Irina melangkah turun dari tingkat atas dengan laju. Pantas dia berlari menuju ke arah seseorang yang berada di ruang tamu. Dia bersembunyi di belakang orang itu.
"Irina Ferrish!!!!!!"
Orang itu melihat Irina lalu melihat ke arah tangga. Seorang lelaki turun dengan hanya memakai tuala.
"Apa kamu buat ni Riel? Nak tayang apa? Perut buncit tu?"
Ariel memuncung. Irina sudah menjelirkan lidah.
"Grandma! Tengok rambut Riel ni. Rin buat! Look at my gorgeous hair. She ruins it."
Rambutnya yang sudah bertukar warna pink itu ditarik-tarik. Tak cantik! Tak cantik! Rambut perangnya sudah ditelan oleh warna pink!
Puan Rosalia ketawa geli hati. Ariel bercekak pinggang. Dia hanya melilit tuala di pinggangnya. Tak sempat nak pakai baju bila tengok warna rambutnya sudah berubah. Irina sudah menukar syampunya jadi pewarna rambut! Yang tak boleh tahannya, warna pink!
"What? You look cute with that colour. Hahahaha!!"
Irina ketawa kuat. Seronok dapat kenakan Ariel.Ariel mencebik.
"Duh! I am not! I'm handsome! Not cute at all."Irina buat muka jijik. Angkat bakul sendiri. Sejak dulu suka puji diri sendiri entah kenapa.
"Shhhhh!!! Tak payah gaduh la depan grandma. Pening dengar suara katak dan langau ni. Basuh je la dengan air suam, nanti hilang la warna tu. Tu pun tak tahu ke?"
Puan Rosalia menjeling mereka berdua. Setiap hari mesti bergaduh. Dulu boleh pula bersopan santun sana sini. Bila dah makin rapat, dia buli yang itu, dia buli yang ini. Sejak Irina tinggal di sini, villa ni selalu riuh dengan pergaduhan dua sepupu ini.
Ariel mendengus. Dia menunjukkan isyarat 'i'm watching you' pada Irina. Irina jelir lidah. Ariel menghentak-hentakkan kakinya menuju semula ke dalam bilik. Nak basuh rambut. Tak suka pink! Irina ketawa kecil.
"Seronok kamu ya kenakan Riel."
"Of course la. Lagi seronok bila tengok muka dia tu."
Irina sengih."So, memang betul kamu nak balik sana lusa?"
Irina senyum kecil. Tangan Puan Rosalia diraih. Irina angguk.
"Rin dah buat keputusan. Lagipun, mama, papa dan adik ada kat sana. Dah lama Rin tak pergi melawat diorang."
Kepala Irina diusap manja.
"Kamu sama betul dengan ayah kamu. Senyuman kamu sama sangat. Grandma rindu sangat dengan dia."Irina senyum. Dia pun rindukan ayahnya, emak dan adiknya. Tapi, grandma yang sanggup mencarinya tidak dilupakan. Walaupun dia pelik kenapa grandma baru sekarang mahu mencarinya. Dia dah tahu hal itu enam tahun yang lalu. Kalau tidak disebabkan lelaki itu, mungkin grandma dan keluarganya dapat bersama lebih awal.
Pernah dia melihat seorang lelaki datang berjumpa ayah dan ibunya ketika dia berumur lebih kurang tujuh tahun. Dia curi dengar. Lelaki itu kata yang grandma dah buang ayahnya dari keluarga. Grandma turut kata dia ada terima surat terakhir dari ayah yang mengatakan dia tak mengaku grandma sebagai ibu dan keluarga. Bila difikirkan balik, itu semua mungkin rancangan lelaki yang berjumpa ayahnya. Malangnya, dia tak dapat ingat muka lelaki itu.
"Ariel pun ikut sekali dengan Rin. Grandma tak payah risau la."
"Nanti grandma tak dapat jumpa kamu selalu. Grandma pun dah tak dapat main dengan Ayden."
Puan Rosalia muncung bibir. Irina ketawa lucu."Sekali sekala kami balik sini. Grandma jangan la sedih. Nanti Rin serba salah. Grandma pun datang la lawat kami sekali sekala."
"Okey la. Kamu pergi la ke sana. Kamu pergi sana pun nak bekerja. Grandma izinkan."
YOU ARE READING
Key Of Happiness
RomanceCover by @ayriesy Atas dasar simpati sesama manusia, dia kekal. Janji dibuat pada diri sendiri. Dia akan kekal sehingga tiba waktu. Pertemuan kerana kemalangan. Dia menjadi seorang penjaga tanpa diminta. Dia membantu tanpa berharap balasan. Apabila...