KOH- 24

276 15 2
                                    

Irina memeluk Puan Rosalia erat. Mulut dimuncungkan. Pelukan terlerai. Pipinya diusap oleh Puan Rosalia penuh kasih. Dia senyum membalas senyuman manis Puan Rosalia.

"I'll miss you, grandma."

"I'll miss you too, dear."

"Nanny, I want hug too."

Puan Rosalia gelak kecil. Dia melutut untuk menyamakan paras tinggi mereka. Tangan didepakan.

"Come."

Terus Ayden meluru ke arah Puan Rosalia. Mereka berpelukan.

"Dah dah la tu. Pengumuman dah buat tu."

Ariel melihat jam tangan. Puan Rosalia kembali berdiri. Dia melihat Ariel.

"Alololo my grandson ni jealous ke? Meh grandma peluk juga."

Puan Rosalia tersengih sumbing. Dia mendepakan tangan lalu mendekati Ariel. Ariel berpeluk tubuh.

"I'm not a kid anymore. No need a hug."

"Ohh..tak nak hug? Ok la. Siapa la grandma ni. Cucu sendiri pun tak nak peluk orang tua yang dah nak mati ni. Grandma sedar siapa grandma. Grandma yang jaga dia dari kecil. Dasar kacang lupakan kulit."

Tiba-tiba satu pelukan terasa dari belakang. Puan Rosalia senyum kecil.

"Grandma jangan la cakap macam tu. Riel tak suka tau. Riel sayang grandma sangat sangat. Don't you ever say like that anymore."

Ariel merengek kecil. Irina sudah ketawa. Macam budak-budak. Puan Rosalia memalingkan tubuh. Rambut Ariel diusap manja. Terpaksa dia berdiri atas jari semata-mata nak usap rambut Ariel. Ariel tinggi sangat.

"Ye la ye la. Grandma tak cakap dah. Dah pergi cepat. Nanti terlepas flight pula. Ariel jaga Rin baik-baik. Rin pun jaga diri tau. Ayden pun sama."

Mereka mengangguk. Pandangan dihalakan pula pada beberapa orang yang berada di belakang Puan Rosalia.

"Uncle dan auntie semua. Kami pergi dulu tau," Irina senyum segaris.

Terharu dia apabila semua pakcik dan makciknya bersusah payah datang ke lapangan terbang untuk menghantar pemergian mereka. Sepupu-sepupunya yang lain saja tak ada. Biasa la, sekarang waktu bekerja.

"Okey. Take care. Tolong tengokkan Zayn ni. Dia nakal sangat. Suruh dia cari isteri cepat-cepat," Aunty Marina iaitu ibu kepada Ariel berpesan.

"Mommm~"

"Don't worry aunty. Nanti kami balik, Ariel dah berpunya."

Disebabkan itu, satu tamparan dihadiahkan oleh Ariel kepada Irina di bahu. Irina mengaduh sakit.

"Ha tu. Belum pergi lagi dah pukul si Rin ni, macam mana nak jaga dia kat sana?"

En. Ramsey bersuara atau lebih dikenali sebagai granddaddy. Adik kepada grandma. Granddaddy datang dengan anak-anak dan isterinya juga.

"Dia tak perlu dijaga pun, granddaddy. Suka sangat belasah orang," Ariel bersuara tidak puas hati.

"Hek eleh..jealous la tu semua sokong aku. Werkkk!!"
Irina menjelir lidah.

"Rin ni pun apa kurang nakalnya. Nanti cari la juga ayah untuk Ayden ni. Kesian dia," Uncle Eriq bersuara. Anak sulung kepada granddaddy. Tak berkahwin.

Irina senyum kekok.

"Padan muka kau. Kenakan aku lagi."
Ariel berbisik perlahan lalu ketawa mengekek. Irina menjeling.

Key Of HappinessWhere stories live. Discover now