Irina menyental kuali itu dengan kuat. Peluh yang mengalir dibiarkan.
"Nah, ada pinggan lagi."
Irina hanya angguk. Pinggan mangkuk yang banyak itu dipandang sekilas. Banyak lagi perkakasan yang perlu dia cuci. Lambat la dia balik hari ni.
Tanpa lengah, Irina terus mencuci kesemua pinggan. Hari ni pula ada ramai pelanggan yang datang. Lagi pun dia seorang je yang ditugaskan untuk membasuh semua pinggan mangkuk yang kotor.
Irina tersentak sekejap apabila telefonnya berbunyi. Irina mengeringkan tangan kirinya lalu telefon di dalam poket diambil.
"Zya?"
Panggilan diterima. Kerja mencuci dihentikan seketika. Telefon terus dilekapkan ke telinga."Pe?"
'Rinnn..miss you weh.'
"Sorry, silap nombor ni."
'Kau ni. Jangan la kejam sangat!'
Irina gelak kecil.
"What? Aku dari dulu macam ni. Apahal call ni?"'Menyesal aku ubah kau dulu herm. Aku call sebab rindu la.'
"Buang masa la."
'Sampai hati kau. Jom video call? Ajak ikan buntal sekali.'
"Aku tengah kerja ni weh. Jap gi aku call bila dah habis keyh?"
'Okey la okey. Jangan lambat sangat.'
"Ye okey. Don't worry la."
'Byee.'
Irina menamatkan panggilan. Telefon disimpan semula di dalam poket seluar. Kerja mencuci diteruskan.
"Irina! Apahal lambat sangat?!"
Suara orang menjerit mengejutkan Irina. Irina guling mata."Sabar la. Ingat aku ada sepuluh tangan ke?!"
"Buat kerja tu cepat-cepat la sikit!"
"Diam la!"
Orang itu bercekak pinggang memerhati Irina. Berani dia melawan aku!
"Kau jangan biadap dengan aku. Aku manager kat sini! Lebih baik kau buat kerja kau cepat kalau tak nak kena pecat!"
Irina merengus geram. Pinggan mangkuk disental dengan kuat dan kasar.
"Ha, tengok tu. Cakap sikit nak buat muka!"
"Bising ah kau. Yang menyemak kat belakang ni apasal? Tak de kerja ke ha? Menyibuk je."
Orang itu merengus. Tak tahan dengan sikap Irina yang suka melawan. Pada mulanya, Irina seorang yang mudah dipergunakan. Entah sejak bila Irina pandai melawan dia. Semua orang hormat dan takut dengan dia, tapi Irina tidak pernah rasakan semua itu. Dia rasa tercabar.
Orang itu mendekati Irina. Kepala Irina ditunjal kasar. Kerja Irina terhenti. Irina mengetap bibir.
"Lain kali bila aku suruh, jangan melawan aku! Kau tak faham bahasa ke?! Kalau tak disebabkan boss suka kau! Dah lama kau kena pecat sebab mulut biadap kau ni!!"
Orang itu senyum sinis. Seronok dia memperlakukan Irina seperti seorang hamba.
"Ezy, are you stupid?"
Irina menjeling Ezyan. Ezyan mencerlung memandang Irina.
"Apa kau cakap?!"
"Kepala aku ni banyak ilmu lagi yang boleh masuk. Bukan macam kau. Kepala biul! Tak fikirkan pasal orang lain. Tahu arah itu ini je! Kau ingat aku hamak sangat tengok muka kau setiap kali aku datang kerja? Tak pun! Muka macam GRO! Ada hati nak arah-arah aku?!"
YOU ARE READING
Key Of Happiness
RomanceCover by @ayriesy Atas dasar simpati sesama manusia, dia kekal. Janji dibuat pada diri sendiri. Dia akan kekal sehingga tiba waktu. Pertemuan kerana kemalangan. Dia menjadi seorang penjaga tanpa diminta. Dia membantu tanpa berharap balasan. Apabila...