Sudah enam bulan aku berada di kolej ini. Enam bulan juga aku tidak bertegur dengan Naufal. Enam bulan juga hidup aku tak tenteram. Kalau kau semua terfikirkan Dayana. Ya, seratus markah untuk kau orang.
Setiap hari ada sahaja yang dia mahu dengkikan. Aku ni dah macam pelajar sekolah menengah tau tak. Dibuli macam apa je. Naufal? Oh, buat apa dia nak back up aku? Dia sendiri menyebelahi Dayana. Tunang, kan? Taulah aku itu.
"Fie, okay tak? Nak Husna tuamkan lebam dekat lengan tu?" tanya Husna. Aku menggeleng perlahan.
"Tak apa. Sikit je ni. Nanti dia baik sendiri lah." ujarku. Lengan yang membiru aku usap perlahan. Hasil daripada pelanggaran lengan aku dengan bucu meja kafeteria dengan momentum yang sangat kuat kerana daya yang dipindahkan dari tubuh Dayana---er, tu Fizik kan?
"Fie ada kelas malam, kan?" tanya Husna. Aku mengangguk sedikit.
"Hati-hati tau. Husna nak siapkan assignment yang menggunung tu." ujar Husna dengan nada yang berseloroh. Aku tergelak kecil dan menunjukkan isyarat 'okay' kepadanya.
Beg sandang dan beberapa buah buku aku ambil. Kaki aku atur keluar daripada perkarangan bangunan Angsana G lalu menuju ke arah perhentian bas yang berada di hadapan Angsana G.
Ting!
Mesej yang baru sahaja aku dapat aku hanya baca tanpa membalas.
-How long?
-For a thousand year?
-Answer me, Safieyatul Hawaniez.
-For how long?Aku hanya terus membaca tanpa keinginan untuk membalas. Ya, untuk selama-lamanya. Getus hati aku. Aku bukan tak bersyukur dengan apa yang dia buat. Dia yang tanggung semua yuran aku. Tapi,.... Kenapa waktu aku mengadu perilaku Dayana terhadap aku dia cuma... Dia cuma diam dan tak ambil apa-apa tindakan? Dalan diam, air mata mula membasahi pipi.
Telefon aku bergetar menandakan ada panggilan yang masuk. Aku ketap bibir tatkala ternampak nama Naufal pada skrin telefon. Aku menghela nafas berat sebelum ikon hijau aku seret ke tepi.
"Awak nak apa?" tanyaku malas. Sedaya upaya aku tahan suara sebak aku. Buku aku rapatkan ke dada.
"Sampai bila kau nak macam ni? Sampai kau mati? Sampai kau habis belajar?" tanya Naufal bertubi-tubi.
"Saya tak faham maksud awak."
"Fie! Sampai bila kau tak nak bertegur dengan aku?! Ha?!" herdik Naufal. Tanpa dipinta, air mata aku mengalir semakin laju. Kini, mood kelas malam aku mati begitu sahaja.
"Bila pulak saya tak bertegur dengan awak?" tanyaku. Bibir aku ketap sekuat hati. Tidak mahu esakan kedengaran.
"For fxcking goodness sake, Fie! Kau tak sayang aku? Kalau kau tak sayang--"
"Saya sayang awak! Saya sayang awak sangat-sangat! Tapi... Awak... Awak lebihkan Dayana. Saya tahu dia tunang awak... Tapi, mana janji awak? Awak kata awak nak betulkan keadaan. Mana?" kini aku hampir separuh meraung nasiblah tiada siapa di perhentian bas. Mungkin kelas malam dibatalkan hari ni. Selalunya mesti aku akan berjumpa dengan Adibah, budak satu course dengan aku. Tapi, tak ada pulak.
"Fie, aku--"
"Nau..Naufal, kalau awak tak mampu sayangkan saya lagi. Lepaskanlah saya." aku menunduk. Memandang lantai simen.
"Fie, aku mintak maaf--"
"Esok sa..saya akan hantar surat berhenti belajar dekat pihak atasan. Ja...jangan cari saya lagi. Lupakan saya." tangisku.
"Fie, jangan tinggalkan aku lagi, sayang. Aku mohon. Ya, aku bersalah. Tapi, jangan hukum aku macam ni. Aku terlalu sayangkan kau."
Terus sahaja aku tamatkan panggilan. Bibir aku ketap sekuat hati. Sakitnya, ya Allah. Aku tahu aku masih mentah. Masih terlalu awal. Tapi, takkan semudah itu hati aku dihancurkan?
Naufal, jujur aku sayang dia. Tapi, kenapa ini yang aku dapat? Saat aku mula sayang dan cintakan dia, realiti menghentak aku. Dia dah bertunang. Ibu bapa dia dah restu pertunangan dia. Kau hadir dalam hidup dia untuk jadi apa? Perampas? Isteri ke dua? Sedarlah Fie.. Kau dengan Dayana bagai langit dengan bumi. Bagai pipit dengan enggang dan kau takkan setaraf dengan Naufal. Sedarlah, Fie.
Langkah yang longlai aku atur masuk ke dalam perkarangan bangunan Angsana G. Malam ni, aku kena siapkan surat berhenti belajar. Aku kena tinggalkan tempat ni. Tinggalkan Husna dan kawan serumah aku. Tinggalkan Naufal...
***
"Fie dah hantar surat? Mana beg? Sini, abang masukkan dalam kereta."
Bagasi dan beberapa buah beg aku hulurkan pada Abang Idyan. Dengan rela hati dia memasukkan barang-barang aku ke dalam keretanya. Aku hanya merenung bangunan Angsana G di hadapan aku. Husna...
"Fie!" jerit seseorang. Pantas aku menoleh ke arah housemate aku yang sedang berlari ke arah aku.
Wajah Husna yang dibasahi air mata aku pandang sayu.
"Kenapa nak tinggalkan kami, Fie? Kenapa?" tanya Husna dalam tangisan. Tubuh aku dipeluk erat.
"Aku terpaksa.." jawabku. Naurah, Aisyah dan Aleeya memeluk aku dengan Husna.
"Jangan tinggalkan kami, Fie. Kami sayang kau." ujar Naurah. Aleeya dan Aisyah pula hanya mampu menangis. Qhairisyah hanya memeluk tubuh sebelum kepala aku diketuk dengan buku perakaunannya.
"Sanggup kau buat kita orang macam ni? Pergi tak bagitahu? Nasib Adibah bagitahu. Kalau tak, sampai esok pun kita orang tak tahu!" marah Qhairisyah.
"Aku minta maaf, Qhai." ujarku. Aisyah, Aleeya, Naurah dan Husna melepaskan tubuh aku sebelum Qhai memeluk tubuh aku dengan erat.
"Aku doakan kau sentiasa bahagia, Fie. Walaupun kita baru berkenalan, tapi aku sayang kau sangat-sangat. Take care."
Aku tayang senyum tatkala Qhai melepaskan tubuh aku. Aku janji, aku takkan lupakan kau orang. Sebab bagi aku, kau orang penting dalam hidup aku macam mana pentingnya geng sekolah menengah aku yang dulu.
***
Aku hempaskan tubuh ke atas katil yang aku rindui. Ah, leganya bila dapat rebahkan badan atas tilam kesayangan. Rasa macam tak nak bangun dah! Kepala tikus kesayangan aku, aku peluk erat. Rindu woo! Dulu terlupa nak angkut dia sekali. Ah, kemas je bilik aku. Mesti Ibu bersihkan.
"Ha, anak dara. Bangun. Kau jangan nak melepak je. Pergi masak sana!" ujar Syafiq. Aku pandang figura dirinya yang berada di muka pintu. Baru balik class lah tu.
Aku tenung lama figura tersebut sebelum aku berlari ke arahnya. Tubuhnya aku peluk erat. Segala tangisan aku hambur di dadanya.
"Fie, kau kenapa ni?" tanya Syafiq. Dia kelihatan agak gelisah. Aku ada salah cakap ke? Getus hatinya. Namun, kepala adiknya yang berlapik tudung bawal hitam itu diusap lembut. Pelukan adiknya dibalas.
"Dia tak sayang aku.." tangisku. Aku tahu Syafiq tidak berapa nak dengar sangat. Tapi, aku tak kesah!
"Naufal?" tanya Syafiq.
Tangisan aku makin menjadi-menjadi tatkala Syafiq menyebut Nama Naufal. Semakin erat aku peluk tubuhnya.
"It's okay to cry. Aku ada."
Dengan itu, tubuh aku melemah di dalam pelukannya. Tangisan aku hambur di dadanya.
Maaf kalau terlalu awl. Author nk hbiskan awl. Next chap, kemunculan rival lama Naufal.
Agak2 siapa? Ngeeeee.....
YOU ARE READING
Awak Sayang Saya Tak? (✔️)
Ngẫu nhiênAlam persekolahan sememangnya mempunyai pelbagai kenangan dan cerita. Ada yang diam-diam mempunyai crush, ada yang sudah pandai bercinta pada usia muda dan ada juga yang jatuh cinta pada senior. Ini aku, Safieyatul Hawaniez. Ya, aku sama sepert...