Malam yang gelap tanpa bintang. Bulan pula dah bersembunyi sebalik awan. Kaki dibawa melangkah perlahan menuju ke rumah. Kawasan gelap dan suasana sunyi diendahkan. Dah biasa~
"Huaargggg...malas la pula nak pergi sekolah esok."
Irina berkata sendiri. Dia baru habis kerja. Pada waktu 2 pagi ni baru kerja dia habis. Padan la selalu mengantuk bila pergi sekolah. Nak balik pun jalan kaki je, nak naik apa je waktu macam ni?
Jarak rumah dengan tempat kerja dia agak jauh, tapi dia tak kesah berjalan. Suasana sunyi. Kawasan pula gelap. Lampu jalan pula tak ada. Memang gelap la.
Irina berpusing-pusing. Melompat-lompat. Berjalan kiri ke kanan. Cuba menari. Mulut pula mengumam satu lagu.
Waktu ni la dia boleh menari ke apa. Tak ada orang tengok pun. Nak buat apa-apa pun boleh.
"Nak pi sekolah ke tak nak. Nak ke tak nak. Pi ke tak. Hm hm hm hm."
Seketika Irina berhenti. Dia memetik satu bunga yang ada kat situ. Bunga raya warna putih itu dipetik dan dihidu.
"Bunga oh bunga kenapa engkau wangi?
Macam mana aku tak wangi, dah aku memang wangi."Irina menyelit bunga itu di celah telinganya. Dia sambung berjalan.
"Bapaku pulang dari kota.
Bapaku belikan kereta.
Kereta kecil warna merah.
Bolehku bawa ke sekolah.
Pon pon pon pon pon pon pon pon pon."Beberapa lagu dinyanyikan dengan kuat. Irina berpusing-pusing. Entah apa yang merasuk dia.
Kemudian, Irina berhenti di satu pokok kecil. Ketinggian yang hampir sama dengan Irina.
"Tanya sama pokok,apa sebab goyang~
Jawab angin yang goncang~
Terbang burung terbang~"Irina tengok atas. Mulut dimuncungkan.
"Burung dah tidur la."Irina terus berjalan. Dia menyanyi, menari, berhenti, dan sambung berjalan.
Irina sampai jalan simpang empat. Dia kena lintas. Kereta langsung tak ada. Jadi, senang la nak lintas. Selamat Irina melintas jalan, Irina berhenti. Tangan dilekap pada dada.
"Wush, lajunya. Asal tetiba laju ni? Kau jangan buat pasal jantung. Aku tak nak heart attack pula."
Irina pusing belakang. Sekeliling dilihat, tak ada yang mencurigakan. Irina pusing balik nak sambung jalan balik rumah. Tapi Irina pusing belakang balik.
"Rasa macam sesuatu nak jadi. Hmm.. whatever."
Irina sambung berjalan sambil menyanyi. Dari arah bertentangan, Irina dapat tengok ada sebuah kereta meluncur laju.
"Tahu la tak ada kereta pun. Tak payah la bawa laju macam nak mati awal."
Irina angkat bahu. Dia sambung berjalan. Tapi bunyi seretan tayar dan bunyi seperti pelanggaran membuatkan Irina menoleh cepat. Irina terlopong.
Irina lihat kereta yang bawa laju tadi sudah terbalik. Lori yang melanggar kereta itu terus pergi. Irina kaku.
"Apa ni? Kenapa lori tu lari? Langgar lari ke ni? Apa aku nak buat ni? Alamak alamak! What to do? What to do? What to do?"
YOU ARE READING
Key Of Happiness
RomanceCover by @ayriesy Atas dasar simpati sesama manusia, dia kekal. Janji dibuat pada diri sendiri. Dia akan kekal sehingga tiba waktu. Pertemuan kerana kemalangan. Dia menjadi seorang penjaga tanpa diminta. Dia membantu tanpa berharap balasan. Apabila...