Bab 47

131 9 0
                                    

    Gitar milik Syafiq yang berada di atas gazebo, aku ambil. Chord lagu Imagination nyanyian Shawn Mendes, aku petik pada string gitar.

Am F C G

    Sambil memetik gitar, bibir aku menggumam lagu ciptaan kekasih Camila Cabello itu. Walaupun aku tak berapa nak merestui hubungan dia orang, ada nampak aku kesah? Shawn Mendes tetap suami dalam mimpi aku selepas J-Hope ehek.

"Fie pendek!" jerit Syafiq dari pintu. Aku yang sedang memetik gitar terhenti. Spoiler lah abang aku ni. Gitarnya aku letakkan ke tepi sebelum turun dari gazebo mini yang berada di tepi kolam ikan koi Ayah.

"Nak apa?" tanyaku tatkala berada di hadapan Syafiq. Dia tersengih jahat.

"Amik penyapu ni, penyodok ni jugak dengan plastik sampah ni. Pergi sapu halaman rumah. Terima kasih ya, adik mithali."

    Ternganga aku dibuatnya. Kurang asam jawa Adabi betullah abang aku ni! Ni mesti Ibu suruh dia tapi dia suruh aku pulak!

"Ibu suruh kau buat, kan?" tanyaku. Aku menjengil ke arahnya. Syafiq mencerlung ke arah aku.

"Haah. Tapi, aku lelaki. Ni kan kerja perempuan. Tak swag lah kalau lelaki buat."

    Aku mencekak pinggang. Apa masalah dia ni?

"Aku tak nak!"

"Buat!"

"Tak nak!"

"Buat!"

"Tak---nak!!! Sakitlah!!" ikatan ponytail aku ditarik kuat ke arahnya. Rambut aku!!!

"Bu---Fie, siapa bagi kau kebenaran gigit lengan aku!" jerit Syafiq pula. Nak bergusti sangat, kan? Meh, sini! Meh aku lunyaikan dia!

"Astaghfirullahaladzim!!!!"

    Serentak kami menoleh ke arah wajah Abang Idyan yang sedang mencekak pinggang. Aku telan liur perit. Ab..abang Idyan...

"Kau orang buat apa ni?" tanya Abang Idyan. Nampak baik, tapi... Singa dia dah mai..

"Dua-dua pergi bersihkan semua tandas dekat rumah ni! Now!" herdik Abang Idyan. Dengan pantas Syafiq melepaskan rambut aku. Terus sahaja dia berlari ke tingkat dua.

"Kau, tunggu apa lagi?!"

"Ibu!!!!!!" jeritku lantang. Terus sahaja aku berlari ke arah dapur.

"Ada singa!!" sambungku lagi.

"Saffiyatul pendek!!" jerit Abang Idyan dari belakang. Huwa, aku kena kejar dengan singa!

***

    Aku memegang bahagian perut yang terasa senak. Jahat punya Abang Idyan. Sekali dia bantai geletek aku. Aku dah lah sensitif orangnya! Rambut yang mengerbang gaya watak Mak Limah dalam filem Mak Limah Balik Rumah tersebut, aku selitkan ke belakang telinga. Nakharom penat dia. Rasa nak tercabut vertebra serviks dengan toraks aku. Phew!

    Aku lentokkan kepala ke arah bahu Abang Idyan yang enak mencekik keropok udang lepas 'belasah' aku tadi. Keropok udang di tangannya aku ambil sedikit sebelum aku masukkan ke dalam mulut.

"Aik, tak siap lagi?"

    Aku menoleh ke arah Ayah yang segak berbaju melayu ungu. Eh... Raya lambat lagi. Nak solat Jumaat ke? Tapi, hari ni hari Ahad. Ke, nak pergi kenduri? Tak pun...... AYAH NAK KAHWIN LAGI SATU?!

Awak Sayang Saya Tak? (✔️)Where stories live. Discover now