"Mama! Papa!"
"Kakak..adik, jangan lari nanti jatuh."
"Mama! Mama! Kami jumpa kucing."
Dia melompat-lompat suka."Ha? Kucing? Kat mana?"
"Kat dalam longkang tu, pa. Kecil lagi. Kita bela boleh?"
Si adik menyoal."Bolehkan? Bolehkan?"
Dia menggesa."Mama kamu ni allergic dengan kucing, sayang."
"Tak boleh la ni? Tapi kesian dia."
Dia memuncung mulut."Apa kata kita hantar dia kat pusat penjagaan? Diorang boleh jaga dia."
Ibunya memberi cadangan."Ha! Betul tu! Jom jom! Sekarang!"
Dia dan adiknya menarik tangan kedua ibu bapa mereka."Eh eh..kami nak bersiap dulu."
"Tak payah. Dah cantik. Dah kacak dah."
Dia tersengih-sengih."Betul. Macam adik."
"Ek eleh perasan!"
"Kakak cemburu la tu werkk!"
"Eii budak ni! Memang nak kena!"
Mereka mula berkejaran."Hmm anak-anak awak la tu."
Si ibu menggeleng perlahan."Anak awak juga."
~
"Adik kakak..buat apa tu?"
Pintu adiknya dibuka seluasnya."Ha? Ka..kakak buat apa kat sini? Keluar la dari bilik adik!"
"Apa benda tu? Bagi kakak!"
Sesuatu dia genggaman adiknya dirampas. Si adik sedaya upaya mengelak.
"Tak nak! Uwah mama!"
"Hah?! Surat cinta?! Siapa bagi ni? Memang nak kena dengan kakak. Berani dia nak tackle adik kakak?!"
"Kakak diam la. Nanti mama dengar. Malu la adik."
"Ohh nak berahsia eh? Perempuan mana bagi ni?"
"Tak tahu la."
Tipu si adik."Kakak bagitau mama!"
"Kakakkkk jangan la!!"
~
"Papa, kenapa papa suka cium mama? Sedap ke?"
Mata bulatnya memandang si ayah. Ayahnya ketawa geli hati."Hahaha kamu merapu apa ni? Papa cium mama sebab papa sayang mama."
"Kenapa kena cium baru sayang? Kalau tak sayang tak cium la?"
"Tak, sayang. Kasih sayang boleh ditunjuk dengan banyak cara. Kita belai dia, kita jaga dia, kita peluk dia. Macam apa yang papa buat sekarang."
Ayahnya membelai lembut kepalanya."Kenapa papa belai Rin tapi papa cium mama? Kenapa pa? Kenapa??"
"Err..nanti kamu tahu la bila dah besar."
"Kenapa tak sekarang? Nak tahu nak tahu!"
Dia menghentak kaki geram."Eh, mama panggil papa la. Papa masuk dulu."
"Alaaa papaaa."
~
"Kakak~"
YOU ARE READING
Key Of Happiness
RomanceCover by @ayriesy Atas dasar simpati sesama manusia, dia kekal. Janji dibuat pada diri sendiri. Dia akan kekal sehingga tiba waktu. Pertemuan kerana kemalangan. Dia menjadi seorang penjaga tanpa diminta. Dia membantu tanpa berharap balasan. Apabila...