Aku pandang wajah pucat Afik.
"Jangan pandang aku ma..macam tu." Ujar Afik kekok. Wajahnya aku sentuh menggunakan hujung pembaris.
"Ubat dah makan?" Tanyaku. Afik angguk. Dia pandang aku.
"Kau..."
"Aku?"
"Fie!!"
Aku toleh ke tepi. Kelihatan Izuan sedang berjalan ke arah aku.
"Petang ni free tak?" Tanya Izuan.
"Eh, n..nak buat apa?" Tanyaku pelik. Gila tak pelik. Pelik sungguh ni.
"Buat latihan drama. Semua dah okay. So, Fie?" Tanya Izuan. Dia mengambil tempat di sebelah aku.
"Oh, boleh! Nanti Fie ikut abang Fie pergi kelas tambahan." Ujarku. Izuan mengangguk-angguk.
"Aku pergi dulu. Apa-apa kau cari Fal dekat bilik pengawas," pesan Izuan sebelum berlalu pergi.
"Afik, apa-apa jangan cari aku tau. Cari Irene." Ujarku selamba. Aku bangun dari duduk dan berlalu ke arah kantin sekolah.
"Well, boy I don't give a fxck..".
Naufal pandang aku pelik. Tangannya naik menjentik dahi aku. Aku memuncung. Ei, pijak kang.
"Dah tak ada kerja nak mencarut?" Sindir Naufal. Aku peluk tubuh.
"Saya menyanyi bukan mecarut. Ey, kolot. Tu lagu Dua Lipa tau," bebelku.
"Gila, eak?" Aku memuncung lagi. Suka suki jer panggil aku gila.
"Kau orang date, eah?"
Aku toleh tepi. Haha, tak lawak Syafiq. Aku lepuk lengan dia menggunakan pembaris. Elok sangat lah tu.
"Eh, tak. Tengah angkat nikah," jawab Naufal sarkastik. Tak tahu nak berterima kasih ke nak lepuk orang. Dah kenapa? Syafiq tersengih. Dia ni...
"Uit, Fie. Nah," ujar Syafiq. Dia menghulurkan aku senaskah majalah.
"E-Pop! Mesti Arsyad bagi, kan?" Tanyaku teruja. Poster BTS woo. Argh!!! Handsome gila J-Hope aku!!!!
"Eh, tak. Naufal." Aku jeling dia. Naufal pandang kami berdua dengan pandangan blur.
"Ye. Kenapa dengan aku?" Tanya Naufal.
"Kau senget."
Eh, kenapa dengan abang aku? Datang bintang ke macam mana? Pelik aku dibuatnya.
"Dah, aku pergi dulu!" Jeritnya teruja sebelum membuat tarian--sotong?
Parah. Aku syak aku kena ajak ibu pergi bawak Syafiq ke hospital sakit jiwa. Parah dah dia ni.
"Jom date?"
Ppak!
Ppak!
Ppak!
"Sakitlah!" Jerit Khairil Fuh, dia ni! Mati-mati aku fikir sasaeng ke apa, kan? Eh, Fie. Kau popular ke siap ada sasaeng?
"Kau kenapa pukul aku pakai pembaris ni, Fie?!" Tanya Khairil geram.
"Kau tiba-tiba ajak aku date!"
"Mana ada!" Nafi Khairil.
"Ada!"
"Mana ada!"
"Aku lah yang ajak," kata Naufal selamba.
"Ha?!" Jerit aku dan Khairil.
"Apalah nasib aku dapat member macam kau orang ni," ujar Naufal. Stres.
Eh, kejap. Dia cakap aku 'member'. Weyh, aku bruken. Kena FRIENDZONE.
"Nak tak, Fie?" Tanya Naufal. Aku punyalah layan sendu sampai tak dengar apa yang Naufal tanya.
"Sendu do hidup aku."
"Fie, jangan nak daydream boleh tak?" Sindir Khairil.
"Eh, ye?"
"Jom date dengan aku." Kata Naufal lagi. Kali ini, dia siap cakap satu-satu perkataan tu.
"Er, bolehlah," jawabku dengan penuh ayu-tak aku tipu.
"Esok. Pukul 8 pagi dekat sekolah." Kata Naufal sebelum berlalu pergi.
"Esok? Bukan ada latihan nyanyi ke?"
"Eh, Naufal penipu!!!!" Jeritku.
"Aku malu, Fie." Kata Khairil.
Aku pandang sekeliling. Oh, kenapa aku lupa aku dekat kantin sekarang ni? Mengapa ya?
"Eh, apa pandang-pandang? Aku jerit Naufal ada kutu jer. Ha, kau makan sana!" Terus sahaja aku berlari ke arah kelas. Malu weyh!!!!
"Kenapa dengan Fie?" Tanya Adam.
"Aku syak semalam dia wrestling dengan abang dia. Tu yang dua-dua pelik semacam tu. Ah, dari fikir dia apa kata kita beli karipap." Kata Khairil malas.
"Eh, belum rehat!" Jerit Adam.
Tbc..
Ad org rndu aq ke?
YOU ARE READING
Awak Sayang Saya Tak? (✔️)
AcakAlam persekolahan sememangnya mempunyai pelbagai kenangan dan cerita. Ada yang diam-diam mempunyai crush, ada yang sudah pandai bercinta pada usia muda dan ada juga yang jatuh cinta pada senior. Ini aku, Safieyatul Hawaniez. Ya, aku sama sepert...