Irina menutup mata rapat. Bunyi tembakan bergema di dalam rumah itu.
"Arghh!!"
Suara jeritan itu membuatkan Irina membuka mata kembali. Dia hanya dapat lihat Eriq yang menjerit kesakitan. Dia langsung tak rasa sakit. Jadi, siapa yang lepaskan tembakan?
"Nowil! Do it!!"
Tanpa apa-apa, Nowil berlari memanjat tangan ke tingkat dua.
"Jangan bergerak!!!"
Beberapa das tembakan dilepaskan ke arah Nowil tapi semuanya tersasar. Sekarang, baru dia nampak. Ada beberapa pegawai polis datang dari arah belakang. Di bahagian dapur.
"Irina!"
Irina menoleh ke pintu. Dia rasa nak menangis.
"Zarrif."
Zarrif segera mendapatkan Irina yang masih terduduk. Wajah dan tubuh Irina dibelek.
"Kau okey? Ada cedera?"
Irina geleng. Air mata membasahi pipi. Zarrif menghela nafas lega. Bagus la.
Pegawai polis yang datang tadi sudah menggari tangan Eriq. Tak kesah dengan jeritan kesakitan kerana luka tembakan di tangan Eriq.
"Kau jangan nak gembira sangat Irina! Kau tak mati, anak kau akan mati!! Hahahahahahaha!!!!"
Irina tersentak. Laju dia bangun lalu menaiki tangga menuju ke atas. Nowil pasti nak buat sesuatu!
Pintu bilik yang terbuka luas dia masuk. Dia dapat lihat Nowil ingin mencucuk sesuatu pada lengan Ayden yang tidak sedarkan diri. Irina pantas berlari dan menolak kuat tubuh Nowil. Nowil jatuh. Picagari yang dipegang tadi pun jatuh.
"What are you doing?!!"
"Shut the f**k up!"
Picagari yang jatuh diambil semula. Nowil mendekati Ayden semula. Dia kena jayakan permintaan ini. Ini apa yang bossnya nak. Dia tak boleh gagal. Irina menghalang kembali. Mereka bergelut. Picagari yang berada di genggaman Nowil ditepis kasar.
"Don't you dare to touch him!!"
"Get out of my way, bitch!!"
Tubuh Irina ditolak kuat. Irina jatuh. Nowil mengambil semula picagari yang jatuh. Dia genggam lebih erat kali ini. Baru saja dia nak menoleh semula ke arah Ayden, kakinya diselit lalu dia terjatuh. Dia mengerang sakit.
Irina mendekati Nowil. Picagari itu cuba dirampas. Nowil mengetap gigi. Amarahnya kian memuncak apabila Irina asyik mengganggunya. Tubuhnya Irina ditolaknya kuat sehingga terbaring. Tangan Irina dikunci. Matanya mencerlung memandang Irina.
"You're the one who should die!!"
Picagari itu dicucuk di leher Irina. Irina mengerang sakit. Cecair yang berada di dalam picagari itu perlahan-lahan masuk ke dalam badan Irina. Nowil senyum suka. Secara tiba-tiba tubuhnya ditolak kasar.
Irina menarik picagari di lehernya. Dia bernafas laju. Dia mula berdiri kembali.
"Menyerah sekarang! Tak ada guna kau melawan!"
Zarrif menatap Nowil tajam. Nowil berdiri lalu dia ketawa sinis.
"Hahaha!! Stupid! I rather dia than get caught by you!!"
Mata Nowil memandang Irina pula. Keadaan Irina yang mula terhuyung-hayang membuatkan senyuman sinisnya makin melebar.
"Do you like my last present, Irina?"
YOU ARE READING
Key Of Happiness
RomanceCover by @ayriesy Atas dasar simpati sesama manusia, dia kekal. Janji dibuat pada diri sendiri. Dia akan kekal sehingga tiba waktu. Pertemuan kerana kemalangan. Dia menjadi seorang penjaga tanpa diminta. Dia membantu tanpa berharap balasan. Apabila...