Aku tayang senyum ke arah Mia Adriana yang sibuk meneroka cafe ala-ala Italian Café ini. Tengku Mia Adriana. Baru aku tahu siapa gadis kecil ini. Dia ialah anak buah kepada Tengku Izwan. Kenapa Naufal yang jaga?
Tiga tahu lalu, ibu bapa Mia Adriana ditimpa kemalangan. Kes langgar lari. Ibu bapa gadis kecil ini meninggal di tempat kejadian. Mia Adriana hanyalah seorang gadis kecil yang masih polos dan naif. Dia tidak tahu ibunya sudah tiada. Malah, dia tidak mempersoalkannya. Yelah, dia kehilangan ibu bapanya sewaktu berumur 1 tahun. Masih belum kenal dengan lebih dalam lagi bak kata orang.
Tengku Izwan. Aci tak kalau aku cakap, aku rindu dia? Tak marahkan Tengku Perasan depan aku ni? Sejujurnya, lama aku tak nampak Izwan. Sejak Naufal bergaduh dengan Ian, aku tak nampak Izwan. Naufal kata, Izwan sambung belajar di United Kingdom. Keluarga dia pindah ke sana. Disebabkan itu juga Mia Adriana, Naufal yang jaga. Kenapa? Manalah aku tahu. Naufal tak cerita. Dia cerita sampai situ je.
"Pa, what is this?" tanya Mia. Aku tayang senyum. Fasih betul budak kecik ni cakap English.
"You can call it Rose." ujar Naufal. Mia mencium haruman bunga ros palsu yang berada di atas meja sebelum mukanya kelat.
"Tak sedaplah bau, papa!" jerit Mia. Naufal tersenyum.
"Sebab yang itu palsu. Nanti papa belikan yang betul-betul punya." ujar Naufal. Kepala Mia diusap lembut.
"Ah, mama kenapa tak bercakap, hm? Tergoda dengan papa Mia ke?" usik Naufal. Aku julingkan mata ke atas.
"Tolonglah." aku sisip sedikit teh rosemary yang aku pesan tadi.
Hilanglah sikit rasa tertekan dekat Naufal tu. Fuh!
Mia menarik hujung blouse aku.
"Mia nak apa?" tanyaku lembut.
"Layan papa Mia baik-baik tau, mama pwincess?" tanya Mia Ardriana. Aku terbatuk kecil sebelum telinga menangkap bunyi orang berdehem.
Tak lain tak bukan Tengku Gatal. Aku angkat kepala memandang Naufal yang mengenyit mata pada aku.
Ya Allah, kau titipkanlah aku kesabaran sebelum wajah kacak dihadapanku ini melayang ke planet Pluto.
"Mama, jom pergi shopping." ujar Mia.
"Jomlah. Papa pun nak cari barang." ujar Naufal.
Aku? Tak payah. Mestilah aku kena heret dengan dua beranak ni. Ugh!
ukhaera uk
jaega doel ttaekkaji geurae ukhaera uk
geurae uk uk ukhaera uk
bureojil ttaekkaji geurae ukhaera uk
naneun ukhae ukhae
naneun uk---Jauh dah aku mengarut nih. Sampai ke lagu rapper line BTS aku melalut.
"Mama, okay?" tanya Mia. Aku angguk perlahan. Kesian pulak kalau cakap tak nak padahal aku tengah mengantuk gila ni.
***
Aku tahan diri daripada mencarut. Dasar Nopal anak Bahenol gila!
Aku tunduk memandang tangan Mia yang sedang memegang tangan aku.
"Sayang, cantik yang mana? Buntu ni. Kalau hitam macam dah selalu sangat. Biru gelap ni okay--Aduh!"
Kotak boxer yang berjenama Calvin Klein sudah selamat mendarat di atas kepala Naufal. Kaunaksangatan?! Kosabajap!
Aku tarik tangan Mia untuk keluar daripada 'syurga' Naufal itu. Naufal sedari tadi tergelak macam orang gila. Ah, patutnya aku baling rak tadi. Biar kojol dekat situ.
"Merajuk konon. Kau tunggu situ dengan Mia. Aku nak pilih jap." ujar Naufal sebelum meloloskan diri ke dalam kedai itu semula. Apalah nasib aku ni?
"Cik, tak nak teman suami cik pilih? Comel aje saya tengok tadi." tegur seorang pekerja lelaki yang sedang mengelap cermin kedai.
"Saya bukan isteri dia." jawabku selamba.
"Ni anak?"
"Anak dia. Saya kawan je." jawabku malas. Lelaki tadi mengangguk-ngangguk tanda faham lah kononnya sebelum menyambung kerjanya semula.
"Ei, makcik gedik!" jerit Mia secara tiba-tiba. Aku memandang ke arah tempat yang Mia pandang.
What
The
Frog?!
"Jom pergi Baskin Robins. Kau tengok ap--"
Aku pandang Naufal yang terkedu. Ha, dah kenapa tu? Ehem. Yang aku nak persoalkan kekeduan dia kenapa? Eh, ada ke perkataan 'kekeduan' tu? Ah, lantak.
"Mia sayang stay dengan Mama. Kita pergi makan--"
"Naufal!"
Aku pandang ke arah Naufal yang sudah menyumpah seranah. Ehem.
"Awak cakap awak ada kelas? Tipu saya?" tanya Dayana yang kini berada di hadapan Naufal yang kini berada di sebelah aku. Ha, amik kau.
"Aku... Tak.. Ermm.."
"Mama, Mia nak makan aiskrim." rengek Mia. Aku berdehem kecil. Wajah aku palingkan ke arah cermin kedai yang baru sahaja dilap oleh pekerja lelaki tadi.
"Naufal, siapa dia?" tanya Dayana.
Eh, kau tak kenal ke siapa aku? Aku famous tau kat sekolah halamak. Ni mesti set budak perasan hot dekat sekolah sampai budak famous macam aku pun tak kenal.
"Dia--"
"Mama Mia lah, makcik. Ei, makcik ni banyak tanyalah. Mia lapar! Nak makan aiskrim!" ujar gadis kecil itu. Mahu sahaja aku bersorak untuk Mia Adriana.
"Ei, budak kau--"
"Dahlah, Dayana. Aku malas nak layan kau. Sayang, Mia jom."
Naufal capai tangan Mia Adriana dan kaki diatur laju meninggalkan Dayana. Aku dan Mia turut diheret sekali memandangkan aku dan Mia berpegangan tangan daripada tadi.
"Tunang awak macam mana?" tanyaku.
"Pergi mati dengan dia." jawab Naufal. Dia meraup kasar mukanya.
Eh dia ni nak emo kenapa?
YOU ARE READING
Awak Sayang Saya Tak? (✔️)
RandomAlam persekolahan sememangnya mempunyai pelbagai kenangan dan cerita. Ada yang diam-diam mempunyai crush, ada yang sudah pandai bercinta pada usia muda dan ada juga yang jatuh cinta pada senior. Ini aku, Safieyatul Hawaniez. Ya, aku sama sepert...