Zarrif sedar daripada lena. Tetapi matanya tak dapat dibuka.
"Rin? Rin!"
Irina terus sedar dari lena. Matanya digosok. Dia melihat Zarrif.
"Why? Kau dah sedar eh?"
"Kenapa aku tak boleh buka mata?" soal Zarrif risau.
"Kau dah habis pembedahan. Kau lupa? Mata kau kena balut."
Zarrif terdiam. Nafas dihembus perlahan. Dia baru teringat. Dia lupa yang dia dibedah tadi.
"Kau okey? Kau nak apa-apa tak? Aku ambilkan," Irina bersuara.
Zarrif bangun dari baring. Badannya terasa lenguh. Dah berapa lama dia tak sedarkan diri sejak pembedahan?
"Aku just nak air."
Irina segera bangun dan mengambil air. Cawan yang berisi air diberi pada Zarrif. Zarrif meneguk dengan cermat. Cawan kosong itu diambil Irina semula.
"Okey?"
Zarrif angguk.
"Berapa lama aku tak sedar? Sekarang pukul berapa?""Sekarang dah empat pagi. Kau tak sedar hampir 10 jam macam tu la."
Zarrif membulat mulut. Lama juga.
"So, kau rasa apa-apa tak? Penat or sakit ke?" Irina soal.
"Tak. Aku okey. Tak rasa apa-apa pun."
"Okey then."
Irina tunduk memandang tangan yang diletakkan di atas ribanya.
"Erm doktor kata balutan tu boleh buka lepas seminggu. So, lepas seminggu baru kau boleh tengok. Kau ready dah?"
Zarrif senyum.
"Of course but nervous.""It's okey. Aku ada dengan kau."
"Pastikan kau ada masa balutan aku kena buka. Janji?"
Zarrif hulurkan jari kelingking. Irina sambut dengan senyuman.
"Okey, janji."Zarrif kerut dahi. Tautan jari dilepaskan lalu tangan Irina digenggam. Irina angkat kening.
"Kenapa tangan kau sejuk sangat ni?" soal Zarrif.
Irina tarik tangannya laju. Terlepas dari pegangan Zarrif.
"Ha? Manada."
"Ada la. Kau sihat tak? Bak tangan kau balik."
"Tak leh!"
"Degil la kau ni. Kalau sakit kau cakap la. Aku risau tau kalau kau sakit."
Irina juling mata ke atas.
"I'm okey. Really. Waktu pagi macam ni aku memang cepat rasa sejuk. Badan aku memang tak tahan sejuk pagi."Zarrif mengeluh perlahan.
"Fine.""Jangan paksa diri kau," ucap Zarrif.
Irina hmm kan saja. Dia bernafas dengan agak laju. Kepalanya berpusing. Sakit kepala mula terasa. Tangan naik mengurut kepala. Badan yang sejuk dibiarkan. Sejak semalam lagi dia rasa tak sedap badan.
"Kau tidur la balik. Awal lagi ni. Pagi-pagi ni bukan boleh buat apa pun. Semua tidur," kata Irina.
"Aku tak mengantuk dah. Aku baru je bangun, takkan nak tidur lagi pula?"
"Okey la okey. How about we play a game?" Irina angkat kening.
"What game?"
"Truth."
YOU ARE READING
Key Of Happiness
RomanceCover by @ayriesy Atas dasar simpati sesama manusia, dia kekal. Janji dibuat pada diri sendiri. Dia akan kekal sehingga tiba waktu. Pertemuan kerana kemalangan. Dia menjadi seorang penjaga tanpa diminta. Dia membantu tanpa berharap balasan. Apabila...