Irina berjalan mendekati Syana lalu keadaan Syana dilihat. Syana sudah teresak-esak menangis disebabkan wajah dan tangannya yang terkena sup panas. Kulitnya melecur. Irina mengetap gigi. Lana dilihat lalu tangan kanan dilayangkan ke arah muka Lana.
"Arghh!!"
Irina berhenti sebelum tangannya menyentuh pipi Lana. Lana sudah terduduk sambil memegang pipinya.
"How dare you slap me?!"
Irina tiada riak.
"Dia tak tampar kau pun!"
"Nak berlakon tak pandai!"
"Pura-pura jadi mangsa pula perempuan ni! Tak tahu malu ke?!"
"Drama queen!"
Semua pelanggan yang menjadi penonton sejak tadi mula bersuara. Mereka mencemuh dan mengejek tindakan Lana yang sengaja berlakon jadi mangsa. Irina kekal tidak beriak. Dengan pantas, Lana bangun semula.
"You guys diam la!!"
Jeritan nyaring Lana membuatkan semua di situ diam. Lana merengus geram.Irina menghampiri Syana yang masih menutup wajahnya. Esak tangis Syana masih tak hilang. Irina pantas memeluk Syana erat.
"Rey! Bring her to the hospital! ASAP!"
Rey pantas mengangguk. Irina melepaskan pelukan lalu Syana dibawa oleh Rey keluar dari restoren menuju ke hospital segera. Irina melihat kelibat melihat sehingga hilang lalu wajah Lana dilihat kembali.
"Who are you miss?"
Mendatar Irina bertanya.Lana berpeluk tubuh. Angkuh gayanya.
"I'm Lana. Tan sri Benjamin's daughter. The heir of Ben's Group!""Oh. I'm Irina Ferrish. The owner and the manager of this tiny restaurant."
Semua yang mendengar atau lebih tepat pelanggan yang sering kali datang ke restoren itu terkejut. Mereka dapat tahu identiti pemilik restoren ini!
Lana tertawa sinis.
"I will sue you!""Why?"
Lana mengibas rambutnya ke belakang.
"I malas nak ulang but untuk kali ni je. Pekerja you, kurang ajar dengan I. Servis you lembab macam siput. Makanan you pula tak sedap langsung! Ini ke restoren terkenal tu? Macam kedai tepi jalan je. Tak ada class!"Irina menggenggam buku lima. Nafas ditarik.
"Puan Lana-"
"Sorry? Puan? Hey, I tak kawin lagi okey."
"Ops my bad. Muka cik macam wanita pertengahan umur saya tengok. Haha, sorry for my bad eyesight."
Sarkastik nada Irina.Lana mengetap gigi.
"You-""Lana Tan sri Benjamin. Pekerja aku tak akan bersikap kurang ajar kalau kau tak kurang ajar dengan dia dulu. Servis restoren aku pula tak pernah lambat. Cuba tanya orang lain, ada ke yang sama pendapat dengan kau? Makanan aku tak sedap? Well, ingat tak kau cakap apa masa order mushroom soup tu? Kau cakap kau tak nak perasa tambahan sebab tengah diet..kan? Perasa tambahan yang kau maksudkan ialah garam dan so on. So,aku tak letak la. Tengah dietkan? Tak elok makan garam."
Tenang saja Irina membalas. Lana pula sudah memerah muka.
"You diam! You yang salah! Restoren sampah! Restoren you ni akan tutup! I akan saman you!"
"Baiklah. I'll sue you too, miss. Let's see who will win."
Irina segera berlalu pergi. Malas nak berlama-lama di situ. Kalau dia kekal di situ, pasti ada adegan tarik rambut atau tampar menampar. Dia pun bukan la penyabar sangat. Nasib tadi dia sempat berhenti.
YOU ARE READING
Key Of Happiness
RomanceCover by @ayriesy Atas dasar simpati sesama manusia, dia kekal. Janji dibuat pada diri sendiri. Dia akan kekal sehingga tiba waktu. Pertemuan kerana kemalangan. Dia menjadi seorang penjaga tanpa diminta. Dia membantu tanpa berharap balasan. Apabila...