"It is already three days! Why she didn't wake up yet?!"
Suara yang kuat itu membuatkan Irina terjaga. Mata dibuka perlahan-lahan.
"She's lack of water and energy. She needs a long sleep to recover. I hope you understand, young master."
Orang itu hanya menunduk apabila dijerkah. Apa salahnya pun dia tak tahu.
Irina bangun dari baringnya. Dia melihat sekeliling. Bukan tempat yang biasa dilihat. Dia tak pernah lihat bilik ini. Yang pasti, dia bukan berada di rumahnya.
Lampu crystal terhias di setiap penjuru bilik. Ada meja solek yang besar. Terdapat juga dua buah pintu yang tak dikenal pasti isi di dalamnya. Bilik ini dicatkan dengan warna biru langit dan dihiasi tompokan bunga sakura. Lantainya diletakkan karpet berwarna merah lembut. Bilik ini sungguh cantik. Irina kagum.
Dia melihat tangannya. Tangannya telah dicucuk jarum yang bersambung dengan IV drip. Dia ingin bangun, tapi perutnya tiba-tiba berbunyi. Dia lapar. Satu persoalan baru saja timbul. Apa dia buat kat sini? Dan dia di mana?
Pintu yang dicat warna biru tua dibuka kasar dari luar. Orang yang membukanya terkejut apabila melihat Irina. Irina juga terkejut. Tiba-tiba saja pintu itu dibuka, siapa je yang tak terkejut. Orang itu segera menoleh ke luar. Belum sempat Irina ingin memanggilnya.
"GRANDMAAA!!!!! SHE'S AWAKE!!!"
Suara jeritan itu memenuhi segenap penjuru Lilac Villa. Ariel memanggil kembali doktor yang ditengkingnya tadi. Cepat-cepat doktor itu menyahut. Tak nak kena marah lagi. Irina kaku.
Tangannya dipegang. Dahinya disentuh. Matanya disuluh dengan cahaya. Mulutnya pula dipaksa untuk buka. Irina hanya membiarkan. Dah macam kena pukau pun ada.
"How's she?" Ariel menyoal sambil berjalan mendekati katil Irina.
Irina memandang Ariel. Bebola matanya mengikut setiap gerak geri Ariel. Doktor itu menundukkan kepala.
"She become more healthy than before. She just needs to eat and drink healthy food. She needs to gain her strength. Make sure she eats a lot of vegetables and fruits."
Ariel hanya mengangguk. Dia memandang doktor itu yang masih menundukkan kepala.
"Then?"Doktor itu mengangkat muka.
"Y..yes?""Why are you still standing here like a stupid man? Go out!"
"I'm sorry, young master."
Mencicit doktor itu berlari keluar dari bilik itu. Tak pasal-pasal kena marah lagi. Salah apa yang dia buat sebenarnya ha? Cakap la woi! Aku tak buat apa-apa salah pun!
Ariel memandang Irina yang sejak tadi memandangnya. Mukanya berubah riak. Tangan naik mengusap belakang leher.
"You're Irina, right?" Ariel menyoal.
Perlahan-lahan Irina angguk.
"Urg..emm wher-""Oh my god! My granddaughter! Irina!! You're finally awake, my dear!"
Suara yang kuat dari luar memotong percakapan Irina. Irina memandang pintu. Seorang wanita berlari ke arahnya lalu menolak lelaki di hadapannya sehingga jatuh. Wanita itu terus memeluknya. Irina terkejut.
"Huuu huuu my granddaughter."
Wanita itu mengusap lembut rambut Irina. Irina memandang lelaki yang jatuh itu. Apa yang aku sedang lalui sekarang ni? Siapa diorang ni?
Pelukan dileraikan. Kedua pipi Irina ditekup oleh wanita itu. Mulutnya memuncung ke hadapan.
"Are you okey? You feel better? Do you need anything?"
YOU ARE READING
Key Of Happiness
RomanceCover by @ayriesy Atas dasar simpati sesama manusia, dia kekal. Janji dibuat pada diri sendiri. Dia akan kekal sehingga tiba waktu. Pertemuan kerana kemalangan. Dia menjadi seorang penjaga tanpa diminta. Dia membantu tanpa berharap balasan. Apabila...