Gula-gula kapas berwarna merah jambu itu aku suapkan sedikit ke dalam mulut sebelum badan aku bertindak balas dengan rasa manis itu. Manis tapi sedap. Ish, cepatlah dapat penyakit aku ni.
Aiman? Dia sedang ambil barang dalam kereta. Barang apa tak tahu, yang aku tahu dia nak bagi kawan dia. Ah, abaikan. Mari kita berhibur. Nak main apa ni?
Bukk!!
"Opocot makcik kau terbang!" latahku. Gula-gula kapas yang sudah bersemadi dengan tanah aku pandang hiba.
Perlahan-lahan aku pandang ke arah sepasang kasut Puma di hadapan aku. Aku angkat kepala sedikit demi sedikit sebelum wajah aku disapa dengan satu wajah yang sangat familiar.
Naufal?!
"Nak aku ganti gula--"
Aku berjalan pergi meninggalkan Naufal. Kaki aku atur ke arah Ferris wheel yang berada tidak jauh daripada tempat aku tadi. Nak apa dia kat sini? Entah-entah dia ikut aku?! Eh, kau Fie... Suka sangat bersangka buruk. Tak pasal-pasal dapat dosa kering. Haih, hati ni...
Belum sempat aku tegur brother yang in charge untuk roda gergasi ni, tangan aku direntap dari belakang. Tak payah tanya siapa, aku tau siapa!
"Apa awak nak?!" tanyaku geram. Naufal hanya tayang muka selamba. Tangan kirinya dimasukkan ke dalam poket manakala tangan kanannya memegang lengan aku yang berlapik blouse hijau.
Aku pandang Naufal tampak agak kasual dan.... Boyfriend material. Oh, Fie kau kena pakai cermin mata ni. Eh, salah. Aku memang dah rabun. Aku patut tambah power cermin mata aku ni. Cermin mata yang berbentuk bulat aku tolak ke atas sedikit.
"Balik dengan aku." ujarnya tegas. What?!
"Kenapa saya kena balik dengan awak?" tanyaku geram. Sah, dia ikut aku! Jadi, aku tak buat dosa kering!
"Kau kenal sangat ke Aiman tu?" tanya Naufal. Nampak sangat mamat ni ikut aku.
"Mana awak tau saya keluar dengan Aiman?" tanyaku. Sengaja nak menguji.
"Kau kenal aku, Fie." ujarnya bersahaja. Tubuh aku ditarik menjauhi orang ramai.
"Lepaslah! Nanti Aiman cari saya!" marahku. Naufal memberhentikan langkah.
"Ibu dengan Ayah kau kenal Aiman? Tak, kan? Aku tak rasa Ibu kau tau dengan siapa kau keluar." ujar Naufal. Matanya mencerlung ke arah aku. Taulah aku pendek!!!
"Saya tau Aiman boleh jaga saya!" aku kena pertahankan Aiman ermmm... Pertahankan kesalahan aku sebenarnya.
"Fie, aku penat nak guna cara baik."
"Jadi, jangan guna apa-apa cara! Senang, kan?" ujarku geram. Macam manalah kau boleh dapat gred cemerlang dekat kolej?!
"Parent kau lebih percayakan siapa, Fie? Aiman atau aku?" tanya Naufal. Aku rentap tangan aku sebelum memeluk tubuh.
"Balik dengan aku!" ujar Naufal sebelum tubuh aku diheret bersamanya ke arah Audi R6 nya yang terparkir cantik di hadapan funfair. Aiman macam mana?! Ei, geramnya aku!!!
Naufal mengeluh kasar. Degil punya budak kecik! Tak fikir ramai orang, dah lama dia buat benda yang gila yang dia pernah buat dekat budak kecik ni dulu! Ketegaq sungguh!
Dia tahu, agak keterlaluan caranya tu. Tapi, hati dia rasa tak senang melihat penampilan Aiman. Tak senang cinta hatinya bergumbira dengan lelaki lain. Lagi-lagi lelaki seperti Aiman yang tiba-tiba sahaja rapat dengan cinta hatinya. Cemburu? Berani kerat jari kalau tak cemburu.
YOU ARE READING
Awak Sayang Saya Tak? (✔️)
RandomAlam persekolahan sememangnya mempunyai pelbagai kenangan dan cerita. Ada yang diam-diam mempunyai crush, ada yang sudah pandai bercinta pada usia muda dan ada juga yang jatuh cinta pada senior. Ini aku, Safieyatul Hawaniez. Ya, aku sama sepert...