Bab 14

133 8 0
                                    

    Sejak kejadian Naufal cium aku dekat perhentian bas, aku jadi takut untuk berjalan seorang diri lagi di sekolah. Walaupun ke tandas, aku sanggup ajak Fiesyah temankan.

"Abang Naufal yang pengawas tu dah tunang ke?"

"Awalnya! Baru 16 tahun!"

"Biasalah kau ni... Anak orang kaya, kan. Hidup semua kena atur."

"Siapa bakal isteri dia?"

"Akak form 3 tu. Dayana namanya."

"Ah, sepadan gila!"

"Fie, dah siap?" tanya Fiesyah. Aku memgangguk.

    Kain renda berwarna biru yang sudah aku jahit dengan labuci, aku letakkan ke atas meja. Hari Jumaat nanti, sekolah aku akan adakan Sukan Tahunan Sekolah. Jadi, aku dan Fiesyah sebagai ahli rumah biru, kami berdua kena in charge sebagai ajk keceriaan khemah.

    Aku pandang ke luar tingkap. Perbualan junior aku masih lagi terngiang-ngiang. Bertunang dengan Dayana? Aku tak kesah. Cuma,..... Aku kecewa? Maybe...

"Fie, cadangkan kita orang nak buat persembahan apa waktu perbarisan nanti?" tanya Izwan. Kawan baik sampai mati si Naufal.

"Tema Frozen, kan? Why not kalau buat scene yang Elsa nyanyi lagu Let It Go tu. Kalau nak snow boleh je beli snow spray. Murah." ujarku. Izwan mengangguk dan mencatat sesuatu di atas kertas.

"Costume siapa buat?" tanya Izwan. Aku tuding jari ke arah senior kami yang sibuk memjahit costume untuk ahli perbarisan.

"Kak Ya buat, Izwan nak apa?" tanya Kak Ya atau nama sebenarnya. Aliyah Maisarah. Cantik dan baik orangnya.

"Ah, nak suruh akak tambah something dekat mascot kita." ujar Izwan.

    Tiba-tiba pintu bilik rumah biru diketuk dari luar sebelum dikuak dari luar.

"Iz ak--"

    Aku bangun dari dudukku dan berjalan ke bahagian belakang bilik. Buat-buat sibuk. Aku tahu dia masuk ke dalam bilik ni. Mesti dia bosan tak buat apa-apa dalam kelas memandangkan kebanyakkan pelajar sibuk dengan persiapan Sukan Tahunan Sekolah. Dalam kelas tinggal seketul dua sahaja.

"Fal, amibilkan benang biru dekat belakang tu!" jerit Izwan sebelum sekujur tubuh berjalan ke arah aku.

    Tiba-tiba kedua-dua tangannya jatuh pada meja di hadapan aku. Tubuhnya ditundukkan memyamai ketinggian aku sebelum dia berbisik halus.

"I love you." usai sahaja dia mengucapkan ayat itu, dia mencapai benang biru di hadapan aku dan berjalan menjauhi aku. Pipi aku? Sudah membahang habis. Bukan kerana aku suka tapi kerana kejadian haritu.

    Entah kenapa aku rasa Naufal makin gila. Dulu dia tak macam ni. Pandang aku pun tak. Nak bercakap baik-baik dengan aku jauhlah. Kenapa sekarang dia macam ni? Macam orang angau. Macam psiko pun ada.

"Fie, I think kau kena jauhkan diri daripada Naufal lah. Aku tengok macam sesuatu je dia ni." ujar Fiesyah. Dia yang baru sahaja berada di sebelah aku mencapai beberapa gulung riben untuk disimpan.

"Aku tengah cuba lah ni." ujarku. Aku kerling ke arah Naufal yang sedang memandang ke arah kami berdua. Terus sahaja aku paling ke arah lain.

"Macam psiko pun ada. Seram betul!" ujar Fiesyah dalam keadaan berbisik. Aku hanya mengangguk.

"Fie, pergi dekat meja Cikgu Latifah, ambilkan glitter."

    Aku mengangguk dan menurut arahan Kak Ya.

"Fiesyah, ikut aku jom."

"Eh, Fiesyah tolong akak." ujar Kak Ya. Aku memuncung manakala Fiesyah hanya tergelak kecil.

    Pintu bilik aku kuak sebelum langkah kaki aku atur ke arah bilik guru.

    Tiba-tiba sahaja tangan aku direntap lembut. Pantas aku menoleh. Naufal!

"Le..lepas!" ujarku dalam suara separa berbisik. Naufal tidak mengendahkan rontaan aku, tangannya masih menggenggam lengan aku yang berlapikkan baju sukan.

"Aw..awak nak apa lagi?!" tanyaku. Kini suara aku meninggi. Sumpah psiko!

"Shh..." ujarnya.

    Aku palingkan muka ke arah lain. Adrenalin aku meningkat secara tiba-tiba. Aku rasa panik dan takut. Dia nampak lain.

"Naufal Hakimi!" jerit seseorang. Automatik lengan aku dilepaskan. Dia menoleh ke arah suara tersebut. Dayana! Bagus!

    Dengan peluang yang ada, aku berjalan laju ke arah bilik guru. Sempat juga aku menoleh namun aku menyesal tatkala anak mata hazel lelaki itu tajam menikam anak mata aku.

    Tanpa membuang masa aku berlalu pergi dari situ.

***

    Aku tersenyum memandang gelagat Fiesyah dan Daniel yang asyik bergaduh. Apa yang mereka gaduhkan? Entahlah. Aku malas nak ambil tahu.

Pin! Pin!

    Aku memandang ke arah Range Rover berwarna hitam metalik di hadapan aku. Macam kenal. Ni bukan kereta Along ke? Jangan cakap yang--

"Dik, kau tak nak balik ke?" tanya seseorang yang baru sahaja keluar dari Range Rover hitam tadi.

"A..along."

     Along atau nama betulnya, Idyan Harraz adalah abang aku yang sulung. Dia bekerja sebagai seorang doktor pakar dekat hospital swasta. Dan... Dia ialah seketul manusia yang aku paling gerun. Garang? Dah boleh dah cop dia singa jantan.

"Apa? Cepat naik. Along nak singgah supermarket nanti. Ibu suruh beli barang." ujarnya. Aku mengangguk dan berjalan ke arah kereta mewah milik Along.

    Fiesyah dan Daniel aku abaikan begitu sahaja. Terkejut gila. Rasa nak pengsan nampak muka Along.

Awak Sayang Saya Tak? (✔️)Where stories live. Discover now