KOH-1

988 23 6
                                    

"Weh perempuan."

Dia menghiraukan panggilan itu. Dia berdecit. Aku ada nama untuk dipanggil bukannya sebagai perhiasan!

"Woi kau pekak ke apa ha?!"

Bahu dia ditarik oleh orang yang memanggilnya. Dia gulingkan mata. Dah banyak kali jadi.

"Oh, kau panggil aku rupanya."

"Yela perempuan. Kau ingat aku panggil siapa lagi?!"

"Sila faham ye cik kak. Kau perempuan. Kawan kau tu pun perempuan. Aku mana la nak tahu kau panggil aku."

Dia angkat bahu. Kening juga diangkat. Sengaja nak buat orang tu marah.

"Eh betina ni! Aku nak cakap yang kau jangan sibuk hal aku. Aku nak buat apa kat sekolah pun kau tak payah kesah!! Sebab kau yang suka menyibuk ni la, aku hampir kena buang sekolah!!!"

Dia menguap. Tiba-tiba rasa mengantuk. Padah tidur lambat lagi. Ingatkan boleh la balik kelas tidur kejap. Alang-alang cikgu mesyuarat. Tapi kena panggil pula bila keluar tandas.

"Dah habis?"

Muka orang itu sudah memerah. Gigi diketap.

"Kau jangan main-main dengan aku la, s**l!!"

"Can you see this?"

Dia memegang bajunya dan ditunjukkan kepada orang itu. Orang itu kerut dahi.

"Nampak tak apa yang tertulis kat situ?"

Makin bertambah kerutan orang itu. Rakan dia pun sama. Dah kenapa tanya nampak ke tak?

"IRINA. Sebutan aii.ree.naa. Don't you see this name tag? Ha ini la nama aku. Dah tahukan? So, please don't call me with another stupid name okey.. umm Sa..rah."

Sarah membesarkan mata. Tak percaya apa yang Irina katakan. Dia datang nak bagi amaran. Boleh pula Irina ni mengajar dia.

Sarah mengipas diri sendiri dengan tangannya. Rasa sakit hati dan marah dengan reaksi dan balasan Irina. Gigi diketap kuat.

"Hey, slut! Kau tak faham ke apa yang aku cakap ha?!! Are you stupid?!"

Irina garu kepala. Bibir dikemam seketika.

"Hish, tak payah la jerit Sarah. Aku, iaitu I.RI.NA masih berdiri depan kau.  Bukannya ada berbatu jauh pun."

Irina sengaja memerli. Senyuman terukir. Seronok pula tengok orang marah kat kite.

"Bullshit. Kau dengar tak apa dia cakap Nad? Dengar tak? Dia nak main-main dengan aku!"

Sarah menjeling Irina. Nad tu hanya berpeluk tubuh. Dia cuma jadi peneman Sarah je. Tak ada niat pun nak bergaduh.

"Well, apa kau cakap tadi? Jangan sibuk hal kau? Hmm bila masa pula aku sibuk pasal kau. Lebih baik aku 'bersama' dengan dapur rumah aku."

Muka Sarah makin memerah. Dia tahu dirinya diperli.

"Enough. Aku cuma nak cakap benda tu je. Lagi sekali kau laporkan apa aku buat kat cikgu. Kau akan menyesal!"

Key Of HappinessWhere stories live. Discover now