Tiga bulan kemudian...
Sudah tiga bulan aku dekat universiti ni. Alhamdulillah. Semuanya okay. Tak ada yang tak okay. Syafiq pun jaga aku dengan baik. Kalau aku tak sihat, beria dia ajak aku pergi klinik. Baru aku tahu, Syafiq tinggal sorang dekat rumah sewa dia. Fuh, berani gila. Aku yang baru tiga bulan tu macam-macam benda jadi. Ada orang ketuk tingkap pukul 12 malam lah. Ada dengar bunyi barang jatuh lah. Tapi, Syafiq kata dia dah biasa. Bak kata Syafiq.
"Kita tak kacau dia, dia tak kacau kita. Dia nak uji kita je tu. Kau abaikan. Kalai takut sangat ke melampau ke.. Kau baca je ayat Kursi dengan surah-surah yang kau ingat. Insyaallah hilang lah tu. Tapi, kau jangan risau. Selagi iman dan pegangan agama kita kuat, tak ada maknanya dia boleh apa-apakan kita."
Ha, itu dia daripada Ustaz Syafiq Harraz. Dia tu nampak je macam muka-muka mak rempit tapi pegangan agama dia lagi mantap daripada aku dengan Abang Idyan sebab dia budak lepasan tahfiz daripada darjah satu sampai tingkatan 2. Jadi, tak heranlah kalau muka dia je jadi imam waktu Subuh. Suara dia bila mengaji pun merdu je. Eh, terlebih puji abang sendiri.
"Awak, termenung apa tu?" tegur Reyhana. Kawan sekuliah aku. Manis je dia ni. Bila tengok dia, teringat dekat kawan-kawan lama aku dekat kolej. Walaupun tak sampai setahun, aku dah anggap dia orang macam keluarga aku sendiri dah. Husna, Aisyah, Aleeya, Naurah dengan Qhairisyah. Semuanya aku rindu lagi-lagi Husna. Hm, apa khabar dia orang? Habis class ni aku nak video call lah.
"Ha, tengok tu. Asyik termenung je Fieya ni." ujar Reyhana lagi. Aku tergelak kecil. Teringat Kak Huda. Apa jantina anak dia eak?
"Takde apa lah, Rey. Fieya teringatkan kawan-kawan Fieya dekat KL je." terangku. Reyhana tersenyum senget.
"Kawan-kawan ke buah hati Fieya?" usik Reyhana. Terbatuk kecil aku dibuatnya.
"Apa Rey ni. Fieya mana ada buah hati. Suka-suka je buat cerita." ujarku geram. Pipi yang membahang akh tekup menggunakan tangan. Aku jeling ke arah meja sebelah. Syukur, dia orang tengah fokus menjamu selera.
"Eleh, macam Rey tak tahu. Fikir Rey lupalah tu dekat mamat yang pernah tunggu Fieya dekat depan pagar tu." usik Reyhana lagi. Wah, psikik betul dia ni.
"Ma..mana ada. Itu kawan Fieya je lah." ujarku dengan nada yang dibuat-buat tenang. Janganlah ada orang dengar. Mati aku.
"Yeke kawan? Bukan main bahagia lagi Rey nampak dia senyum." makin menjadi-jadi Reyhana Batrisyah ni kan?
"Rey dia tu cu---"
"Borak apa tu?"
"Ha, Rayyan. Fikir dah lupa."
Jejaka yang bernama Rayyan itu dengan senang hati melabuhkan punggungnya di sebelah aku. Wah, cari pasal. Buku-buku akaunnya diletakkan ke atas meja dengan segelas jus tembikai yang dia beli di kaunter.
"Gadis-gadis tak makan?" tanya Rayyan. Aku dan Reyhana serentak menggeleng.
"Nak study. Lagipun tak lapar sangat." jawabku. Rayyan mengangguk-angguk.
"Tadi Rayyan ada dengar pasal Fieya dengan buah hati Fieya. Apa cerita?" tanya Rayyan. Aku yang sedang menyedut air sirap ais tersedak kecil.
"Fieya okay?" tanya Rayyan. Risau pulak dia. Tiba-tiba je tersedak.
"Tak ada apa lah. Rey ni suka buat cerita." ujarku geram. Mata aku jengilkan ke arah Reyhana.
"Oh. Hah! Rayyan ada satu berita hangat ni!"
"Apa?" tanya aku dan Reyhana serentak.
"Anak Syed Iskandar dah keluar daripada pusat pemulihan akhlak." cerita Rayyan. Aku jungkit kening. Anak Syed mana ni?
"Juvana maksud Rayyan?" tanya Reyhana. Rayyan mengangguk laju. Dah macam burung belatuk dah.
"Atas kes apa?" tanyaku.
"Atas kes akhlak. Dengar cerita dia kena buang sekolah sebab ada niat tak baik dekat sorang junior ni." jawab Rayyan. Entah kenapa hati aku mula rasa tak sedap.
"Niat apa?" tanya Reyhana. Dia bagaikan tertarik dengan kisah anak Syed mana entah tu.
"Merogol." jawab Rayyan. Terbatuk aku dibuatnya. Serta merta jantung aku berdegup kencang tatkala terdengar perkataan tersebut.
"Fieya okay?" tanya Reyhana. Aku hanya mengangguk dan sambung menulis pada buku nota. Sebenarnya aku acah sahaja.
"Siapa nama dia?" tanya Reyhana. Rayyan berdehem sedikit sebelum merapatkan dirinya pada meja sedikit.
"Syed Adrian Raisy."
Ddupp!
Jantung aku bagaikan terhenti. Syed Adrian Raisy Syed Iskandar? Ab..abang Dayana? Lelaki yang cuba merosakkan maruah aku?
"Nama sedap. Tapi akhlak kelaut. Kesian betul junior tu. Mesti sampai sekarang dia masih trauma kan?" tanya Reyhana pada Rayyan. Aku hanha terdengar Rayyan menggumam sahaja.
Ya, sampai sekarang junior tu masih trauma. Dua pelaku yang berbeza tetapi atas arahan orang yang sama. Sharifah NurDayana. Aku ketap bibir. Menahan diri daripada mengingati semula memori hitam tersebut.
"Rey, Rayyan. Fieya, balik dulu tau. Abang Fieya mesti tengah tunggu Fieya." pamitku. Alat-alat tulis dan buku-buku aku kemas dan aku masukkan ke dalam beg.
"Okay, Fieya."
"Assalamualaikum." ucapku sebelum berlalu menjauhi mereka berdua.
Kaki aku atur ke arah pondok bas di hadapan universiti. Menunggu Syafiq. Sepatutnya, memang dia dah sampai sebab dia tak ada class hari ni. Tapi, batang hidung pun tak nampak. Mesti tidur ni.
YOU ARE READING
Awak Sayang Saya Tak? (✔️)
SonstigesAlam persekolahan sememangnya mempunyai pelbagai kenangan dan cerita. Ada yang diam-diam mempunyai crush, ada yang sudah pandai bercinta pada usia muda dan ada juga yang jatuh cinta pada senior. Ini aku, Safieyatul Hawaniez. Ya, aku sama sepert...