Irina bersiap. Baju lengan panjang dan seluar track suit hitam dipakai. Rambut diikat satu dan topi hitam diambil lalu dipakai. Done! Time to visit Ali.
Buku yang Irina letakkan di atas meja dicapai dan disimpan di dalam poket. Telefon diambil dan diperiksa sama ada Zya mesejnya atau tidak. Memandangkan sekarang sudah habis waktu persekolahan. Buka sahaja data telefon, berderet mesej yang masuk. Kebanyakannya dari Zya dan Arwan la.
Mesej Arwan dibuka dulu.
Woi Rin...
Knp tk pergi skolah tadi ha?!😠
Pandai dah kau ponteng ye
Dasar anak derhaka!😤
Tau tak cg cari kau
Hua hua
Lebih baik kau balas mesej aku ni
Jgn bluetick
Aku benci bluetick!!
Irina kerut dahi. Dah pehal tiba-tiba cakap aku anak derhaka. Taguna betul! Irina tidak membalas. Mesej dari Zya pula dibuka. Hampir seratus mesej yang di spam Zya. Apa je la yang dia hantar?
Rin
Irina
Irina Ferrish
Irina Ferrishhhhh
Anak Uncle Ferrish
Balas mesej aku cpt!!
Tak datang sklh tak bagitau aku
Sanggup kau biar aku sorang²??
Mcm ni la kawan
Lain kali ckp la kalau tk datang
Bole la aku tk datang sekali
Dah la aku kena hadap cg Zack sorang² tadi
Ingat seronok ke?!!
Dia soal aku mcm²
Padahal kau yg tk datang!!
Irina balas skrg
Irina Ferrish
Cpt cpt balas
....
Dan banyak lagi yang Zya mesej. Malas aku nak baca satu per satu. Cikgu Zack tu biasa la. Tak nampak muka Irina sehari kat sekolah, mula la soal itu ini.
Irina membalas mesej Zya dengan ringkas. 'Terlajak tidur'. Telefon segera disimpan dan dia melangkah keluar dari rumah. Pintu rumah dikunci terlebih dahulu.
Kaki dibawa melangkah ke perhentian bas. Jimat duit sikit daripada naik teksi. Apabila bas tiba, Irina segera naik. Dia menuju ke satu tempat sebelum pergi ke hospital.
¶¶¶
Irina duduk di kerusi yang disediakan. Wajah Zarrif dilihat. Masih tak sedarkan diri.
"Betul ke kau koma ni? Kenapa tak bangun lagi, Ali?"
Irina bercakap sendiri. Keadaan Zarrif masih sama seperti pagi tadi. Sempat juga dia menguruskan segalanya tentang Zarrif dan berjumpa doktor Louis yang merawat Zarrif.
YOU ARE READING
Key Of Happiness
RomanceCover by @ayriesy Atas dasar simpati sesama manusia, dia kekal. Janji dibuat pada diri sendiri. Dia akan kekal sehingga tiba waktu. Pertemuan kerana kemalangan. Dia menjadi seorang penjaga tanpa diminta. Dia membantu tanpa berharap balasan. Apabila...