Aku letakkan bagasi ke dalam bonet kereta Myvi milik Syafiq. Jam aku tilik sedikit. Tak sabar nak balik jumpa Ibu!!! Yeay! Cuti! Balik rumah nak qada' tidur.
"Dah siap? Jom."
Setelah hampir dua jam memandu akhirnya, kami sampai di rumahku syurgaku. Rindu Ibu dengan Ayah!
"Assalamualaikum!!!" jerit Syafiq. Bagi salam macam nak bergaduh.
"Waalaikumussalam. Dah sampai dah. Jom, masuk Ibu ada masak lauk kegemaran Syaf dengan Fie tau." ujar Ibu. Teruja barangkali. Tu yang tak ada intro tu.
Tangan Ibu aku cium.
"Mana semua orang? Kereta Abang Idyan dengan Ayah tak ada pun kat luar?" tanyaku. Bagasi aku letakkan di tepi sofa.
"Ayah ada mesyuarat. Abang Idyan on call. Iqram dengan Adyan tidur kat atas." jawab Ibu.
"Fie nak mandi dulu tau." pamitku. Ibu mengangguk. Nampaknya Ibu rindu Syafiq lebih. Kemain sembang. Sampai hati Ibu, memalau Fie. Nak nangis hujung bilik.
Sampai sahaja di pintu bilik aku, aku letakkan bagasi ke sisi. Pintu bilik aku buka luas. Wah, cadar baru!!!
Laju sahaja aku berlari ke arah katil dengan bagasi yang berada di tangan. Rindu bilik ni!!! Rindu abang-abang BANGTAN aku ahaks! Segera ARMY BOMB yang berada di atas meja aku ambil. Huwa!!! I miss you!!!
Tiba-tiba mata aku menangkap sebuah kotak kecil yang berada di antara celahan album-album BTS aku. Kotak apa ni? Comel je. Dahlah kecik. Pantas tangan aku mencapai kotak tersebut lalu punggung aku labuhkan padan kerusi beroda yang berada di sebelah aku.
Macam kotak cincin. Erk?
Mata aku terbuntang luas. Kotak tadi juga terlepas dari tangan. Tak berkedip mata aku pandang kotak yang jatuh menyembah bumi itu. Aku salah pandang atau itu memang kotak cincin?! Liur aku telan perit. Kotak tadi aku ambil semula.
Cincin emas putih yang bertakhtakan berlian hijau emerald itu aku tatap lama sebelum mata menangkap sehelai kertas kecil yang terselit di celahan kotak tersebut.
Lipatan kertas tadi aku buka lalu isi di dalam aku baca.
Hi, mi amor.
Jangan tanya aku bila aku bagi cincin ni. Aku cuma nak cakap... Thanks... Thanks sebab ada dengan aku. Thanks sudi maafkan aku walaupun aku tahu kau dah banyak terluka sebab aku, kan? Thanks juga sayangkan aku. Walaupun kau tak pernah cakap... Tapi kau tak pandai nak menipu. Werkkk!!! Simpan tau cincin ni. Simpan sampai hari aku masuk meminang kau. Untuk pengetahuan kau, cincin ni bukan cincing merisik ke apa. Tapi, cincin ni hadiah untuk kau. Nak tau tak bila aku beli cincin ni? Waktu mama aku ajak aku cari cincin tunang dulu. Aku beli sekali. Kalau kau terkejut saiz tu sama.... Apa kata kau hempuk abang kau. Sebab dia yang bagi saiz jari kau. Ah tu je kot sebab kertas ni kecik sangat tak boleh nak tulis banyak-banyak...
I love you, mi amor.
Ti amor, my love.
Saranghae, bae.
Aishiteru, love.
Wo ai ni, baby.
Aku sayang kau, sayang..Ikhlas:Naufal Hakimi.
Tanpa sedar setitik air mata aku jatuh ke atas kertas tersebut. Pantas aku seka menggunakan hujung jari. Mungkin aku nampak segala rasa kasih yang dia curahkan seperti main-main. Tapi,... Entah kenapa aku rasa.. Dia benar-benar ikhlas dengan aku. Kejam sangatkah aku kerana menuduh dan mepermain-mainkan hati dia?
Naufal, tak terkira banyak kali awak tolong saya... Tak terkira banyak kali awak buat baik dekat saya.. Kejam sangat ke saya layan awak endah tak endah je?
"Fiefot!!!!"
"Ya!" sahutku. Aku berdehem sedikit tatkala suara aku kedengaran sedikit pecah dan serak kerana menangis tadi.
"Ibu ajak makan!!" jerit Syafiq dari bawah. Pantas sahaja air mata yang bersisa aku lap menggunakan hujung lengan. Kotak tadi aku letakkan di atas rak buku.
Hidung yang agak memerah aku picit sedikit. Setelah memastikan tiada kesan air mata pada muka, aku menarik mafas panjang sebelum aku hembus perlahan-lahan. Mencari ketenangan.
Kaki atur laju ke arah ruang makan yang berada di bawah. Tiba-tiba kaki aku terhenti di tangga yang terakhir. Wajah yang sedang tersenyum riang bersama Ayah menggamit pandangan aku. Dia nampak agak kasual dengan kemeja T hitam dan seluar jeans biru.
"Ah, Fie dah turun. Jom, makan." ajak Ayah. Figura tadi mengangguk sebelum memandang ke arah aku. Sempat dia mengenyitkan mata kirinya sebelum langkahnya dibawa mengikuti Ayah yang sudah menuju ke ruang makan.
Terkebil-kebil aku dibuatnya sebelum kaki aku secara automatik melangkah ke arah ruangan dapur. Meja makan yang berada di ruang makan aku lepasi dengan perasaan yang agak berdebar. Aku tahu ada sepasang mata sedang asyik memerhatikan aku. Tak selesa aku dibuatnya. Rasa macam nak menyorok dalam baju Ayah.
***
"Adyan, no. Piepie told you this is not an apple. So, what is this?" tanyaku. Adyan yang pada mulanya menunjukkan reaksi gembira tatkala aku mengajaknya belajar ABC bertukar keruh. Bibirnya dicebikkan. Eh, jangan nangis.....
"Papa....." rengek Adyan. Maaaati aku. Aduhmak, budak ni pun mudah sangat koyak lah.
"Adyan, Piepie mintak maaflah." Lengan sado Adyan aku cuit sedikit. Namun, Adyan tetap Adyan. Kalau dah menangis, selagi papa kesayangan dia tak ada, selagi tu dia akan merengek.
"Sayang, come to Acu."
Tersedak air liur aku dibuatnya. Fi..fikir dia panggil aku tadi.
"Kenapa ni hm?" tanya Naufal pada Adyan. Adyan mencebik sebelum memanjat riba Naufal. Dasar pengkhianat ini budak.
"Piepie...."
Hek eleh, aku marah sikit nak menangis. Lengan sado acah Aaron Aziz tapi, hati serapuh tisu tandas. Sikit-sikit nak mengadu.
"Piepie buat? Acu cepuk dia eah?"
Eh, awak dah kenapa? Nak cepuk-cepuk orang pulak. Gila ke apa?
Pukk!
"Naufal!!" jeritku geram. Pipi aku dicepuk menggunakan buku ABC milik Adyan. Ayah, bakal menantu ayah ni main cepuk-cepuk pipi orang!
Eh, Fie. Beria nampak?
"Aih, dah macam keluarga bahagia aku tengok."
Tubuh aku ke tepi sedikit tatkala terdengar suara Abang Idyan.
"Ha, Naufal. Macam mana? Ayah setuju."
"Alhamdulillah. Setuju." jawab Naufal. Punggung gebu Adyan ditepuk-tepuk perlahan. Ingin mendodoikan budak belon tu.
"Setuju apa?" tanyaku pelik. Naufal ketawa kecil. Eh, kenapa? Ada yang lawak ke?
"Kau ni lembablah." kutuk abang Idyan. Apa? Salah ke aku bertanya?
"Nanti kau dengan Naufal nak kahwin."
"Apa?! Kahwin?!"
YOU ARE READING
Awak Sayang Saya Tak? (✔️)
RandomAlam persekolahan sememangnya mempunyai pelbagai kenangan dan cerita. Ada yang diam-diam mempunyai crush, ada yang sudah pandai bercinta pada usia muda dan ada juga yang jatuh cinta pada senior. Ini aku, Safieyatul Hawaniez. Ya, aku sama sepert...