Mata masih lagi leka memandang Naufal memetik gitar. Dia nampak hot.
"Woi, Tengku." Panggil seseorang. Aku mengalihkan pandangan ke arah pintu bilik muzik.
"Yo!"
Siapa?
Aku hanya bermain dengan tali beg sementara Naufal dan dua orang rakannya sedang berbual.
"Fie, kenal kan ni Syed Adrian Raisy." Kata Naufal. Lelaki tersebut tersenyum manis ke arah aku.
"Ini Fie. Budak yang akan duet dengan aku nanti." Kata Naufal.
"Panggil aku Ian. Raisy. Suka hati kau." Kata Ian.
"Ah, ni yang aku tak suka. Asal kau jer yang mencuri perhatian." Ujar Izwan. Dia menghentak kaki. Apa?
"Fie, jangan rapat sangat dengan si Ian ni. Buaya darat." Perli Izwan. Aku tergelak. Percaya jugak sebab dia ada rupa. Bergaya. Kaya? Macam ya.
"O.. Ok." Ujarku kekok. Ian memandang Izwan dengan pandangan membunuh.
"Okay, aku cadang nak suruh kau ajak adik kau sekali untuk masuk drama yang cikgu suruh kita orang buat." Kata Naufal. Tangannya masih sibuk mencari not yang sesuai pada gitar. Nampak charming. Gila.
"Dayana?" Tanya Ian. Naufal mengangguk.
"Yelah. Takkan si Wardah pulak," jawab Naufal.
"Kenapa dengan Wardah?" Tanya Ian. Nada suaranya agak kasar sedikit.
"She can't. Dia ada pertandingan mengarang novel, kan?" Ujar Naufal. Ian berdehem.
"Ok. Nanti aku ajak Dayana. Fal, kau jangan layan Dayana beku sangat," ujar Ian. Dia mengambil tempat di sebelah Naufal.
"Tengoklah. Kau pun kenal aku macam mana." Kata Naufal sebelum dia bangun dan berjalan ke arah aku.
"Jom," arah Naufal. Aku terpinga.
"Pergi mana?" Tanyaku pelik.
"Makan. Aku lapar," ujar Naufal. Aku menggaru kepala yang dilapisi tudung bawal crepe.
"Jom, sayang."
Membuntang mata aku. Sayang?! Aku dipanggil 'sayang' oleh seketul crush!?!?!
"Dengan budak ni kau lain, kan?" Perli Ian. Weyh, aku bau pergaduhan weyh.
"Dah lah, guys. Fal, kau pergi sekarang. Ian, kau ikut aku." Kata Izwan. Dia yang sedang duduk di atas bean bag bangun dan menarik tangan Ian.
Aku pandang Naufal. Dia mengeluh kecil.
"Er.. Jom?" Ajak ku. Kekok, weyh.
"Jom. Kau pergi dulu. Aku nak simpan gitar sekejap." Kata Naufal. Aku angguk perlahan sebelum keluar daripada bilik muzik.
Siapa Ian? Siapa Ian pada Naufal? Dayana. Dia bukan senior aku setahun ke? Budak form 3, kan? Sharifah Nurdayana, kan?
Bukk!
"Maaf!" Jeritku. Aiman tersengih.
"Tak apa. Fie buat apa kat sini?" Tanya Aiman ramah. Aku berdehem.
"Ada latihan---"
"Sayang, buat apa kat sini? Saya kan suruh awak tunggu kat kereta. Jom." Aku terkedu. Lengan baju yang ditarik Naufal aku pandang lama. Fish?
"Jangan layan dia sangat, boleh tak?" Ujar Naufal. Aku menggaru kepala. Dah macam ada kutu dah.
"Kenapa? Awak cemburu?" Perliku. Happy lah aku kalau dia kata cemburu. Mimpilah kau, Fie.
"Haah. Aku cemburu,"
Wutda?! Fish?!
***
Aku jeling abang aku yang sedang leka mencekik roti canai dengan teh tarik.
"Kau jahat!" Ujarku geram. Dia tergelak besar sampai mamak tebar roti canai tu tayang muka macam nak baling doh roti sebesar penumbuk tu dekat abang aku. Bagus. Baling jer bagi skru kat otak dia ni okay balik.
"Sedap kau makan sorang-sorang. Dah lah tak bagi aku duit! Kebulur ni ha!" Kataku geram. Beg sandang aku campak ke arah dia sebelum aku melabuhkan punggung di sebelah abang aku.
"Meh abang kau suap meh,"
"Gi mati kau sana." Kataku geram. Dia ketawa lagi. Kali ni muka mamak tebar roti canai tu macam nak baling abang aku dengan kuali leper dia. Baling jer.
"Fie, sorry aku lam---"
"Pakwe ke, dik?" Sakat abang aku.
"Kau tu muka dah sakai cuba elok sikit perangai jangan sakai sekali!" Kataku geram. Naufal ketawa kekok.
"Ni abang saya. Syafiq Harraz acah handsome tak guna jer budak ni." Ujarku. Aku tersenyum menang.
"Nauf---"
"Tak payah nak intro. Aku dah lama kenal kau, budak. HAHAHAHHA. Rasa senior gila." Ujar abang aku. Dia ni ada terhentak kat mana-mana ke?
"Iz mana?" Tanyaku bila aku langsung tak nampak batang hidup kawan baik sehidup semati sejantung sehati sejiwa Naufal.
"Dia balik. Hantar Ian." Kata Naufal. Dia nampak kekok. Apa 'Tengku' tak pernah makan ke kat mamak?
"Kau kenapa, budak?" Tanya abang aku. Pengotor do lap mulut kat lengan baju aku. Pe masalah budak ni?!
"Tak, aku cuma kekok sikit. Ha. Ha. Ha."
"Taulah muka aku macam Lee Minho. Jangan nervous sangat dengan bakal abang ipar. Ni baru abang ipar. Belum bakal mak bapak mertua kau lagi." Kata abang aku. Dah mulalah nak tunjuk bodoh dia ni.
"Sah kau gila," ujarku. Dia jeling aku. Aku jeling dia. Ni Fie, okay!
"Kalau macam tu malulah aku nak jumpa bakal mak ayah mertua aku," ujar Naufal.
Duh? Dia cuba layan lawak hambar abang aku? Gila?
Tbc...
Kau telah dikaburi dengan segala budi dan janji-----
Maaf ank2 sis trbwe2 ehek. Pape pn. Naufal dh hbis brkhemah dgn Dede ank Bahenol tu. Ha. Pe aq merepek ni?
Enjoylh ank2
![](https://img.wattpad.com/cover/163461984-288-k615433.jpg)
YOU ARE READING
Awak Sayang Saya Tak? (✔️)
RandomAlam persekolahan sememangnya mempunyai pelbagai kenangan dan cerita. Ada yang diam-diam mempunyai crush, ada yang sudah pandai bercinta pada usia muda dan ada juga yang jatuh cinta pada senior. Ini aku, Safieyatul Hawaniez. Ya, aku sama sepert...