Zarrif menongkat dagu di atas meja. Mata meliar melihat sekeliling. Bosan.
"Zarrif, you dengar tak I cakap apa ni?"
Matanya jatuh pada wanita berambut pendek depan dia. Dahi berkerut. Kepala digaru.
"Apa dia? Tak dengar la."
"Ish! I cakap yang I suka-"
Zarrif mengeluh perlahan. Wanita itu kembali bersuara. Tak penat ke? Sejak mereka masuk ke restoren itu lagi wanita itu bercakap. Dia yang penat mendengar. Wanita ini la date partner dia.
"You know what, I dapat tahu pemilik restoren ni muda lagi tau. A young woman."
Zarrif angguk saja.
"Ramai yang cuba cari identiti dia but semua tak dapat. Dia idola I. Berjaya buka restoren sampai luar negara. I minat sangat kat dia. Tapi I tak tahu nama dan muka dia. Kalau I tahu, dah lama I cari."
Zarrif meng'oh' perlahan. Air jus tembikai dihirup dengan straw.
"Tapi tapi, ada orang kata dia kadang-kadang datang restoren sebab nak tolong. Sebab tu la I ajak you datang sini. Sambil dating dengan you, kot kot dapat jumpa idola I."
Wanita itu bersuara teruja. Zarrif melihat hanya menayangkan muka bosan. Tak tertarik langsung dengan cerita wanita depan dia ni.
Tapi, tak dia nafikan yang makanan yang dihidangkan di restoren ini sungguh sedap. Dekorasi dalaman restoren pun sangat unik dan cantik. Campuran tradisional dan moden. Yang dia tahu pun restoren ini baru saja dibuka tapi sudah terkenal. Baru hari ini dia menjejakkan kaki ke sini kerana wanita depan dia ni nak ke sini.
"Ha! By the way, ada juga yang kata dia dari keluarga Hayes. Keluarga jutawan Sepanyol. Hebatkan dia!"
Wanita itu menjerit teruja. Zarrif kerut dahi. Keluarga Hayes? Jutawan Sepanyol? Dia ada la juga pernah terbaca tentang mereka. Tak tahu pula keluarga Hayes ada yang buka cawangan restoren. Dia dapat info baru.
Tiba-tiba matanya tertancap pada seseorang yang baru melangkah masuk. Dia melihat budak itu. Mata dikecilkan. Macam kenal. Selepas budak itu duduk di sofa sebelah kaunter, dia dapat melihat dengan jelas.
"Ayden," Zarrif bersuara perlahan.
"Apa you cakap?"
Mata Zarrif memandang wanita itu.
"Toilet. I need to go to the toilet. Excuse me."Zarrif segera bangun tanpa menunggu kata-kata yang ingin keluarga dari mulut wanita itu. Kaki dibawa ke arah Ayden yang sibuk menulis sesuatu di atas buku kosong. Kerja sekolah mungkin? Tebak Zarrif. Zarrif melabuhkan duduk di hadapan Ayden. Hanya meja yang memisahkan mereka.
"Hey, handsome."
Ayden angkat muka. Melihat wajah di hadapannya itu, Ayden mengukirkan senyuman lebar. Pantas dia turun dari sofa lalu menuju ke arah Zarrif. Kaki Zarrif dipeluk.
"Daddy!"
Zarrif mengangkat Ayden untuk duduk di sebelahnya. Rambut hitam Ayden diusap.
"What are you doing here?"
Zarrif menyoal."Because mummy is here."
Ayden sengih menampakkan gigi.
"Ohh, mummy work here la?"
Ayden angguk.
"Yup. Apa daddy buat kat sini pula?""Err.."
Zarrif garu kepala."Daddy datang dengan kawan. Nak makan."
YOU ARE READING
Key Of Happiness
RomanceCover by @ayriesy Atas dasar simpati sesama manusia, dia kekal. Janji dibuat pada diri sendiri. Dia akan kekal sehingga tiba waktu. Pertemuan kerana kemalangan. Dia menjadi seorang penjaga tanpa diminta. Dia membantu tanpa berharap balasan. Apabila...