Zarrif melangkah keluar dari wad Irina. Pintu ditutup membiarkan doktor Louis membuat pemeriksaan pada Irina.
Mukanya diraup. Dia bersandar pada dinding sambil berpeluk tubuh. Dah tiga hari. Tiga hari Irina masih tak sedarkan diri. Dan semalam, jantungnya bagai direntap keluar apabila keadaan Irina tiba-tiba bertukar serius. Jantungnya terhenti.
Tapi syukurlah yang doktor Louis sempat. Irina sudah melepasi tahap kritikal. Sekarang, hanya tunggu masa untuk dia sedar.
"Zarrif! Zarrif!"
Zarrif berdiri tegak. Kyle datang sambil berlari.
"Macam mana? Irina macam mana?"
Kyle tercungap-cungap."Doktor tengah check keadaan dia. Dia dah melepasi tahap bahaya. Sekarang kena tunggu dia sedar je."
Kyle terangguk-angguk.
"Kau pergi mana? Lepas tiga hari baru datang?"
"Aku..hah..aku uruskan semua benda la. Aku kena settlekan kematian Nowil. Kes Eriq tu. Kena uruskan reporters. Aku pun tak tahu la dari mana diorang dapat berita ni."
"So, macam mana kes Eriq Mar-
Eriq Hayes tu?""Bukti semua memang dah cukup. Pemilikan senjata tanpa lesen. Penculikan dan cubaan membunuh. Dia punya gudang dadah pun kena serbu. Clean. Semua kena rampas."
"Keluarga Hayes macam mana? Diorang dah tahu?"
Kyle melepaskan keluhan kecil.
"Kalau aku hentikan reporters pun tak ada guna. Keluarga Hayes ada banyak cable. Diorang boleh dapat berita pasal apa yang berlaku dekat ahli keluarga Hayes dengan senang. So, aku rasa diorang dah tahu sekarang. Tapi, kalau pasal Irina aku tak tahu la diorang tahu ke tak.""Eriq mengaku tak? Pasal pemalsuan identiti dia beberapa tahun lepas tu macam mana?"
"Oh yang tu. Kes tu dibuka balik. So, semuanya akan didedahkan nanti. Dan dia masih berdegil tak nak mengaku."
Zarrif angguk faham. Baguslah semuanya akan terbongkar.
"Kau balik la rumah. Dah tiga hari berturut-turut kau tak balik. Ayden tanya mana mummy dia. Mak kau pun tanya. Nasib Miley pandai cover."
Zarrif meraup rambut ke belakang. Dah tiga hari dia tak balik. Keadaan darurat, dia terpaksa bagitau Miley. Miley la yang uruskan hal Irina yang lain.
"Aku nak tunggu Irina sedar dulu. Aku tak nak tinggal dia sorang-sorang."
"Em yelah. Jangan tak makan pula. Nanti polis nak soal siasat kau. Aku dah kena. Kau pergi la balai atau diorang datang sini nanti."
"Hmm tak apa. Nanti aku handle."
"Kyle!!!"
Seorang lelaki berpakaian pesakit jalan terhincut-hincut ke arah mereka. Semakin lama dia semakin mendekat. Terus lelaki tu tepuk belakang Kyle kuat.
"Aduh! Tuan Zayn!"
"Berani kau tinggalkan aku dalam kereta sorang-sorang?!! Kau lari apahal?!"
Kyle sengih kambing.
"Maaf, tuan Zayn. Saya just nak cepat tahu keadaan Irina."Ariel merengus. Geram dengan PA dia ni.
"Kenapa kau pakai baju ni? Kau dari mana? Kyle, kau jumpa dia kat mana?"
Kyle garu kepala.
"Ni pun salah satu sebab aku lambat datang sini. Nak cari tuan Zayn. Penjejak kat badan dia jatuh kat dalam tong sampah mana entah. Aku kena la cari dia. Dia ada kat klinik."
YOU ARE READING
Key Of Happiness
RomanceCover by @ayriesy Atas dasar simpati sesama manusia, dia kekal. Janji dibuat pada diri sendiri. Dia akan kekal sehingga tiba waktu. Pertemuan kerana kemalangan. Dia menjadi seorang penjaga tanpa diminta. Dia membantu tanpa berharap balasan. Apabila...