Irina juling mata ke atas. Bibir dikemam rapat. Lelaki yang kini berada di meja tepi kaunter dilihat. Lelaki itu angkat muka dari melihat telefon lalu mengukirkan senyuman. Tangan kanan diangkat lalu dia melambai ke arah Irina.
"Hyee~"
Irina berpeluk tubuh.
"What are you doing here?"Lelaki itu sengih.
"Err eat?""Oh okey then. Keep eating here everyday okey. I don't care."
Irina ingin berlalu pergi.
"Wait wait Rin!"
"What? I'm busy."
"Ala teman la aku makan."
Zarrif kedipkan mata beberapa kali. Irina gigit bibir."Faedah untuk aku?"
"You can ask me questions. Everything!"
Bersungguh Zarrif berkata.Irina mengherotkan bibir. Soalan? Apa soalan yang dia nak tanya pun?
"Kau ni tak ada kerja ke asyik datang sini?"
Irina silang tangan lalu duduk dilabuhkan di hadapan Zarrif.Zarrif angkat bahu. Selang beberapa saat, Syana datang lalu menghidangkan makanan yang telah dipesan Zarrif. Syana sudah sembuh sejak kejadian sebulan lalu. Cuma kulitnya masih ada kesan melecur dan masih dalam rawatan. Syana mendekati Irina. Dia berbisik.
"Boss, kalau dia kacau boss, saya boleh tolong halau."
Irina ketawa kecil.
"No. It's okey. Continue your work, Syana. Don't worry about me.""Are you sure? Dia asyik kacau boss je hari-hari. Keee dia nak try boss sebenarnya?"
"No! Manada!"
Pantas Irina menjawab."Hehe ye la boss. Enjoy your date."
"Syana!"
Syana berlalu pergi dengan tawa kecil. Irina mencebik geram.
"Why you look angry?"
Irina pandang Zarrif tajam yang sedang menyuap makanan. Dia diam. Sengaja tidak mahu membalas pertanyaan itu.
"Just eat your food."
Zarrif angkat bahu. Makanan disuap ke dalam mulut. Emm..sedap. Tak sia-sia pun kalau dia datang sini tiap hari. Perut kenyang hati pun senang.
"Kau tak ada kerja ke apa ni? Aku ingat lawyer ni sibuk. Tapi kau ni setiap hari boleh lunch jauh-jauh sampai sini."
Zarrif angkat kepala.
"Aku bukannya dapat kes hari-hari. Andd kau tak kesah pun kan aku menyumbang dekat restoren kau ni. Aku just datang makan. Tempat ni dah jadi favourite aku. Lagipun aku dapat jumpa kau."Zarrif kenyit mata sebelah. Irina guling mata. Eii..ingat elok la buat macam tu. Jantungnya masih tak dapat menipu. Kenapa laju sangat jantung ni berdegup???
"Kau makan la. Aku nak sambung kerja. Kalau nak apa-apa minta kat Syana."
Irina mula berdiri.
"Kenapa tak boleh minta kat kau je?"
"Sebabbbb...aku..sibuk. Faham?"
Zarrif mencebik. Irina berpusing lalu dia terlihat kelibat Ariel.
"Yo, Rin."
"Yea, yea."
"Where's Ayden?"
"Lupa? Dia pergi rombongan sekolah. Pergi zoo."
YOU ARE READING
Key Of Happiness
RomanceCover by @ayriesy Atas dasar simpati sesama manusia, dia kekal. Janji dibuat pada diri sendiri. Dia akan kekal sehingga tiba waktu. Pertemuan kerana kemalangan. Dia menjadi seorang penjaga tanpa diminta. Dia membantu tanpa berharap balasan. Apabila...