Irina memasam muka setelah keluar dari rumah. Zarrif yang segak memakai suit navy blue itu dilihat. Dia gigit bibir.
"Aku nak tukar baju."
Belum sempat Irina menoleh semula, Zarrif telah menarik tangannya sehingga dia tersembam ke dada Zarrif. Zarrif melihat Irina dengan mata bersinar. Dress labuh berwarna biru langit hingga ke buku lali itu sangat padan dengan Irina. Disertakan sekali kasut tumit berwarna putih berkilat.
"Why? You look stunning with that."
Irina menjarakkan diri. Dia geleng kepala laju.
"No. Tak nak. Melebih la baju ni. Kenapa kau suruh aku pakai? Kau nak bawa aku ke mana ni?""Kau akan tahu kejap lagi. Mana Ayden?"
Irina kemam bibir. Ayden dipanggil dan belum sampai sepuluh saat, Ayden sudah terpacak di hadapan mereka dengan memakai suit navy blue. Ayden senyum kacak.
"Daddy!"
Ayden terus memeluk Zarrif. Zarrif mendukung Ayden. Tangan kanan dihulurkan pada Irina yang sudah siap mengunci pintu rumah.
"Let's go."
Irina menepis tangan kanan yang dihulurkan dan terus berjalan masuk ke dalam kereta.
"Your mummy ni sombong la."
"Manada, mummy shy la."
"Really?"
Ayden sengih lalu dia angguk laju.
~
Irina memeluk erat lengan Zarrif. Kiri kanan dilihat. Bibirnya digigit. Kakinya statik membuatkan Zarrif turut berhenti.
"Kenapa?"
Zarrif menyoal."Kita kat mana? Majlis apa ni? Kenapa ramai orang ni? Kau tak cakap pun nak bawa aku pergi majlis macam ni."
Irina bersuara geram. Ingatkan nak bawa makan ke apa. Rupanya Zarrif bawa dia pergi satu majlis. Dia tak tahu majlis apa. Tapi dia rasa ni majlis orang ternama. Dia mana la nak ambil tahu hal-hal macam ni!
"Sorry aku tak bagitahu. Kau jangan risau la. Ni majlis rakan perniagaan mom aku sempena pemilik baru. Diorang buat la majlis. Mom aku kata aku wajib datang dengan partner. So, I bring you here."
"Tapi kenapa aku??"
Irina rasa macam nak menangis apabila ramai orang asyik pandang dia. Ke dia yang syok sendiri?"Because you are my partner."
Zarrif senyum misteri lalu dia terus berjalan. Irina turut terpaksa mengikuti langkah Zarrif. Pegangan masih tidak dilepaskan. Dia tak nak kena tinggal nanti. Ayden pula elok berada di dukungan Zarrif.
Zarrif berhenti apabila tiba di suatu tempat. Ayden diturunkan lalu tangan kecilnya dipegang.
"Mom."
Puan Teressa menoleh. Dia senyum lebar namun lama-kelamaan menghilang apabila melihat orang lain bersama anaknya. Apabila dia teringat sesuatu, senyumannya kembali terukir.
"Finally, you come."
Zarrif memeluk Puan Teressa seketika. Kemudian, bahu Irina dipeluk selamba.
"Mom, kenalkan. This is Irina. And Irina, this is my mom. Teressa."
Irina menghulurkan tangan dengan teragak-agak.
"Erm..hi, Mrs Teressa. I'm Irina Ferrish. Nice to meet you."Tanpa sebarang amaran, Puan Teressa memeluk Irina. Irina kaku.
"It's good to see you today. You look gorgeous. Just call me mom."
YOU ARE READING
Key Of Happiness
RomanceCover by @ayriesy Atas dasar simpati sesama manusia, dia kekal. Janji dibuat pada diri sendiri. Dia akan kekal sehingga tiba waktu. Pertemuan kerana kemalangan. Dia menjadi seorang penjaga tanpa diminta. Dia membantu tanpa berharap balasan. Apabila...