Aku pun nak!!"

"Eh, tu Fie punyalah!!!!!!!"

    Maka, dengan itu berterbanganlah perabot di sekeliling kami.

"Kenyang, alhamdulillah. Terima kasih, ibu."

"ABANG!!!" Jeritku geram. Tubuh abang aku yang berada di atas kerusi aku tolak-tolak.

"Sakitlah!"

"Ibu, Fie nak!" Jeritanku bertambah kuat. Tubuh Syafiq telahpun longlai di atas lantai.

"Maaf, ibu buat sikit jer."

"HUWAAAAAAA!!!!! SYAFIQ, YOU'VE GOT NO JAMS!"

***

    Aku menghela nafas panjang. Wajah ahli BTS di dinding hadapan, aku pandang kosong.

"Woi, aku mintak maaf lah," ujar Syafiq. Kepala aku digosok kuat.

"Berambuslah kau!" Kataku geram. Rambut yang berserabut aku betulkan semula. Khinzir betul si Syaf ni.

"Okay, esok lepas balik kelas tambahan aku belanja McD?"

"Janji?" Tanyaku. Syafiq mengangguk laju. Tangannya diangkat separa bahu.

"Kalau tak beli,.... Aku buang semua komik Naruto kau!"

"AKU SYAFIQ HARRAZ BERJANJI BAHAWA AKU AKAN BELIKAN MCD UNTUK KAU!"

"Dasar hambar!"

    Eih, memang dasar Syaf hambar. Apa lah yang aku buat kalau tak ada si Syaf ni. Memang dia ni perangai kurang akal sikit, tapi dah abang. Nak buat macam mana?

Tbc...

Hambar😴

Awak Sayang Saya Tak? (✔️)Where stories live. Discover now