Aku tatap skrin Iphone 6s aku. Lama sebelum tubir mata aku terasa panas. Air mata yang mengalir aku lap menggunakan telinga Hobie kepala tikus yang dihadiakan oleh Fiesyah.
Aku baling telefon ke ruang kosong di sebelah aku. Aku bangun dan duduk di birai katil sebelum kaki aku atur ke arah meja belajar aku. Laptop berjenama Acer aku on kan sebelum laman blog aku buka.
Jari jemari aku lincah menari di atas papan kekunci tadi. Air mata masih lagi mengalir. Laju daripada tadi.
Hey, Lolly-lolly mango sekalian...
Sekarang aku faham. Menyukai sesuatu tak bermaksud kau memiliki. Baru berumur 14 tahun, aku dah pandai menangis untuk lelaki. Oh, Fiefot. Kau tak sedar ke yang itu cuma interest? Kau sukakan dia sebab apa? Sebab dia kacak? Sebab style dia ada K-pop sikit? Nampak tak kau hanya suka dia? Kau minat dia? Jadi, buat apa aku menangis? Menangis macam orang gila?Haih, aku patut layan funny moments BTS lepas ni. 인영!!!^o^
Aku menghela nafas. Air mata aku lap kasar. Pipi aku kembungkan sebelum Iphone kesayanganku, aku ambil semula. Aku log out akaun Instagram aku. Sim card pula aku cabut dan aku letakkan ke dalam laci meja light stand.
Aku sukakan Naufal. Sangat sukakan dia. Tapi, dia ada Dayana. Ah, tak apalah.
***
Aku sembam muka pada meja. Tangan kanan aku memegang pensel manakala fikiran aku merawang. Fiesyah yang memanggil nama aku, aku abaikan. Aku tak broken cuma aku nak belajar redha dan sedar diri.
"Fie sakit kot." ujar Arsyad. Sekarang waktu agama. Kelas aku dan kelas Arsyad akan bergabung sebab kelas kami kongsi ustaz yang sama.
"Nak aku pangil abang kau?" tanya Fiesyah. Aku diam sebelum angkat kepala. Terkejut monkey aku dibuatnya tatkala meja aku sudah dipenuhi dengan makhluk-makhluk kesayangan aku. Semuanya risau.
"Aku okay cuma nak rehat je." ujarku. Fiesyah dan yang lain-lain mengangguk dan kembali ke tempat duduk masing-masing.
Budak lelaki pula masuk ke dalam stor kelas. Buat apa lagi kalau tak mengunyit? Tak habis-habis. Terpekik terlolong macam tak ada iman. Padahal kelas agama tu. Depan ustaz, acah beriman budak-budak ni. Ustaz tak ada terjerit-jerit dalam stor tu. Bengong.
"Ni mesti Naufal, kan?" tanya Fiesyah. Aku angguk. Irene yang mulanya sedang berbual bersama Hana dan Nayli menghampiri kami berdua.
Syazrina yang sedang memadam papan putih berlari ke arah aku sebelum melabuhkan punggung di sebelah aku.
"Aku pun tengok post dia semalam." ujar Nayli. Dia mengubah tempat ke belakang aku dan memeluk tubuh aku erat.
"Lelaki jenis apa dia tu? Ber sayang-sayang dengan kau macam perkara normal. Kononnya caring, apa semua fakehope?" bebel Syazrina. Hana yang sememangnya kaki mencarut menarik nafas dalam.
"Aku kalau ikutkan hati dah lama aku pijak-pijak dia tau! Bodoh, punya jantan!" carut Hana. Nayli disebelah menjentik dahi Hana.
"Eh, Wardah! Sini!" panggil Hana. Wardah yang baru sahaja ingin duduk di tempatnya, bangun dan berjalan ke arah kami dengan muka sombongnya.
"Sharifah NurWardah. Aku rasa kau tau sebab apa kakak kau couple dengan Naufal." sindir Hana.
"Then? Ada masalah ke kalau aku tau? Huh, dasar otak sempit! Tak matang! Childish! Lagi-lagi si Fie tu!" kutuk Wardah. Aku raup muka. Si Wardah tu boleh pulak lawan cakap Hana.
"Eh, betina ni!"
"Hana, sabar." Nayli menarik tubuh Hana sebelum belakang badan Hana diusap.
"Biarlah dia orang. Kalau Naufal putus dengan Dayana, aku pun bukan boleh couple dengan dia. Benda tu kan haram. Berdosa." ujarku hambar. Menyukai itu fitrah manusia dan aku tak boleh tipu yang aku sukakan Naufal.
"Aih, kawan aku kuatlah!" terus sahaja Fiesyah peluk tubuh aku. Air mata aku pula menggedik mahu mengalir. Sengaja nak aku nampak cengeng.
Tanpa aku sedar, Naufal memerhatikan drama sebabak depan mata dia.
"I wish I could hug you and comfort you like others do. But, I can't because I'm the reason why you are you crying."
Tbc...
YOU ARE READING
Awak Sayang Saya Tak? (✔️)
De TodoAlam persekolahan sememangnya mempunyai pelbagai kenangan dan cerita. Ada yang diam-diam mempunyai crush, ada yang sudah pandai bercinta pada usia muda dan ada juga yang jatuh cinta pada senior. Ini aku, Safieyatul Hawaniez. Ya, aku sama sepert...