Aku peluk tubuh. Wajah Naufal aku pandang dengan pandangan awak-tipu-saya-kan-?!
"Sayang, tak ada maknanya aku nak tipu. Ibu dengan Ayah kau balik malam ni tau. Semua family kau ada dekat kampung sana. Paksu kau sakit tenat, kan? Jadi, Ayah kau mintak tolong aku jaga kau." ujar Naufal bersama pakej penerangan lagi.
Aiskrim coklat pudina aku suap kasar ke dalam mulut. Benci lah macam ni! Ayah pun bukan nak call aku. Tahu-tahu je dah sampai kampung. Tahulah kampung tu dekat, kan? Dekat Batu Pahat je. Yelah, Skudai dengan Batu pahat mana jauh. Amik masa tiga jam lebih je. Tu pun kalau jalan jammed.
"Tapi, Ayah saya tak cakap pun suruh awak bawak saya sampai balik rumah awak." ujarku geram. Banglo tiga tingkat milik Naufal yang tersergam indah di hadapan aku membuatkan hati aku membengkak. Ei, sengaja!
"Habistu, kau nak tidur dalam kereta? Tu pun belum tentu Ayah kau balik malam ni. Buatnya dia balik esok macam mana? Nak tidur rumah tu sorang-sorang? Kunci rumah pun tak ada." sindir Naufal. Aku kembungkan pipi.
"Jomlah masuk. Mama dengan abah aku tak telan kau pun." ujar Naufal. Pendingin hawa dimatikan sebelum enjin kereta turut dimatikan.
"Jom, sayang. Jangan sampai aku dukung kau kang lain pulak orang fikir." ugut Naufal.
Dengan perasaan geram aku keluar dari kereta mewahnya. Sabarlah duhai hati..
Aku hanya mengekori langkah Naufal ke arah pintu utama. Fuh, ni halaman rumah ke padang golf. Besar nak mampus. Fuh, siap ada kolam renang lagi! Besar pulak tu! Rumah aku ada kolam ikan dengan kolam mini Adyan je. Wah! Tu garaj kereta ke kedai kereta?! Ada tujuh bhai! Masuk kereta Naufal dan lapan. Kaya gila doh!
"Dah, sayang. Jangan jadi jakun sangat. Nanti kau pun duduk rumah ni. Jom masuk." tegur Naufal tatkala melihat mulut aku yang terbuka luas tatkala melihat fizikal rumhahnya. Aku tersenyum malu sebelum berjalan seiring dengan Naufal.
Di pintu utama terdapat alat pengesan cap jari. Wah! Hebat gila!!
Sekejap sahaja Naufal letakkan jari dia atas alat itu sebelum pintu terbuka secara automatik.
"Kimi dah ba---"
Aku memandang wajah Tengku Amira yang tampak agak terkejut.
"Ki..Kimi, kenapa bawak dia?" tanya Tengku Amira lembut. Dengar sahaja lembut, tapi tajam seperti belati. Menusuk tepat ke dada aku. Air mata aku mahu sahaja bergenang di tubir mata namun sentuhan tangan Naufal pada bahu aku membuatkan aku kembali tenang.
"Parents dia tak ada rumah. Jadi, Kimi bagi dia tumpang semalaman dekat sini." jawab Naufal. Dingin dan beku.
"Dia tak ada sepupu lain ke? Tak ada keluarga? Tak ada abang?" sindir Kak Athirah yang baru sahaja berada di ruang tamu itu bersama suami barunya.
Aku mengetap bibir. Baju Naufal aku tarik sedikit. Kaki aku jengket agar mulut aku dekat dengan telinganya.
"Awak, tak apa. Hantar je saya balik rumah. Saya boleh tinggal sorang." ujarku dalam keadaan berbisik.
"No." ringkas dan padat. Aku mengeluh kecil. Sumpah aku rasa tak selesa dan... Sumpah aku terasa hati dengan kata-kata Kak Athirah.
"Kalau dah daripada keluarga menyusahkan memang sampai ke sudah menyusahkan!" sindir Kak Athirah lagi.
Empangan yang aku tahan sedari tadi pecah. Air mata aku seperti air terjun di buatnya. Bibir aku ketap kuat.
"Athirah!" herdik seseorang. Bila aku dan Naufal menoleh ke atas, kelihatan Tengku Arsyad sedang berdiri di tangga.
YOU ARE READING
Awak Sayang Saya Tak? (✔️)
De TodoAlam persekolahan sememangnya mempunyai pelbagai kenangan dan cerita. Ada yang diam-diam mempunyai crush, ada yang sudah pandai bercinta pada usia muda dan ada juga yang jatuh cinta pada senior. Ini aku, Safieyatul Hawaniez. Ya, aku sama sepert...